Wednesday, 23 October 2019

Cerita mak

Teks: Suhaila Rahim

Adeh.. syahdulah pulak task kelas #CWCY malam ni. Jarang CikSue nak cerita pasal mak ni. Tapi tajuk task malam ni pasal 'ibu saya'. Tacing sungguhlah dan konfius pulak dari mana nak mulakan cerita. Erm..

Mak diberi nama Fatimah Nor Hussin. Mak lahir dua tahun sebelum merdeka. Anak tunggal perempuan dari lima orang adik beradik. Arwah nenek meninggal semasa umur mak lapan tahun, dan ketika itu adik mak yang bongsu baru berumur dua tahun. Sebab tulah, Mak yang banyak ambil alih tugas kerja rumah untuk bantu atok. Mak pernah cerita kalau pergi main pun kena bawa adik-adik yang masih kecik. Taknak bagi adik nangis, kena standy ikan masin suap kat adik. Kah kah. Maklumlah zaman dulu semua serba kekurangan, tak mampu nak beli jajan.

Asbab kisah hidup mak yang piatu sejak kecil, jadikan mak sedikit lasak dan sangat berani. Selain dari dikelilingi ramai adik beradik lelaki, kerana didikan atuk inilah mak banyak terdedah dengan kerja-kerja luar rumah. Sejak ketiadaan nenek, mak dah tak sekolah. Atuk dah tak bagi mak sekolah. Maklumlah anak perempuan tunggal. Atuk lebih selesa mak hanya tinggal di rumah bantu atuk urus rumah dan jaga adik-adik sahaja.

Tapi mak sorang yang berani. Mak pernah curi-curi pergi belajar menjahit tanpa pengetahuan atok. Mak belajar jahit dengan tukang jahit berbangsa cina. Hasil dari belajar tulah jadikan mak seorang yang tukang jahit yang cerewet dan sangat fokus dengan jahitannya. Masa mak sibuk menjahit dulu, kami anak-anak perempuannya memang bantu mak menjahit. Tapi takde anak-anak dia yang teror menjahit macam mak. Sikit-sikit tu bolehlah. Tapi asbab dari tu sikap yang cerewet tulah, mak ada ramai pelanggan setia yang suka dengan baju-baju yang mak jahit. Dari jahit di rumah, mak pun dah ada kedai sendiri lepas kahwin. Hasil jahitan mak lah yang yang banyak membantu arwah ayah untuk menyara kami enam beradik hingga ke menara gading. Alhamdulillah.

Tu cerita puluhan tahun dulu. Sekarang Mak pun dah berganjak ke umur 64 tahun. Mak dah ‘pencen’ jadi tukang jahit. Ada suatu ketika ada je kolej yang tawar mak jadi cikgu jahit, tapi mak takde sijil nak tunjuk. Takpelah mak. Takde rezeki mak nak jadi cikgu. Mak pernah juga jadi cikgu tak formal pada anak-anak kampung yang nak belajar menjahit. Sekarang pun mak jahit baju sendiri je. Baju anak cucu pun mak dah mengelat je nak jahit. Kah kah. Mak kata mak dah sampai masa nak rehat-rehat. Mak sekarang busy benda lain. Mak busy dengan gang pegi mengaji dan mengajar orang mengaji kat surau. Mak busy dengan marhaban dan aktiviti-aktiviti kampung. Ada rezeki lebih mak pergi umrah atau pergi rombongan jalan-jalan. Selang dua tiga minggu mak pergi melawat anak cucu.

Tulah serba sedikit perihal mak. Tapi semangat dan kegigihan mak ni takde siapa yang ikut. Ha ha.

Sayang mak dunia akhirat ðŸ’•
--------------------------------------------------
Matte Velvet Compact Powder (MVCP)




klik wasap.my/60136844409/bedakcompactHaus atau call 0136844409 untuksebarang pertanyaan atau preorder


Wednesday, 16 October 2019

Testimoni Haus Skin



Jeles pulak tengok sis ni, tak sampai sebulan guna Haus Skin dah banyak perubahan. Sebelum tu pakai produk ada merkuri. Minggu pertama naik semua jerawat dan muka jadi lebam. Bila dah yakin dengan Haus Skin yang natural based sis ni teruskan jugak.

Hasilnya, perghhh korang tengoklah, kulit makin glowing dan hilang segala jerawat. Comey je kannnn?

 

























Klik sini kalau nak try wasap.my/60136844409/setcombihaus





Wednesday, 28 August 2019

Bila Afiq tanya mak jawab

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi peribadi




"Mak, rasuah tu apa?" Tiba-tiba keluar dari mulut Afiq.

Penangan tengok cerita Upin dan Ipin. Dalam hati mak ni, apalah yang nak diterangkan kat budak empat tahun ni. hu..hu..

