Monday, 14 July 2014

Tips menguruskan akaun perniagaan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Setiap  perniagaan sama ada yang kecil atau besar sangat memerlukan pengurusan akaun yang teliti. Ini kerana objektif utama dalam setiap perniagaan ialah untuk mencari keuntungan kewangan. Untuk mengira keuntungan, peniaga harus mempunyai rekod tentang aktiviti perniagaannya. Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi. Sesetengah usahawan bukan sahaja tidak tahu dengan tepat jumlah untung rugi malah tidak tahu langsung sama ada perniagaan mereka untung atau rugi. Perniagaan dianggap untung bila ada lebihan jualan dan sebaliknya.

Membina sebuah perniagaan yang menguntungkan bukan suatu yang berlaku secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata tetapi ianya memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu anda memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. Oleh itu dengan sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata kewangan yang meyakinkan. Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan perniagaan.

Antara tips pengurusan akaun perniagaan
1)Catitkan segala transaksi wang keluar dan masuk tanpa ada pengecualian. Jika anda terima wang, catitkan daripada siapa, untuk urusan apa, bila, banyak mana dan segala macam lagi butiran yang diperlukan. Begitu juga jika wang dikeluarkan, catitkan kepada siapa, untuk apa, bila banyak mana dan sebagainya. Pastikan segala urusan disokong dengan resit atau bukti pembayaran atau pengeluaran.

2)Jika anda tidak menggunakan apa-apa sistem perakaunan, gunakan microsoft office excel untuk membuat catitan pada semua aliran wang tersebut. Anda mesti berupaya membuat ringkasan jumlah wang kelar dan masuk samada untuk sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

3)Terjemahkan semua maklumat itu pada satu carta aliran wang keluar dan masuk untuk sekurang-kurangnya selama dua tahun. Dari aliran tersebut anda boleh melihat trend naik dan turun perniagaan anda dan boleh memantau segala kos penting seperti kos bahan mentah, kos perbelanjaan tetap, sewa, gaji dan lain-lain.

4)Daripada aliran wang keluar masuk itu juga anda boleh kenal pasti jumlah jualan paling minimun yang perlu dibuat untuk membuatkan perniagaan anda hidup.

5)Bila dah tahu jumlah jualan minimun tersebut, pastikan segala aktiviti ditumpukan ke arah untuk menaikkan hasil jualan melebihi jualan minimum itu.

6)Pantau samada perniagaan anda ada memberikan hutang pada pelanggan. Jika ada pantau kedudukan pembayaran mereka dan pastikan ada seorang pekerja atau anda sendiri yang kejar segala pembayaran sehingga dapat.

7)Lihat semua duit yang habis digunakan untuk membeli barang dan juga segala kelengkapan perniagaan. Kira jumlah wang yang tertanam di situ dan pastikan ianya memberikan pulangan yang baik.

8)Kira jumlah stok atau barangan yang ada dan lihat senarai barang yang sudah lama berada di dalam perniagaan tetapi tidak dijual atau digunakan. Kenapa tidak dikosongkan semuanya dengan menjualnya sahaja. Anda akan mencairkan banyak wang yang boleh digunakan untuk meningkatkan hasil perniagaan anda.

9)Semak semua senarai pembekal anda. Lihat berapa jumlah wang yang telah anda keluarkan untuk diberikan pada mereka. Lihat pembekal yang paling banyak anda berikan wang dan bawa maklumat itu untuk berbincang diskaun atau kemudahan kredit, jika perlu.

10)Lihat senarai pelanggan yang telah membeli atau menggunakan perkhidmatan anda. Lihat senarai pelanggan yang paling banyak memberikan wang pada anda. Belikan cenderamata dan hantarkan pada mereka. Jika berkesempatan pergi jumpa mereka dan nyatakan rasa terima kasih anda pada mereka. Terlalu banyak maklumat yang boleh dijana daripada aktiviti pengurusan akaun dan pengurusan aliran wang dalam perniagaan, jika anda lakukannya dengan betul.

