Thursday, 1 February 2018

Kisah cikgu matematik

Teks: Suhaila Rahim

Sambil semak buku sekolah anak, teringat zaman sekolah dulu-dulu.

Antara mata pelajaran 'favourite' saya semasa sekolah menengah rendah ialah Matematik

Antara sebab utama minat subjek Matematik, sebab dapat cikgu matematik sangat rajin semak buku latihan. Seingat saya, paling lambat kami dapat balik buku latihan dua hari dan tak  lebih dari tu. Paling cepat bila dah habis buat latihan dia akan semak buku terus selepas habis waktu kelas.

Jika masa peperiksaan lagi best, hari periksa esok nya dah dapat keputusan. :)

Masa tu rasa seronok sangat bila dapat buku-buku yang cikgu dah semak. Tambahan lagi kalau ada je komen-komen 'berbunga' dari cikgu.

Tapi, kalau tak dapat komen berbunga pun, dapat tanda pen merah kat buku pun dah rasa bahagia sebab rasa sangat kerja-kerja dihargai.

Tapi dengan kesibukan cikgu-cikgu sekarang ada lagi ke yang rajin menyemak buku hari-hari?

Mode: Tiba-tiba teringat kat cikgu matematik saya yang sangat dedikasi, Mr Chan Siak Fatt (cikgu yang lembut) dan Puan Ong Lai Hock (cikgu yang garang ).

---------------------------------------------------------




Assalamualaikum, maaf jika mengganggu. Jika puan mengenali sesiapa yang ada masalah-masalah kulit seperti di bawah ni?

❗ kulit kering
❗ ada 'stretch mark' diperut selepas bersalin
❗ rekahan ditapak kaki
❗ kulit berparut
❗ kulit yang hitam di celah-celah peha dan leher. 

Saya nak share pasal LA MAMMA STRETCHMARK LOTION ni. Bukan untuk Stretch Mark semata-mata tau. Antara kelebihan lain:

➜ Menghaluskan kulit
➜ Membantu megurangkan masalah stretch mark di perut ibu hamil
➜ Membantu memulihkan rekahan ditapak kaki
➜ Melembapkan kulit
➜ Membaiki sel-sel kulit mati
➜ Membantu menghilangkan parut
➜ Mencerahkan kulit yang hitam di celah-celah
.
Kelebihan losyen La Mamma ni daripada losyen yang ada dipasaran adalah seperti:
✔ Tidak berminyak
✔ Berbau wangi. Inspirasi bau Gucci. Wanginya tahan lama tau
✔ Cepat meresap
✔ Sejuk je bila sapu di kulit
✔ FREE Paraben 
✔ Kesan kulit yang lembut serta merta 
✔ Ada kelulusan KKM. No NOT160105368K

Kalau ada yang berkenan boleh pm saya!

wasap.my/6013684409




Badan rasa ringan dengan Postnatal LaMamma

Teks: Suhaila Rahim


Pagi ni, settle dulu minum air masak dan sesudu Postnatal LaMamma. Selawat sekali In shaa Allah.

Jadi mak yang fulltime kat rumah ni kena banyak guna tenaga sebab kerja non stop.

Bukan tenaga fizikal je tapi tenaga untuk urus mental supaya stabil emosi sampai malam kalau boleh.

Alhamdulillah, asbab amalkan postnatal ni badan rasa ringan je, mudah rasa nak bangun pagi. Rasa nak makan dah kurang walaupun menyusu dua kanak-kanak riang. 

Oh lupa nak bagitau, jamu moden postnatal Lamamma ni bukan untuk 'MakTang' je tau! Mak tak pantang pun boleh!

Sape nak merisik-risik meh pm tepi.

whatsapp 0136844409

Tuesday, 30 January 2018

Petua mengatasi rambut gugur

Teks: Suhaila Rahim

Banyak sekali cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah rambut rosak, mengatasi rambut gugur ataupun menumbuhkan rambut botak. Paling mudah, anda boleh pratikkan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Berikut petua tradisional mengatasi rambut gugur

1. Kacang hijau
Ramai mengakui kacang hijau bagus untuk kulit, namun bahan yang sering digunakan dalam masakan ini juga elok untuk merawat rambut. Caranya mudah saja, rendam kacang hijau semalaman, tapis kacang hijau dan ambil airnya. Air kacang hijau bagus untuk merawat rambut gugur oleh itu, sapu ke seluruh kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan optima.


2. Santan kelapa
Selain digunakan dalam masakan, masyarakat dahulu menggunakan santan kelapa secara tradisi untuk menghitam, melebat dan mengelak rambut gugur. Caranya ialah dengan melumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.


