Friday, 23 May 2014

Sambutan hari guru dulu-dulu

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Alhamdulillah, walaupun sudah hampir seminggu berlalu, tidak terlambat rasanya mahu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pembaca yang bergelar guru. Jasa guru sangat besar dalam mendidik kita mengenal ilmu dan sesungguhnya ilmu yang dicurahkan adalah satu amal jariah mereka di dunia dan akhirat. Cuba kita gambarkan betapa besarnya jasa guru, mengambil contoh seorang guru tadika, ilmu yang diajar walau cuma mengajar mengenal ABC dan 123, dengan izin Allah, dengan  ilmu asas ini murid-murid ini berjaya menjadi orang berjaya dan berguna. Bayangkan pula jasa seorang  guru yang mengajar Al Quran? Subhanallah.

Kebetulan semalam, ada sambutan hari sekolah di sekolah agama Aqil. Bersungguh-sungguh dia minta saya belikan hadiah untuk cikgunya. Disebut sekali ciri-ciri hadiah yang dia mahu. Hadiah mesti 'besar' dan 'cikgu suka'. Jangan balut hadiah sebelum dia balik sekolah". Dia pun mahu membantu membalut  hadiah itu nanti. Macam-macam syarat budak sekarang ni :)

Pening juga memikirkan hadiah ni. Dulu-dulu, kita tak mampu hadiahkan yang mahal-mahal, apatah lagi bila sekolah di kampung. Seingat saya, ketika di sekolah rendah hadiah paling mahal saya beli adalah sabun berjenama 'Popinjay' (tak tau lah ada lagi tak jenama tu sekarang ini hi..hi..). Itu sahaja yang mampu ketika itu. Maklumlah dapat belanja sekolah baru 20 sen. Tetapi saat paling seronok ketika hari guru, bila setiap kelas akan adakan jamuan. Cikgu-cikgu akan buat rombongan ke setiap kelas untuk makan apa yang ada. Ada macam-macam makanan terkumpul setiap kelas. Seronoknya kalau dikenang-kenang zaman persekolahan ni. Sekarang, cara sambutan sekolah kampung pun dah lain. Kata adik saya yang juga seorang cikgu, sekarang hadiah cikgu sudah 'upgrade' sikit bila kebanyakan hadiah yang diterima dari kedai dua ringgit. :)

Selepas habis belajar dulu, cita-cita saya nak jadi cikgu, namun permohonan tak pernah lulus. Memang kecewa tak dapat tetapi bila dikenang semula, banyak hikmah bila Allah tak perkenankan doa saya. Beban guru sekarang semakin hari semakin bertambah. Menurut kakak saya, tugas cikgu ini bukan sahaja sebagai 'teacher', tetapi bila di sekolah, ada kala kena bertukar jadi 'driver, 'doctor', 'technician', 'cleaner', 'clerk' dan ada beberapa pfofession lain yang berkaitan :)

Teringat kata-kata guru subjek Pengajian Am saya semasa di Tingkatan 6 dulu. Katanya, 'title' guru ini selalunya dibawa hingga mati. Jika seorang guru sudah bersara sekalipun masih dipanggil cikgu dan gelaran itulah dibawa hingga kuburnya nanti. Bila ditanya ini kubur siapa? Inilah kubur Cikgu.....

Semoga Allah membalas jasa-jasa mu Cikgu!


-------------------------------------------


Baca lagi dalam Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.

Hanya RM50 atau dapatkan PROMOSi 2 ebook dengan harga RM50

Tempahan--->http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html



Thursday, 22 May 2014

Azlina Binti Zabha - Ulasan Kelas Asas Blog

Teks : Azlina Binti Zabha
Guru Online: Khairunnisa Hamzahara



Blog? Perlukah blog? Tidak cukupkah dengan kredibiliti yang ada pada media sosial?

Apabila ditanya, apa hobi saya? Saya akan pantas menjawab, "Blogging!"  Ya, jawapan paling pendek, blogging. Jika saya menjawab, "melayari internet", itu bukanlah jawapan yang baik sebab melayari internet merupakan suatu keperluan pada zaman ini, bukan lagi hobi. Apa kaitannya hobi blogging dengan melayari internet? Nanti saya ceritakan.

Jika dulu, saya gemar menulis blog yang bersandarkan isi hati, dan apa yang ditulis di dalam blog, semuanya seperti carca merba. Bercampur aduk. Darah muda mungkin. Menulis ikut sedap. Tulisan saya penuh dengan emosi. Pada masa itu, saya hanya rasakan keseronokan mempelajari sesuatu yang baru. Membina blog dan membuat entri-entri baru sekadar untuk suka-suka. Dulu blog saya seperti diari, tapi masih bertapis. Suka-duka semua saya kongsikan, Malah hampir semua perkara yang terlintas di fikiran, saya akan curahkan di blog lama saya.