Jadikan juga amalan untuk memantau dan membaca laporan aliran wang keluar dan masuk dalam perniagaan anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ini dapat memberikan input penting ke dalam otak untuk anda mencari idea dan tindakan baru bagi meningkatkan perniagaan.

Sumber: http://hidupringkas.com
-------------------------------------------------

Apabila sudah ada bisnes, perlu ambil tahu perkara berikut. Jika tidak, asyik ingat ada untung aje sedangkan bila disemak semula, lebih banyak rugi dari untung.
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 19.07.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30pg -4.30ptg

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

PM saya untuk pendaftaran

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Wednesday, 9 July 2014

Noor Azila Mohamad - Ulasan tentang blog asas dan fanpage.

Guru Online : Anys iIayu Zakaria

Alhamdulillah, akhirnya hampir selesai segala tugasan yang diberikan. Sebulan yang lalu, diperkenalkan oleh Nor Adilah kepada tenaga  pengajar ABDR, Cikgu Anysidayu Zakaria. Sebelum mengenali ABDR, saya sering mengikuti beberapa kursus untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes. Yelah, sebelum bertindak kita kenalah persiapkan diri dengan ilmu yang perlu. Kalau tidak, umpama, terjun ke laut tanpa ilmu renang. Saya mula mengikuti kursus Dr. Azizan sewaktu mengandungkan anak pertama. Di situ saya mula membuka mata, seseorang pelajar yang mempunyai kelulusan, dengan gaji RM5k adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan seorang usahawan. Tetapi sebelum bergelar usahawan, pastikan kita memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu kita mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan.

Faktor yang menyukarkan saya untuk mengikuti beberapa kursus ialah masa dan anak-anak. Jika saya mengikuti kursus, suami perlu bercuti atau menghantar saya. Malah anak-anak pula, tidak pernah berjauhan walaupun hanya sehari. Pernah satu ketika, sewaktu anak pertama berusia 8 bulan, saya dan suami bawa bersama mengikuti kursus pemasaran di Kuala Lumpur. Nasib baik mereka membenarkan, tetapi hanya separuh hari saya mengikutinya, anak dah mula menunjukkan rasa tidak selesa, saya hanya membiarkan suami mengikutinya sehingga tamat.

Namun, setelah diperkenalkan dengan ABDR, saya rasa sangat bersyukur , saya dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mampu menaikkan semangat saya untuk bergelar usahawan. Kelas asas blog dan fanpage ini cukup mudah. Saya tidak perlu lagi menyusahkan suami untuk menghantar, tidak perlu lagi  risau tentang anak-anak, semuanya hanya secara 'online'. Masa untuk belajar pun, tidak membebankan, bila-bila ada masa terluang saya akan berhubung dengan cikgu anys. Ada kalanya, saya akan luangkan masa untuk belajar, tengah malam, selepas anak-anak tidur, kadang-kadang awal pagi.Namun cikgu anys, sentiasa ada untuk membantu dan cukup memahami. Seperti kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".  Terima kasih juga kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, kerana cukup memahami keperluan suri.

Sebelum ini, saya mengenali 'bisnes online' hanya menggunakan fb. Setelah mempelajari di ABDR, saya rasa ia lebih mudah, apatah lagi jika kita dapat gabungkan kemahiran pemasaran blog dan fb. Dengan blog, kita lebih mudah untuk menghuraikan mengenai sesuatu produk, lebih mudah untuk mempamerkan produk dan service yang kita ada, dan lebih meyakinkan. Alhamdulillah, saya semakin jelas dengan halatuju untuk bergelar usahawan. In shaa Allah...


