Thursday, 22 April 2021

Tiga jam yang sangat berharga

 Teks: Suhaila Rahim

10 Ramadhan 1440H

Alhamdulillah. Tepat jam dua petang usai hantar kanak-kanak riang ke sekolah. 

Inilah waktu yang saya tunggu sebgai ME Time saya. hi..hii

Kita mulakan kan hari ini dengan video bisnes yang belum saya habiskan. Sambil melihat mesej whatsapp dan telegram yang tak sempat dibaca.

Selang setengah jam, dah mula kedengaran guruh dilangit. Ada tanda-tanda hujan akan lebat.

Cepat-cepat saya capai suis plug utama, yang penting talian intenet kena ditutup dulu. Pengalaman dua tahun lepas bila router terbakar dipanah petir buat saya berhati-hati, 

Nampaknya tak banyak kerja bisnes saya dapat buat kali ini.

Kemas kan buku-buku catatan, Saya tak boleh diam tak buat apa-apa. Terasa sangat merugikan dengan masa yang berharga yang ada.

Next, capai penyapu dan kita mulakan tugas pembersihan pula. Usai menyapu, sambung dengan mengemop. Pergh.. Alhamdulillah berpeluh sekejap. Sambil-sambil tu pergi ke dapur keluarkan ayam dan sayur dari peti sejuk.

Habis kerja menyapu hujan pun ada tanda berhenti. Pasang semula komputer dan sambung kerja bisnes. 

Selepas beberapa ketika, mata macam nak rehat. Pause video skejap. Saya ambil masa untuk nap sekejap. Ambil masa beberapa minit. Sambung semula selepas 5-10 minit. 

Sedar dari tidur sambung semula kerja sehingga waktu Asar. untuk solat. Selepas solat bersiap untuk ambil anak-anak sekolah.

Alhamdulillah. saya sangat gembira dengan perjalanan yang Allah tentukan sekarang. Saya boleh rancang dan buat apa  yang saya suka tanpa arahan sesiapa. 

Pengalaman masa bekerja 13 tahun dahulu, terasa sangat masa berlalu. Terasa sangat rugi bila menghabiskan berjam-jam  masa dalam kereta dan KTM untuk pergi dan balik pejabat. 

Dulu bila di pejabat, ada waktu senggang di pejabat, saya selalu teras ralat dengan masa yang berlalu. Alangkah baiknya kalau saya ada di rumah waktu itu dan dapat buat kerja-kerja rumah. Dan paling saya ingat ialah anak yang tinggal dengan pengasuh. Rindu sangat walaupun berpisah hanya bebrapa jam.

Alhamdulillah, Allah izinkan semua berlaku. Biiznillah.

-------------------------------------------------------------



MAGIC BLUE MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI KINI DI PASARAN!!

Ramuan MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI terdiri daripada :

    Minyak kayu putih
    Minyak daun bidara 
    Minyak bawang putih
    Minyak bunga cengkih
    Mentol / mint
    Minyak habbatussauda
    Lemon

Antara kebaikan MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI

- Melegakan lenguh-lenguh sendi

- Membantu melegakan sakit urat dan otot

- Meredakan sakit kepala (Pening)

- Membantu meredakan kembung perut

Rugi beb kalau korang tak grab awal awal sebab ianya berbaloi kerana :point_down:

:small_blue_diamond:Packaging kecil, senang nak bawa ke mana-mana

:small_blue_diamond:Mudah meresap dan tidak melekit pada kulit

:small_blue_diamond:Tekstur minyak yang halus (nano)

:small_blue_diamond:Produk keluaran Muslim, Halal

Harga : RM25.00 Semenanjung
RM30.00 Sabah / Sarawak

CLICK UNTUK FREE POSTAGE

klik link wasap.my/60136844409/minyakaromatrapi :wink:



Wednesday, 21 April 2021

Cerita Ramadhan Afiq


Skrip balik sekolah.

"Buka nanti jarum panjang nombor berapa?"

"Nombor empat"

"Yang pendek?"

"Nombor tujuh"

"Ok" 🙂

Alhamdulillah, tahun pertama Afiq puasa. Setakat ni berjaya untuk puasa penuh. Sangat mencabar nak memujuk untuk tidak makan atau minum sebelum waktu berbuka. Alhamdulillah setakat ni masih ok.

Paling best tengok dia waktu berbuka. Berkali-kali ucap bestnya dapat makan waktu berbuka. Nak gambarkan sukanya dapat makan selepas berlapar disiang hari. Speechless sangat! Moga berjayalah Aqil puasa penuh tahun ini. Aameen.

#9Ramadhan
#CeritaAfiq

Tuesday, 20 April 2021

Resepi Puding Jagung mudah dan sedap

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Ramadhan Kareem.

Hari ketujuh Ramadhan. Alhamdulillah.

Ada permintaan untuk puding jagung hari ini. Korek resepi dalam phone. Terlalu banyak dah 'snapshot' resepi puding jagung dalam galeri telefon. Bila ada permintaan je, jenuh mencuba macam-macam resepi. Tapi resepi yang ni saja yang melekat kat jiwa. Resepi mudah dan bila kerapkali buat, Allah izinkan 'menjadi' dan anak-anak suka. 