"Rasuah tu bila bagi duit pada sesorang dengan niat untuk buat sesuatu yang tak baik". Lancar je ayat keluar dari mulut ni. Faham ke tidak budak ni dengan ayat skima tu. Sendiri pun konfius betul ke ayat ni. Kah kah 

"Oooo...." panjang muncung Afiq kata faham.

Panjang pulak pahamnya.. Kih..Kih..

-------------------------------

HAUS Luminous Lush Moist Lipcream





Ada antara kita yang alami bibir kering, merekah dan hitam?

Siapa yang tak runsing bila bibir dah tak berseri lagi kan?

Meh saya bongkarkan satu rahsia yang buatkan kita tak perlu runsing lagi. Kerunsingan itu akan terubat segera. Memperkenalkan Luminous Lush Moist lipcream by HAUS Cosmetics.

Diperbuat dari minyak Argan, jojoba Esters dan vitamin E yang membantu melembab dan merawat bibir.

So, apa tunggu lagi? tak nak ke bibir yang cantik & sihat? ada 10 pilihan warna yang cantik dan menarik.

Jom laju-laju tekan link ni wasap.my/60136844409/lipcream


Thursday, 1 August 2019

Tinggalkan kenangan di sini

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi peribadi


Alhamdulillah, selesai sudah urusan jual salah satu aset yang kami suami isteri ada. Rumah apartment yang banyak kenangan keluarga kira-kira sepuluh tahun lepas. 

Tiga tahun kami di sini sebelum berpindah ke rumah sekarang. Dengan penyewa yang pelbagai ragam bersilih ganti banyak meninggalkan cerita duka dan nestapa. Kah kah. :)

Lima tahun urusan mencari pembeli. Alahmdulillah Allah mudahkan urusan dengan asbab hadirnya agen yang baik hati dan peguam yang cekap dan rajin membantu. Syukur.

Moga ada rezeki lagi kami milikki rumah lagi. Aamiin.
--------------------------------

Buku persediaan untuk anak ke sekolah


Tiga buah buku ni tak ada dijual di mana-mana kedai tau.

Kalau nak buat persediaan sebelum anak ke sekolah, boleh dapatkan tiga buah buku ni.

Sesuai untuk umur seawal 4 tahun hingga 7 tahun ☺

Jom dapatkan satu set sebagai persediaan anak tahun hadapan.

kilk sini: Klik sini  wasap/60136844409/buku3beradik



Saturday, 6 July 2019

Menjelang upsr 2019

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Hari ni ke sekolah ambil report Aqil. Tak dapat sembang lama dengan cikgu kelas sebab si kecik tak sihat. Cuma sempat toleh kedudukan nombor dalam kelas, dapat angka belas-belas.

Masuk kereta nak balik, tiba-tiba Aqil bersuara dari tempat duduk belakang.

"Teringat masa dapat nombor dua dulu"

"Takyah teringat-ingat. Simpan je buat kenangan."

Ahaks.

#upsr2019
#kenanganjadiimpian
---------------------------------------------------


Ciri- ciri Magic Lipstick

Anti Kedut
Anti Hitam
- Anti Kering
Mempunyai rasa mint pada awal pemakaian
- Tahan lama sehingga 5 jam
- Membantu masalah bibir gelap, kering dan mengelupas
- Boleh dijadikan sebagai base sebelum memakai lipmatte atau lipcream

Jom klik dan dapatkan segera di sini
 

Thursday, 10 January 2019

Sahabat dunia akhirat

Teks: Suhaila Rahim

Akhir-akhir ni selalu teringat satu persatu wajah kawan-kawan lama. Tak kira di sekolah rendah atau menengah, di universiti, ditempat kerja bersilih ganti satu persatu wajah kalian dalam ingatan. Allahhuakbar. Rindu sangat. Masa yang berlalu buat kita jadi jauh dengan kesibukan masing-masing.

Tapi Subhanallah, Allah maha mendengar! Kau ilhamkan ingatan mereka untuk melerai segala kerinduan.

Terima kasih Pjot bertanya khabar dari Mekah.
Terima kasih Zira dan Yati terdetik berhubung di messenger.
Terima kasih Mokcik tiba-tiba datang rumah.
Terima kasih dengan sahabat 311 yang tak putus bertanya khabar.

Sayang kalian kerana Allah.

Alhamdulillah. Moga kita semua dalam sentiasa dalam rahmat Allah ♥

Friday, 2 November 2018

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris




ANAK ANDA LEMAH DALAM BAHASA INGGERIS?

😔 Sedih tengok exam bahasa Inggeris anak
😟 Puas ajar, masih juga susah nak belajar
😕 Nak hantar tusyen mahal pulak

Alhamdulillah sejak jumpa buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

😃  Exam bahasa Inggeris dah tak risau
😊 Anak asyik nak tengok buku ja
🤩 Paling best kita pun boleh belajar sekali 🙈

Klik link di bawah sekarang juga ⤵
wasap.my/60136844409/bukuMBBI

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...