-----------------------------------------------

Alhamdulillah, selamat datang pelajar Julai 2014. bergabung dengan kami di ABDR dengan 750 blog, 25 kelas, mara 1000 ahli menjelang Ramadhan. Kelas online dan offline kami, adalah seperti berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek ray
http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5.Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecilhttp://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 blog http://sohodirectory.blogspot.com/

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Tuesday, 8 July 2014

Buah Delima dan khasiatnya

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Delima (punica granatum) adalah tanaman buah-buahan yang dapat tumbuh hingga 5-8 m. Tanaman ini diperkirakan berasal dariIran, namun telah lama dikembangbiakkan di daerahMediterania. Bangsa Moor memberi nama salah satu kota kuno di Spanyol,Granada, berdasarkan nama buah ini. Tanaman ini juga banyak ditanam di daerah Tiongkok Selatan dan Asia Tenggara.

Khasiat buah delima:
1) Kulit delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.
2) Delima turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, vitamin A dan vitamin C
3) Zat besi di dalam delima unsur penting dalam pembentukan darah merah.
4) Delima mengandungi antioksidan yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung
5) Delima dapat memusnahkan sel kanser kanser payu dara dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
6) Pengambilan delima dapat menghalang pembentukan plak daripada terkumpul dalam salur darah arteri, mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkatkan tahap kolestrol baik.
7) Delima boleh menurunkan tahap sistolik hingga 5 peratus
8) Delima dapat mencegah dan melambatkan nyanyuk.
9) Delima dapat menghalang plak gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi
10) Delima boleh memperbaiki usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta masalah batuk.
11) Delima berkesan meredakan cirit birit,bengkak usus dan najis berdarah
12) Delima boleh mencegah muntah-muntah, ubat kumur untuk masalah pernafasan berbau.
13) Delima dapat mengatasi masalah buasir kerana bairnya dapat bertindak sebagai astringen.
14) Delima boleh mengatasi masalah kemandulan.

Dapatkan Ekstrak buah delima di sini
_____________________________________________________


Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Saturday, 5 July 2014

Roszila - Ulasan Kelas Asas Blog

Guru Online: anys idayu zakaria 

Bismillah. Alhamdulillah penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah berisi tulisan, artikel atau informasi bermanfaat yang diupdate (diperbaharui) secara teratur diakses secara online baik untuk umum mahupun peribadi. Blog juga kombinasi sesebuah teks, gambar, video dan link ke satu blog ke blog. Blog juga laman yang menempatkan pelbagai topik samaada berdasarkan minat, kemahiran atau apa untuk dikongsi. Boleh juga dikatakan sebagai diari online. Kini dengan blog juga dapat menjana pendapatan. Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja. 

Oleh itu, saya mengambil peluang ini tanpa ragu-ragu kerana dengan kelas online blog banyak faedahnya. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pada masa kini seiring perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang semakin meluas. Angan- angan saya memang tinggi dan saya berharap supaya menjadi WAHM yang berjaya seperti yang diharapkan Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer. 

Niat memang sudah lama untuk belajar blog dan baru sekarang impian dapat direalisasikan.Yang bestnya Kelas Online ini kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan! Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Pada mulanya saya membeli dua ebook dari Anys Idayu untuk bahan bacaan saya, oleh kerana tidak puas membaca ebook jadi saya daftarkakan diri dengan Anys Idayu untuk belajar. Teruja sangat dapat belajar dan berblog kerana ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Yuran Rm 200 dengan percuma 4 ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang berguna. 

Kini, saya masih giat menuntut ilmu dan saya berharap supaya dapat menghasilkan blog yang berkualiti. Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke grup Belajar Asas Blog. Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips dari ahli lain. Oleh itu, mulakan sekarang sebelum terlambat.

--------------------------------------------------------------

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil

-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

Jika kalian kategori usahawan di atas
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, boleh sertai bengkel urus kewangan:

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 19.7.2014
Lokasi: Shah Alam
Tempat: 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30am - 4.30pm
Yuran: RM220

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Friday, 4 July 2014

Hari keenam berpuasa

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Bismillah. Alhamdulillah. Pagi Jumaat di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Hari keenam kita berpuasa. Alhamdulillah, sudah enam hari juga Aqil berjaya berpuasa. Tahun lepas hanya berjaya satu hari setengah. Azam tahun ini mahu mengajaknya berpuasa penuh. Walaupun hakikatnya bukan mudah untuk dipujuk, tetapi kena lakukan juga. 