Sehinggalah pada suatu masa saya merasakan, cukuplah sekadar suka-suka. Perasaan ini wujud selepas saya dipertemukan dengan Khairunnisa Hamzahara oleh suami saya sendiri. Kali pertama saya mengenalinya adalah sewaktu kami berdiskusi bagaimana untuk menghias dalaman rumah. Kami menjadi salah seorang klien beliau dan kami amat suka dengan rekaan 3D kabinet dapur yang dibuat olehnya. Terus kami jadikan ia sebagai panduan grafik untuk tukang buat kabinet rumah kami. Bila ada rekaan 3D, senang untuk pembuat kabinet membinanya mengikut selera kita. Khairunnisa Hamzahara juga seorang yang pemurah dan peramah. Beliau tidak lokek ilmu tentang senireka dalaman.

Itu cerita tentang guru online saya. Ya, dengan Khairunnisa Hamzahara saya berguru. Dia mengajar saya secara maya bagaimana untuk jadikan hobi blogging itu sebagai suatu yang benar-benar membawa kepada pembacanya. Bagaimana ingin memulakan suatu yang baru? Adakah perlu simpan yang lama, atau terus mulakan dengan blog yang serba-serbi baru? Entri dan bentuk penulisan bagaimanakah yang patut saya ketengahkan? Penggunaan bahasa yang bagaimana yang perlu saya gunakan? Perlukah pengkhususan dalam satu-satu blog? Atau perlukah saya "hantam sajalah" untuk tarik minat pembaca?

Menulis dan terus menulis. Satu persatu saya diajar dan diberi dorongan. Berkongsi ilmu dengan rakan-rakan dalam kelas online kami di dalam Group Belajar Asas Blog (Guru Khairunnisa Hamzahara). Pengajaran asas blog secara online ini diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad.

Maka, lahirlah blog saya ini, yang bertajuk "Panduan Pengguna Kupas Kepis". Sebab saya gemar mengulas barangan yang saya gunakan, dan suka berkongsi pendapat tentang sesuatu barangan.

Semoga blog saya ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.


---------------------------------------------------------------

Mengapa perlu ada blog?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
 4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

Alhamdulillah, selamat datang pelajar baru Mei sertai kami 700 blog, 22 kelas, 12 guru online, 2 trainer kewangan bertugas. Sertai mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas beriklan di mudah.my
5, kelas penulisan ebook premium
6. Kelas akaun online/offline, terdekat kelas akaun di Shah Alam 14.6.2014
7. Tempahan blog bisnes- 3 hari siap
8. Kelas borong telekung solat
9. Beriklan dengan kami
10. Keterangan lanjut di blog akademi

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Wednesday, 21 May 2014

10 Tips Jutawan Dunia Akhirat


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Alhamdulillah, dapat bersiaran lagi pagi ini. Sambil bersiaran, melayan PM di FB dan blogwalking di blog-blog ABDR, mari kita tambah ilmu dengan mendengar ceramah di youtube. Hari ini saya kongsikan pengisian ceramah oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman yang sangat bermanfaat. Semoga kita semua tergolong dalam golongan Jutawan Dunia dan Akhirat. In shaa Allah, Aameen. 

10 Tips Jutawan Dunia Akhirat.

1. Banyakkan istighfar dan taubat, dan sedar Allah itu sangat dekat dan Maha mendengar doa-doa hambaNya.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

2. Perbanyakkan sedekah, bila kita kaya kita bagi banyak, dan jika kita ada sikit bagi sikit. Yang penting mesti sedekah.

4 waktu paling baik bagi sedekah,
i) bila tengah sihat
ii) ketika kamu rasa bakhil
iii) ketika kau takut jadi fakir
iv) bila berhajat nak jadi kaya

3. Jangan banyak buat dosa kerana akan tertahan rezeki dengan dosa yang kita lakukan

4. Jangan jemu dan berhenti belajar skil-skil baru

5. Fokus dan sepenuh masa, kerja 'part time' dapat hasil 'part time'. Jika kerja 'full time' hasil juga akan dapat 'full time'. Jangan pandang rendah kuasa fokus dalam perniagaan

6. Betulkan kegunaan Islam dalam perniagaan. Contohnya penggunaan Ayat Seribu Dinar dengan harapan rezeki bertambah tetapi jika digantung sebagai peringatan digalakkan.

