Thursday, 21 November 2013

Kenapa perlu gandakan simpanan Akaun 1 KWSP?

Teks Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Adakah duit caruman anda semasa bekerja cukup untuk kegunaan selepas bersara?

 

Di atas antara keratan akhbar yang menunjukkan sebilangan besar dari mereka yang bersara hanya dapat bertahan dalam masa yang begitu singkat untuk menyara kehidupan seperti sebelum bersara. Kebimbangan ini di sebabkan oleh kenaikan kos hidup dan kesan inflasi.

Tahukah anda Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan apabila:

I. Umur 55 Tahun
II. Kematian
III. Pelaburan Saham Unit Amanah

Peluang inilah yang perlu digunakan untuk menggandakan simpanan kita di KWSP. Setiap ahli hanya boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Antara sebab mengapa  perlu menggandakan simpanan Akaun 1 KWSP:
1)   Jangka hayat hidup lebih lama – Peningkatan kesihatan menyebabkan jangka hayat rakyat Malaysia meningkat sehingga 74 tahun bagi lelaki dan 79 tahun bagi wanita.

2)   Kos perubatan yang semakin tinggi menyebabkan kita memerlukan simpanan yang lebih di masa akan datang. Mungkin kita tidak merasakan keperluan tersebut semasa bekerja kerana dilindungi oleh insurans yang disediakan oleh majikan. Tetapi semua itu menjadi tanggungan sendiri bila tidak lagi mampu atau sudah berhenti dari bekerja, dan menjadi lebih kritikal bila tidak mengambil sebarang perlindungan insurans yang lain.

3)   Perlunya simpanan untuk menikmati usia persaraan anda yang lebih bermakna bersama keluarga.  Jika 20 tahun dulu kos untuk 3 hidangan makanan RM10 seorang, hari ini mungkin RM25, dan tidak mustahil 20 tahun akan datang kos meningkat kepada RM54.

4)  Berpotensi untuk menghabiskan wang yang ada dengan pelbagai cara – sekarang ini banyak pelaburan yang menipu kita seperti skim cepat kaya, ‘gores dan menang’, dan macam-macam lagi. Semuanya menjanjikan kemewahan segera sehingga kita cepat gelap mata dan terburu-buru untuk melabur wang yang ada. Akibatnya ramai yang ditipu dan berputih mata kerana wang simpanan hilang begitu sahaja. Oleh itu adalah baik sekiranya wang tersebut dilabur dalam institusi-institusi yang diluluskan oleh kerajaan supaya pelaburan terjamin dan boleh memberi pulangan yang sewajarnya. 

5)  Kos pendidikan anak-anak yang meningkat – Peluang pendidikan yang semain luas menyebabkan semakin ramai yang menyambung pengajian yang lebih tinggi seperti Ijazah Lanjutan dan Sarjana. Kos pengajian ini meliputi penginapan, yuran dan pengangkutan.

Jom ber'Qailulah'...

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari. Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik dilakukan ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, In shaa Allah. Qailulah atau tidur sekejap waktu tengahari dengan niat untuk memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Sabda Rasulullah ï·º :
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamulail.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas).

Wednesday, 20 November 2013

Pelaburan dalam Islam

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Pelaburan adalah salah satu kaedah menghasil dan mengembangkan harta. Dalam ilmu pengurusan harta secara Islam menggariskan, Penghasilan Harta (Wealth Creation) sebagai satu asas permulaan seseorang dalam interaksinya dengan harta. Tidak dinafikan, harta perlu dicari dan tidak hanya pasrah pada qada dan qadar. Islam melarang membekukan harta tanpa dimanfaatkannya. Ia hendaklah dikembangkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai orang.

Sebagaimana sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Yusuf a.s menerusi firman Allah yang bermaksud:

"Berkata Yusuf: Kamu bercucuk tanam tujuh tahun, sebagaimana biasa. Seberapa yang telah kamu potong hendaklah kamu simpan bersama tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian datang sesudah itu tujuh tahun kemarau (kelapan), sehingga menelan apa yang telah kamu simpan itu, kecuali sedikit yang kamu simpan (untuk menjadi benih)." (Yusuf: 47-48)

Pengembangan harta boleh dilakukan menerusi pelbagai cara, antaranya menerusi pelaburan di institusi kewangan.