Moga kalian yang mencuba resepi ni suka jugak.

Resepi Puding Jagung

1 tin jagung krim
1 pek tepung kastard (dalam 300++ gm kalau tak silap)
1 kotak santan Kara
1/2 tin susu pekat
1.8 liter air masak 
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
Sedikit margerin 

Caranya:
Masukkan semua bahan dalam kuali. Kacau sampai semuanya sebati dan tidak berketul. Panaskan dengan api yang kecil. Sambil kacau sehingga likat dan berkilat. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas dan sejukkan. Siapppp.. 
___________________________

DEODORANT NATURAL MAGIC BLUE


SEMBURAN BERBISA‼

Sekali sembur bau ketiak hilang TIGA HARI ? 😱

Satu-satunya "DEODORANT MAGIC" yang membantu nyah bau peluh anda dan memberi perlindungan anti bakteria tanpa meninggalkan kesan pada bawah lengan 

"KEMBALIKAN KEYAKINAN ANDA"

Nak cuba sebotol?
Free postage 
Harga Rm29 |  20ml 
Tahan 2 bulan 
Hanya guna 3 kali seminggu!

Klik wasap.my/60136844409/deodorant

#MagicBlueRafflesia
#deodorant #naturaldeodorant #baubadan #natural #tawas #ketiakberbau #ketiakhitam #deodorantalami #organic #deodorantwhitening










Monday, 22 March 2021

Cerita kawan baru

 Teks: Suhaila Rahim


"Amni ada kawan baru"

"Bestnya. Siapa nama dia?"

"Tak ingat.."

"Lorr.."

"Afiq pun ada kawan baru!"

"Nama dia?"

"Rahsiaaaa"

"Camtu pulak... Dah jom balik"

#ceritaamniafiq

----------------------------


“Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati (Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215).”

Jika tiada sakit atau sebab sekalipun, kita masih disarankan untuk mengambil habbatussauda secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi iaitu Rasululah S.A.W. 💝

Nak cuba kapsul habatussauda? Klik link wasap.my/60136844409/hb


Lagu dulu vs lagu sekarang

 Teks: Suhaila Rahim


Masuk kereta, panaskan enjin sambil tekan punat radio. 

Tiba-tiba keluar lagu lama yang saya tak ingat tajuknya.

'Wah, lama tak dengar lagu ni'  fikir saya sendiri.

Lepas seketika, Aqil masuk kereta  dan duduk di sebelah.

"Mak, kenapa lagu lama ni mendayu-dayu? 

"Ishhhh, sedap apa. Nostalgia tau lagu lama ni."

Aqil diam seribu bahasa. Dengan muka tak puas hati.

Saya kat sebelah menyengih menegakkan fakta sambil senyum sendiri. Rasa geram jugaklah sikit. Ternyata ia adalah luahan rasa dan suka dari dua generasi. Genarasi X dan generasi Z. 

Teringat pulak waktu  lagu-lagu zaman 90an dan awal tahun 2000 tu. Tapi jangan tanya tajuk apa. Saya tau lirik sikit-sikit je.

Sambil mula memandu, dalam hati saya fikir. macam tulah agaknya perasaan mak ayah dulu bila kita komplen lagu-lagu lama. Bagi mereka itulah yang paling viral waktu tu. Sedar tak sedar ternyata kita hidup pada generasi berbeza. 

Saya dulu tak layan sangat lagu-lagu ni. Tapi bila 'tercampak' untuk menuntut ilmu di bumi Muar, saya  tinggal serumah dengan kakak-kakak senior. Dia orang ni jenis belajar ambil mendengar radio. Ada jugak yang sibuk bercinta masa tu. Sebab tu ada lagu yang saya masih ingat akan kisah-kisah nostalgia dia orang. Emm... tanda-tanda tua 😄

Korang teringat lagu apa?

-------------------------------------------------

Habatussauda MAGIC BLUE




Tekanan sangat mempengaruhi emosi seseorang !


Bagaimana anda memilih untuk menghapuskan tekanan di tempat kerja?

:pushpin:Siapkan kerja yang paling penting terlebih dahulu !

Cara ini membantu menjadikan anda lebih fokus dan cekap

Dan JANGAN LUPA amalkan makan Habbatussauda setiap pagi sebelum mulakan rutin harian anda untuk :

:heavy_check_mark: Membantu mengurangkan tekanan dan migrain
:heavy_check_mark: Membantu meningkatkan tenaga
:heavy_check_mark: Membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh

Nak? satu botol 60 kapsul RM25 saya belanja postage :)

Klik link wasap.my/60136844409/habatusauda

#HabbatussaudaOriginal
#HabbatussaudaKapsul
#PenawarSegalaPenyakitDenganIzinAllah #KitaJagaKita

Wednesday, 17 February 2021

Kenapa kita tak gembira?

 Teks: Suhaila Rahim


Bismillahhirahmanirrahim.

Pagi ini sempat ikut live Ustazah Datuk Dr Norhafiizah Musa berkenaan tajuk 'Kenapa hidup kita tidak gembira?"

