Showing posts with label HAUS Kosmetik. Show all posts
Showing posts with label HAUS Kosmetik. Show all posts

Wednesday, 6 November 2019

Kisah Scooter

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi



"Kakak, kenapa bawa scooter macam tu? Kejap ke depan kejap ke belakang?"

"Kakak nak parkinglah, kan mak nak parking macam tu, kejap ke depan kejap belakang"

Adeh.. budak-budak ni semua dia perati. Belum lagi soalan kenapa abah bawak laju mak bawa seloww.. hu..hu

#CeritaAmnah
------------------------------------------------



Matte Velvet Compact Powder

Matte Velvet Compact Powder (MVCP) produk baru full coverage with high of moisturizing yang berfungsi 4 dalam 1 iaitu:

1. Sebagai Loose powder dengan aplikadi brush makeup
2. Sebagai bedak dengan aplikasi sponge kering
3. Sebagai foundation dengan aplikasi sponge basah
4. Sebagai shading untuk code 3.1



Mana nak dapat bedak macam ni pada harga bibik? dengan treatment yang sangat tinggi dengan Jojoba Oil, Chia Seed Oil, Vitamin E dan Vitamin C. :scream:
Nak tahu lebih lanjut? Klik wasap/60136844409/bedakkompakb


Wednesday, 23 October 2019

Cerita mak

Teks: Suhaila Rahim

Adeh.. syahdulah pulak task kelas #CWCY malam ni. Jarang CikSue nak cerita pasal mak ni. Tapi tajuk task malam ni pasal 'ibu saya'. Tacing sungguhlah dan konfius pulak dari mana nak mulakan cerita. Erm..

Mak diberi nama Fatimah Nor Hussin. Mak lahir dua tahun sebelum merdeka. Anak tunggal perempuan dari lima orang adik beradik. Arwah nenek meninggal semasa umur mak lapan tahun, dan ketika itu adik mak yang bongsu baru berumur dua tahun. Sebab tulah, Mak yang banyak ambil alih tugas kerja rumah untuk bantu atok. Mak pernah cerita kalau pergi main pun kena bawa adik-adik yang masih kecik. Taknak bagi adik nangis, kena standy ikan masin suap kat adik. Kah kah. Maklumlah zaman dulu semua serba kekurangan, tak mampu nak beli jajan.

Asbab kisah hidup mak yang piatu sejak kecil, jadikan mak sedikit lasak dan sangat berani. Selain dari dikelilingi ramai adik beradik lelaki, kerana didikan atuk inilah mak banyak terdedah dengan kerja-kerja luar rumah. Sejak ketiadaan nenek, mak dah tak sekolah. Atuk dah tak bagi mak sekolah. Maklumlah anak perempuan tunggal. Atuk lebih selesa mak hanya tinggal di rumah bantu atuk urus rumah dan jaga adik-adik sahaja.

Tapi mak sorang yang berani. Mak pernah curi-curi pergi belajar menjahit tanpa pengetahuan atok. Mak belajar jahit dengan tukang jahit berbangsa cina. Hasil dari belajar tulah jadikan mak seorang yang tukang jahit yang cerewet dan sangat fokus dengan jahitannya. Masa mak sibuk menjahit dulu, kami anak-anak perempuannya memang bantu mak menjahit. Tapi takde anak-anak dia yang teror menjahit macam mak. Sikit-sikit tu bolehlah. Tapi asbab dari tu sikap yang cerewet tulah, mak ada ramai pelanggan setia yang suka dengan baju-baju yang mak jahit. Dari jahit di rumah, mak pun dah ada kedai sendiri lepas kahwin. Hasil jahitan mak lah yang yang banyak membantu arwah ayah untuk menyara kami enam beradik hingga ke menara gading. Alhamdulillah.

Tu cerita puluhan tahun dulu. Sekarang Mak pun dah berganjak ke umur 64 tahun. Mak dah ‘pencen’ jadi tukang jahit. Ada suatu ketika ada je kolej yang tawar mak jadi cikgu jahit, tapi mak takde sijil nak tunjuk. Takpelah mak. Takde rezeki mak nak jadi cikgu. Mak pernah juga jadi cikgu tak formal pada anak-anak kampung yang nak belajar menjahit. Sekarang pun mak jahit baju sendiri je. Baju anak cucu pun mak dah mengelat je nak jahit. Kah kah. Mak kata mak dah sampai masa nak rehat-rehat. Mak sekarang busy benda lain. Mak busy dengan gang pegi mengaji dan mengajar orang mengaji kat surau. Mak busy dengan marhaban dan aktiviti-aktiviti kampung. Ada rezeki lebih mak pergi umrah atau pergi rombongan jalan-jalan. Selang dua tiga minggu mak pergi melawat anak cucu.

Tulah serba sedikit perihal mak. Tapi semangat dan kegigihan mak ni takde siapa yang ikut. Ha ha.

Sayang mak dunia akhirat ðŸ’•
--------------------------------------------------
Matte Velvet Compact Powder (MVCP)




klik wasap.my/60136844409/bedakcompactHaus atau call 0136844409 untuksebarang pertanyaan atau preorder


Wednesday, 16 October 2019

Testimoni Haus Skin



Jeles pulak tengok sis ni, tak sampai sebulan guna Haus Skin dah banyak perubahan. Sebelum tu pakai produk ada merkuri. Minggu pertama naik semua jerawat dan muka jadi lebam. Bila dah yakin dengan Haus Skin yang natural based sis ni teruskan jugak.

Hasilnya, perghhh korang tengoklah, kulit makin glowing dan hilang segala jerawat. Comey je kannnn?

 

























Klik sini kalau nak try wasap.my/60136844409/setcombihaus





Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...