7. Jangan melampau dalam iklan-iklan dan promosi. Contohnya kenyataan testimoni yang menipu dan hanya dibuat-buat.

8. Tunaikan janji kepada pelanggan kerana jika tidak keberkahan akan hilang

9. Jangan abaikan komen-komen dan rungutan pelanggan. Jika ada kesan penggunaan barang oleh pengguna, ambil perhatian dan jangan abaikan.

10. Segerakan pembayaran hutang jangan tangguh-tangguhkan.



Semoga bermanfaat
--------------------------------------------

Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan yang tidak dapat menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog berikut:

i.            Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
            ATAU
ii.           Satu Blog untuk Bisnes

Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)

Blog yang ditempah meliputi:
✔ Borang tempahan
✔Penambahan gajet - 5 Label
✔ Link fanpage/facebook
✔10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.

***Bonus juga akan diberikan

Jika berminat hubungi saya:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Tuesday, 20 May 2014

Siti Khatijah Diana - Ulasan Kelas Asas Penulisan Blog dan Kreatif

Teks: Siti Khatijah Diana

Guru Online: Mazlia Murat

Genap sudah 44 entri yang harus disiapkan sebagai syarat tamat kelas online ni. Tak silap saya, kelas ni didaftar pada hujung tahun lepas. Bulan disember. Baru lagi kan. Hehehe.

Pada awalnya, saya tak tergerak hati nak masuk. Mungkin sebab tak yakin. Tapi entah macam mana, semacam ada satu tarikan yang membuatkan saya masuk juga kelas ni. Mungkin inilah yang dikatakan takdir. Hohoho. (maaf cikgu, ciplak. :p)

Awal-awal mendaftar, saya diberikan 4 e-book. Ebook antologi cerpen 2 buah, sebuah ebook tulisan Cik Puan Masayu, dan juga ebook tentang penulisan nukilan guru saya sendiri. Kebetulan saya menyertai kelas ni pada musim promosi. Dapatlah juga sebuah novel daripada seorang penulis yang juga salah seorang guru online kelas ini iaitu Cik Puan Monalita Mansor. Pendek kata, memang berbaloi sangat harga kelas yang ditawarkan dengan semua pakej yang saya dapat.

Di dalam kelas ni, saya telah diajar selok-belok dunia penulisan. Cikgu Mazlia menyediakan beberapa tugasan untuk disudahkan. Dari situ, beliau akan menegur segala kesalahan yang telah kita lakukan. Beliau juga akan memberi cadangan bagaimana untuk menggilapkan karya supaya menjadi lebih baik. Sejak menyertai kelas ni, saya juga dah tak lagi pandang remeh kesalahan kecil dalam setiap tulisan saya. Memang ia sangat membantu.

Bidang penulisan ni ada kalanya memang banyak cabaran dan dugaan. Itu memang saya tak dapat nafikan. Namun begitu, apabila saya berasa down dan tak ada semangat, beliaulah yang banyak memberikan nasihat dan dorongan. Beliau juga cepat memberi respons jika saya ada apa-apa soalan yang nak dikemukakan.

Secara peribadi, saya sangat berpuas hati sebab dapat masuk kelas ni. Banyak ilmu tentang dunia penulisan yang telah saya pelajari. Cikgu saya juga banyak berkongsi pengalamannya dalam dunia penulisan. Sungguh saya sangat berbesar hati dapat mengenalinya.

Pendek kata, memang tak rugi langsung masuk kelas ni. Bagi sesiapa yang ingin mendaftar, bolehlah pm FB guru saya di alamat di bawah :


Nota : Diharapkan apa yang dirancangkan menjadi. Mudah-mudahan. :)
----------------------------------------------------------------------

Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1)Guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman. Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan. Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel (+ 4 e-book bonus) secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Takdir. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Monday, 19 May 2014

Tips pelabur Bijak (Bahagian 1)

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Apabila berbicara tentang pelaburan, kita selalu menganggap ia hanya untuk orang yang berada sahaja. Namun ianya kurang tepat. Pelaburan perlu difahami dan dipraktikkan oleh semua golongan. Ramai diantara kita gigih bekerja untuk mendapatkan wang atau sebagai suatu sumber pendapatan. Tetapi, tidak ramai orang yang tahu cara untuk mengembangkan pendapatan mereka dengan wang yang ada. Salah satu cara untuk mengembangkan pendapatan adalah dengan melaburkan wang anda.