3. Sapuan Minyak zaitun atau minyak kelapa
Kebaikan minyak zaitun dan minyak kelapa memang banyak. Salah satunya, meningkatkan proses pertumbuhan rambut, mengatasi rambut gugur serta menyihatkan keadaan kulit kepala anda. Caranya cukup mudah, titiskan empat hingga lima titis minyak zaitun atau minyak kelapa setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, cucilah rambut anda hingga bersih.Jika proses ini anda lakukan secara rutin pada setiap hari, tidak mustahil masalah rambut gugur dan berkelemumur itu akan segera hilang. Bahkan, akar rambut anda juga akan menjadi lebih kuat sehingga proses pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.


4. Makan makanan tinggi protein
Makanan tinggi protein sangat bagus untuk pertumbuhan rambut agar lebat, subur dan mengatasi masalah keguguran rambut. Makanan seperti ikan, ayam, telur, tauhu, tempe bukan saja melebatkan rambut tetapi mengelak kerosakan seperti rambut gugur dan bercabang.


5. Dadih
Selain diamalkan sebagai makanan diet harian, dadih berfungsi mengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Anda hanya perlu melumurkan ke seluruh bahagian rambut. Biarkan selama satu jam sebelum anda membasuh rambut. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.


6. Telur
Cara semulajadi menyelesaikan masalah rambut gugur ialah dengan memanfaatkan telur kuning. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan menggunakan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya anda melakukan proses ini tiga hingga empat kali dalam seminggu.


--------------------------------------------------

Stretchmark Lotion



Awak kalau nak kekal kulit halus mulus bak sutera masa pregnant tu, jangan buat dekk aje. Jangan strechmark dah bermaharajalela baru nak cari akak.


Sebelum jadi peta kat tummy awak yang lembut bak sutera tu, meh sapu losyen Strechmark LaMamma ni. Asal gatal je sapu, baru tak menggaru.

Dahlah SEJUK , WANGI , TAK BERMINYAK pulak tu. Sapu awal awal, sah sah kulit awak LEMBAP je. Bila KULIT TAK KERING, barulah awak pun tak menggaru. Kulit pun tak dan nak merekah seribu.

Bukan apa, akak tak nak awak STRESS sampai nak cabut gigi je bila tengok tummy awak tu.

Berkenan meh pm wasap.my/60136844409


Monday, 29 January 2018

Hari ketujuh training

Teks: Suhaila Rahim


Alhamdulillah selesai hari ketujuh training di Elsee.
Walaupun baru tujuh hari banyak sangat ilmu emas yang saya pelajari dari semua team elsee terutama dari founder Elsee Kak Sheda dan leader Elsee yang sentiasa memberI teguran. 

Rupanya banyak 'tips and tricks' yang nampak simple tapi banyak impaaknya dalam membina kepercayaan pelanggan dalam bisnes, terutama dalam pemasaran online. 

In shaa Allah saya tak sabar nak sambung hari-hari training seterusnya. 

10 hari lagi caiyok!

#elseemilionaire

---------------


ANDA SEDANG BERPANTANG DAN ADA MASALAH BERIKUT?
  • Tak Lalu Nak Makan Jamu?
  • Nak Elak Sembelit Semasa Pantang?
  • Nak Kembalikan Tenaga Untuk Jaga Anak & Bayi?
  • Nak Berpantang Dengan Lebih Mudah Tapi Masih Menjaga Kesihatan Wanita?
  • Nak Banyakkan Susu Badan?
  • Nak Cepatkan Sembuh Luka Bersalin?
  • Nak Elakkan Bayi Demam Kuning?
  • Nak Kuatkan Rahim & Kecutkan Peranakan?
Dapatkan LA MAMMA POSTNATAL





Supplement multivitamin dengan rumusan istimewa khas buat bakal ibu, ibu berpantang dan wanita yang menitikberatkan penjagaan dalaman dan luaran.

Whatsapp ke 0136844409 sekarang!





Monday, 22 January 2018

BIG WHY saya dalam Team La Mamma

Teks: Suhaia Rahim

Hari ini hari pertama training kami bersama team Lamamma. Antara tugas hari ini adalah menulis tujuan utama kami menyertai Team La Mamamma.

BIG WHY saya dalam bisnes produk LaMamma adalah menjana pendapatan yang konsisten setiap bulan seperti sewaktu masih bekerja walaupun dari rumah sahaja. Dengan pendapatan tersebut, saya nak langsaikan hutang yang sedia ada dengan kadar segera. Saya sedar bisnes adalah satu caranya. Saya yakin dengan produk LaMamma mempunyai potensi yang besar dengan kehadiran Founder dan team yang sangat supportive dan ohsem.


Mohon doa kawan-kawan ya!


Sunday, 29 October 2017

Masakan emak

Teks: Suhaila Rahim

Alhamdulillah rezeki malam ni. Lepas maghrib, kakak datang rumah bawakan ole-ole dari kampung.