Pelaburan dalam unit amanah juga ada menawarkan dana-dana yang mematuhi syariah. UTMC yang menawarkan dana-dana patuh syariah perlu menyediakan panel-panel syariah yang berkelayakan. Panel syariah yang dilantik perlu memastikan dana-dana yang diuruskan menepati kehendak syariat Islam.

Sebagai agen unit amanah saya sentiasa mengesyorkan pelabur-pelabur Islam supaya memilih dana-dana yang patuh syariah. Namun setiap pelabur berhak untuk membuat keputusan sendiri. 


Rutin ke klinik kesihatan


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah, pagi  yang mendamaikan. Hari ini berpagi-pagian ke Klinik Kesihatan ibu dan kanak-kanak, Hulu Langat menghantar anak untuk memenuhi rutin pemeriksaan kesihatan bulanan. Temujanji telah dijadualkan bermula pukul 8 pagi. Kami sampai ketika keadaan diklinik pagi ini tidak ramai walaupun sudah bermula musim sekolah. Tempoh menunggu  giliran pun tidak lama. Sekejap sahaja nama sudah dipanggil untuk pemeriksaan oleh jururawat yang bertugas. Bulan ini baby Amnah sudah berusia 10 bulan dan tidak memerlukan sebarang suntikan.

Sesekali sempat juga saya mengamati suasana di kinik. Pengurusan di klinik-klinik kerajaan sekarang sudah banyak perubahan. Berbanding dengan dua tiga tahun dulu. Jika datang pukul 8 pagi pun belum pasti urusan akan berakhir pukul 12 tengahari. Sekarang ini, urusan diklinik juga sudah banyak pembaikkan. Keadaan dalaman klinik juga telah banyak berubah menjadi lebih tersusun dan teratur dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang datang. Staf-staf juga semakin cekap dan mesra pelanggan

Sambil menunggu, sempat juga berbual dengan ibu-ibu yang datang. Rata-rata ramai juga yang bekerja. Terpaksa mengambil 'time off' atau cuti dari majikan untuk menghantar anak ke klinik. Teringat suatu ketika dulu, saya pun begitu. Berkejar-kejar dengan masa. Terpaksa menunggu giliran di klinik dan bergegas menghantar ke pengasuh pula, sebelum pergi ke pejabat untuk bekerja setelah habis semua urusan. Sekarang tidak perlu lagi. Alhamdulillah. Temujanji di klinik hari ini berakhir pada pukul 9 pagi.


Tuesday, 19 November 2013

Kaedah membuat pelaburan dalam Unit Amanah (Bahagian 2)

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
Pelaburan dalam unit amanha juga boleh dibuat melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, dan ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Dalam cara ini pelaburan juga boleh dibuat secara 'lump sum' atau setiap tiga bulan selepas tarikh perohonan terakhir diluluskan oleh KWSP. Jumlah minimum setiap kali simpanan ialah RM1000 dan tidak melebihi 20%  dari simpanan asas tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.

Jadual Simpanan Asas KWSP seperti di bawah:


Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.
Asas pengiraan: [(simpanan di Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%]
Contoh pengiraan simpanan mengikut kelayakan:
1) Ahli A berumur 22 tahun, Simpanan di Akaun 1 RM4000 
(Ahli tidak layak kerana simpanan kurang dari simpanan asas iaitu RM5000)
2) Ahli B berumur 22 tahun, Simpanan di Akaun 1 RM8000: [(RM8000 -RM5000)x20%)] =RM600
(Ahli tidak layak kerana amaun kelayakan minimum kurang dari RM1000)
2) Ahli C berumur 22 tahun, Simpanan di Akaun 1 RM12,000 [(RM12,000 -RM5000)x20%] =RM1400
(Ahli layak memohon kerana amaun kelayakan minimum RM1000 dan maksimum RM1400)
Walau bagaimanapun ingin dimaklumkan, Mulai 1 Januari 2014 Simpanan asas KWSP akan bertukar ke jadual yang baru. Sila rujuk laman web KWSP untuk maklumat lanjut.

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...