Pelaburan adalah lebih penting kepada semua golongan terutama bagi mereka yang berpendapatan sederhana. Ini kerana mereka mempunyai sumber pendapatan yang terhad dan pelbagai komitmen kewangan, tetapi dalam masa yang sama, ingin mencapai pelbagai matlamat kehidupan. Antara matlamat-matlamat tersebut termasuklah membeli rumah, menghantar anak ke universiti dalam masa 10 tahun atau bersara dengan selesa dalam masa 20 tahun akan datang.

Bagi mencapai matlamat anda dalam tempoh masa tertentu, menyimpan wang sahaja  mungkin tidak mencukupi atau ia akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, anda perlu melabur. Akan tetapi, dengan sebegitu banyak pilihan produk pelaburan yang ditawarkan di pasaran, anda mungkin terkeliru dan tidak pasti mana satu yang yang bersesuaian. Ia seakan anda berdiri di hadapan meja jamuan bufet! Terdapat pelbagai jenis makanan di meja tersebut sehingga anda rambang mata dan keliru mana satu yang anda patut makan dahulu.

Maka, bagi memastikan anda menikmati ‘jamuan bufet’ yang sedap dan mengenyangkan, atau dalam konteks ini pelaburan yang memberikan pulangan yang diharapkan, anda perlu memantau peluang-peluang yang ditawarkan dengan bijak. Bagaimana kita menilai setiap tawaran ini? Langkah-langkah penilaian ini telah dihuraikan dengan satu anologi pemilihan dalam membuat keputusan pelaburan yang bijak. Teruskan membaca bagi mengikuti “resepi-resepi” pelaburan bijak berikut:


A.    Pembuka selera atau pencuci mulut?

Ketika di meja bufet, pasti anda melihat-lihat dahulu  pelbagai jenis juadah yang dihidangkan sebelum mula memilih makanan yang diinginkan. Ada pembuka selera, ada pencuci mulut dan berbagai-bagai lagi jenis makanan lain. Begitu juga keadaannya ketika membuat pilihan produk pelaburan. Anda perlu mengetahui dan menilai produk-produk yang ditawarkan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Terdapat pelbagai jenis produk pelaburan di pasaran modal Malaysia dan antara produk pelaburan yang ditawarkan ialah seperti Saham (Ekuiti), Unit Amanah, Bon, waran dan Derivatif.

Selain itu, terdapat juga pelaburan-pelaburan lain yang tidak berkaitan dengan  pasaran modal seperti simpanan di bank, hartanah, insuran dan barangan koleksi berharga. Sesuatu keputusan pelaburan seharusnya dibuat setelah anda memahami sepenuhnya produk pelaburan tersebut dan berpuas hati bahawa ianya pelaburan yang paling bersesuaian dengan diri sendiri. Ingatlah bahawa pelaburan yang dipilih perlu sesuai dengan kedudukan kewangan, matlamat pelaburan dan tahap risiko anda.


B.    Bagaimana selera makan anda?

Di jamuan bufet, ada orang  yang akan memenuhkan pinggan masing-masing dengan makanan yang unik dan jarang didapati manakala ada pula yang hanya memilih makanan yang menjadi kebiasaan seperti nasi, ayam, sayur dan buah-buahan. Mereka ini tidak mahu mengambil risiko dengan mencuba sesuatu yang tidak biasa dimakan.

Hal ini sama seperti pelaburan. Seorang pelabur bijak seharusnya memilih pelaburan yang bukan sahaja mengikut matlamat and jumlah modal yang dimiliki, tetapi juga mengikut tahap risiko mereka sendiri. Anda perlu mengetahui sejauh mana risiko yang mampu ditanggung. Adakah anda seorang pelabur yang berisiko tinggi, sederhana atau rendah? Perkara ini sangat penting kerana ia akan membantu anda menentukan sama ada mengambil pendekatan pelaburan yang agresif, sederhana ataupun konservatif.

Dalam kata lain, jika anda makan mengikut selera sendiri, maka lakukanlah perkara yang sama apabila melabur. Melaburkah mengikut “selera” anda. Buat pertimbangan yang sewajarnya terhadap modal yang diperlukan, risiko yang dihadapi, kemungkinan adanya keuntungan (atau kerugian) dan lain-lain. Sebagai contoh, jika tahap risiko seseorang adalah rendah atau sederhana, mungkin produk berisiko tinggi seperti derivatif tidak wajar dimasukkan dalam portfolio pelaburannya.

-----------------------------------------------------
Beli pelbagai Ebook berinformasi: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://kioskproduksunnah.blogspot.com/


Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:


Dapatkan Sejadah Muka dan Pati Haruman Kasturi Al Mujahid: http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/2014/04/pati-kasturi-al-mujahid.html

Bagi yang ingin memulakan Pelaburan Unit Amanah boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim 


Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...