Menurut Ustazah, punca utama kita selalu tidak gembira kerana terlalu banyak yang kita cintai di dunia ini dan apa yang kita cintai itu itulah buat kita sedih.

Kita cinta pangkat, cintakan pengaruh, harta, follower, dan macam-macam lagi. Semakin banyak yang kita cintai itulah yang menyebabkan kita sedih. Kesedihan berpunca terlalu banyak benda dunia yang kita impikan dan yang ingin kita rebut.


Kedua, kerana kita lebih mengagummi apa yang ada ditangan orang lain berbanding kegembiraan dan keterujaan dengan apa yang ada di sisi Allah swt.

Sikap kita hari ini bila melihat sisi kehidupan orang lain yang kita rasa lebih baik dari apa yang kita ada.

Oleh itu jangan kita rasa sedih bila kita lihat di media sosial tentang sisi kehidupan orang lain. Pandanglah sisi Allah yang mengujankan bila kita ada zikrullah, tahmid, amal salih yang boleh kita amalkan yang buat kita lebih rasa gembira.

Pesan Ustazah lagi, jangan hidup dalam kesediahan. Hiduplah dengan gembira dengan apa yang ada di sisi ALLah.

Gitulah. Moga perkongsian ada bermanfaat. :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

HABATUSSAUDA MAGIC BLUE

 

Nak bebas dari sebarang penyakit memang tak akan dapat. Tapi kita boleh lindungi diri kita luar dalam dengan betulnya set jagaan yang digunakan.

Habbatus Sauda Magicblue, inshaa Allah boleh bantu masalah RESDUNG ; Sakit yang JARANG orang ambil berat. Bila dah tahap gatal muka, bersin kuat, migrain sentiasa. Confirm mana-mana klinik akan suggest 'Injection Ratus'.

Habbatus Sauda 60kapsul ni hanya RM20 sahaja bagi semenanjung, RM25 S&S. Ikhtiar 3-4 botol inshaa Allah RESDUNG akan susut dan beransur hilang. Ada juga yang consume 1-2 botol dah berkesan.

Yang penting, Bitawakkal 'alAllah!



Klik link untuk tempahan wasap.my/60136844409/habatussauda

#SukaKongsi
#TeamGempurMS


Tuesday, 16 February 2021

Resepi Acar Timun Mentah

 Teks: Suhaila Rahim


Pagi ni mood kenduri lah pulak.. Bila PKP ni semua kenduri dah takda.  Terasa pulak nak makan acar timun. 

Tapi bila nak buat ada saja yang kurang. 

Bila ada nenas, timun takda. Ada timun nenas pulak dah habis. Kat dalam rumah ni nenas dan timun mentah ada peminat tersendiri. Sekejap je letak dalan peti ais dah hilang. 😂

Pagi ni masa nak pikir menu makan tengahari teringat nak buat acar timun sementara bahan-bahan semua ada. Ni saya share  resepi versi CikSue. 😊

Resepi Acar Timun Mentah

Bahan-bahan:

1/2 biji nenas

1 biji timun

2 cili merah

2 biji bawang besar

4 sudu cuka makan

2 sudu gula perang

Sedikit kacang tanah yang sudah ditumbuk

Sedikit garam


Caranya:

Hiris nipis nenas, timun, bawang dan cili merah. Masukkan cuka, gula perang, kacang tu dan garam. Gaulkan sebati. Siapppp. 

Sedap dimakan begitu saja! 😂


---------------------------------------



HABATUSSAUDA MAGIC BLUE

EMPAT tanda awal kalian mula mengalami proses penuaan :

1. Rambut yang hitam mula beruban
2. Rambut yang lebat mula gugur
3. Kulit wajah berpigmentasi dan berkedut
4. Daya ingatan mula lemah

Macam mana nak perlahankan Proses penuaan supaya kita masih nampak muda dan bertenaga?

:small_blue_diamondPastikan diet pemakanan kita kaya dengan vitamin B dan zat besi.

Tapi kalau kalian betul nak kan khasiat, dapatkan Habatussauda keluaran MAGIC BLUE. :100:11

100% Habbatussauda gred A untuk kesihatan yang lebih baik tanpa baunya yang kuat.

Cuba lah sebotol dulu. :blush:

Dengan keluaran terbaru kapsul #Habbatussauda MagicBlue yang dibuat khas dengan teknik rahsia mampu menambah tenaga dan awet muda

Antara khasiat Habbatus Sauda :

  • Membantu melegakan dan mengurangkan pembengkakkan di tubuh
  • Membantu mencegah sel darah dari membeku (anti thrombosis)
  • Membantu menguatkan sistem imun tubuh
  • Membantu mencegah kanser
  • Membantu melindung tubuh badan daripada mendapat sebarang virus
  • Membantu ibu menambahkan susu badan
  • Membantu mengurangkan kadar gula dalam darah
  • Membantu memberi tenaga sepanjang hari


HABBATUSSAUDA MAGIC BLUE
60 Kapsul

Rm20 sem / Rm25 ss

Klik sini sekarang! wasap.my/60136844409/Habatussayuda  atau whatsapp 0136844409



Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...