Mak kirim lauk-lauk kegemaran. Gulai cendawan kukur, rendang ayam bersama maman, sambal sotong, mee goreng dan jagung rebus. Semuanya sedap. Tak mampu nak memilih. Makan serba sedikit malam ni. Rasa lepas kerinduan dengan masakan mak. Allahuakbar. Nikmatnya Allah yang tahu. Alhamdulillah :)

Sebelum Maghrib tadi, dah pasang niat nak elak makan malam ini, tapi bila tengok lauk-lauk yang kirim hati tak tenteram. Hancur rancangan diet . ha..ha..

Saya sebenarnya rindu sangat nak makan masakan mak. Maklumlah, dah lama tak dapat balik kampung kerana jadual kerja suami yang tidak menentu. Kalau dulu perancangan balik kampung pastinya sebulan kali. Tapi kali ini tidak lagi. Hanya panggilan telefon  sebagai penganti diri.

Kebiasaannya kalau ada kiriman lauk dari kampung mak memang tak lupa bekalkan nasi. Bukan sikit nasinya tapi satu bekas yang boleh dimakan satu keluarga. Mak memang prihatin. Selalu dia fikir saya mesti tak sempat masak sebab saya kepenatan uruskan anak-anak sendirian. 

Bila mengenangkan bekalan yang mak kirim, teringat ketika saya tinggal asrama. Memang jadi rutin dia bawa bekal nasi dan macam-macam lauk bila ada kelapangan melawat. Maklumlah duduk asrama memang sinonim dengan terma selalunya 'lapar'.

Alhamdulillah.

---------------


ANDA SEDANG BERPANTANG DAN ADA MASALAH BERIKUT?
  • Tak Lalu Nak Makan Jamu?
  • Nak Elak Sembelit Semasa Pantang?
  • Nak Kembalikan Tenaga Untuk Jaga Anak & Bayi?
  • Nak Berpantang Dengan Lebih Mudah Tapi Masih Menjaga Kesihatan Wanita?
  • Nak Banyakkan Susu Badan?
  • Nak Cepatkan Sembuh Luka Bersalin?
  • Nak Elakkan Bayi Demam Kuning?
  • Nak Kuatkan Rahim & Kecutkan Peranakan?
Dapatkan LA MAMMA POSTNATAL





Supplement multivitamin dengan rumusan istimewa khas buat bakal ibu, ibu berpantang dan wanita yang menitikberatkan penjagaan dalaman dan luaran.

Whatsapp ke 0136844409 sekarang!


Sunday, 22 October 2017

Cerita aiskrim

Teks: Suhaila Rahim


Hari ini usai urusan 'report day' kakak di tadika, angkut semua masuk kereta untuk balik umah.

Kebetulan cuaca hari sangat panas. Bila buka sahaja pintu kereta masing-masing mengeluh kepanasan,  si kecik pun dah merengek sebab bahang panas dan keadaan aircond kereta yang lambat sejuk. Terlintas dikepala, alangkah nikmatnya kalau dapat makan aiskrim waktu-waktu macam ini.

"Apa kata kita pergi kedai dulu, kita beli aiskrim, mak hauslah" saya bagi cadangan

Masing-masing bersorak setuju. Mak ni lagi lah setujukan. Sekadar senyum sendiri.

Tiba-tiba si abang bersuara dari tempat duduk belakang.

"Mak, Aqil pernah bacakan. Aiskrim tak boleh hilangkan dahaga. Bahan dlm aiskrim banyak protein. Jadi dia perlukan lebih banyak air untuk hilangkan protein dalam aiskrim" Aqil bagi pandangan.

"Ya ke?"

"Betul mak!"

"Kalau macam tu apa kata kita beli air je. Kakak dengan Afiq nak air apa? nanti kita suruh abang turun beli. Belikan mak air cincau!"saya bagi cadangan lain.

Semua angguk setuju.

Huh! terlepas hajat sendiri nak makan aiskrim hari ni  :)

Nasib baik sebelum keluar dah spray Magicblue,  panas berpeluh pun badan tak berbau!

***********************************



ANDA SEDANG BERPANTANG DAN ADA MASALAH BERIKUT?
  • Tak Lalu Nak Makan Jamu?
  • Nak Elak Sembelit Semasa Pantang?
  • Nak Kembalikan Tenaga Untuk Jaga Anak & Bayi?
  • Nak Berpantang Dengan Lebih Mudah Tapi Masih Menjaga Kesihatan Wanita?
  • Nak Banyakkan Susu Badan?
  • Nak Cepatkan Sembuh Luka Bersalin?
  • Nak Elakkan Bayi Demam Kuning?
  • Nak Kuatkan Rahim & Kecutkan Peranakan?
Dapatkan LA MAMMA POSTNATAL





Supplement multivitamin dengan rumusan istimewa khas buat bakal ibu, ibu berpantang dan wanita yang menitikberatkan penjagaan dalaman dan luaran.

Whatsapp ke 0136844409 sekarang!



Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...