Hampir setiap hari ada sahaja pujuk rayunya untuk berpuasa sekerat jalan. Sebagai motivasi sampingan, sudah  dua tiga kali juga menggagahkan diri berasak-asak ke pasar Ramadhan untuk menunaikan hajatnya. Bukan mahu membeli juadah, hanya memenuhi permintaannya membeli dua jenis air berbeza warna untuk memuaskan hatinya. Amnah pula selalu jadi mangsa. Oleh kerana si adik tidak berpuasa, dia disyaratkan tidak boleh membeli sebarang makanan selain mendapat izinnya. :) 

Apapun, semoga dia dapat berpuasa selama sebulan tahun ini. Aamin.
-------------------------------------


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Hubungi saya di:

Facebook Rafisuhaila Rahim 
Tel: 013 684 4409

Thursday, 3 July 2014

Norul Badri Daud - Ulasan Kelas Asas Blog

Teks: Norul Badri Daud
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Sumber:http://norulbadridaud.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-asas-blog-bersama-abdr.html





Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat dan nafas yang diberikan Allah s.w.t.
Semoga perjalanan hidup kita hari ni lebih baik daripada semalam dan diberkati serta dilindungiNYA.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Sesuai dengan ungkapan tersebut, sebagaimana permulaan saya bersama ABDR.

Syukur ke hadrat Allah yang mempertemukan saya dengan rangkaian akademi bekerja dari rumah. Dari hari ke hari bertambah bilangan ahlinya. Saya menyertai ABDR di bawah seliaan cikgu Pn. Anys Idayu Zakaria. Satu rangkaian yang semakin berkembang yang diasaskan oleh sifu iaitu Pn. Masayu  Ahmad. Dalam akademi ni, kita akan di pantau oleh guru yang sentiasa komited untuk membantu jika ada yang kita tidak faham.

Terima kasih cikgu, jasa mu cukup besar dalam menyampaikan ilmu.

Walaupun saya adalah ibu yang masih bekerja di pejabat, namun tertarik untuk menyertai ABDR. Ini kerana, saya ingin menjana pendapatan sampingan secara online. Blog merupakan medium yang sesuai untuk perkongsian dan jana pendapatan selain fb, instagram & twitter. Sebelum ini, saya pernah mempunyai blog dengan cara google sendiri. Namun membuat blog dengan mempunyai guru adalah suatu pengalaman yang berbeza. 

Walaupun baru 3 bulan menyertai ABDR dan masih bertatih, namun Alhamdulillah traffik hingga hari ni telah melebihi 4k!. Dengan menyertai ABDR juga , secara tidak langsung pelbagai ilmu baru dan tip-tip yang kita dapat perolehi sesama ahli. 

Nasihat saya bagi yang ingin menjana pendapatan sampingan atau bercita-cita untuk berhenti kerja makan gaji, amat sesuai menyertai ABDR. Yuran yang dikenakan juga berpatutan. Kelas dan masa juga adalah mengikut kesesuaian kita sendiri. Kita juga dibimbing sehingga kita mula yakin dengan langkah sendiri.

Dengan bergabung bersama kami di akademi, pastinya jaringan bisnes lebih luas dan capaian blog lebih tinggi kerana ada lebih 750 blog yang bergabung dalam membantu sesama ahli bagi menaikkan carian blog kita di google.

Salam kasih sayang. Sampai jumpa lagi. 

-----------------------------------------------------------



Kami masih buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1. dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. dropship makanan sunnah dan produk islami

5 langkah mudah: 
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan

tidak perlu: simpan stok, COD atau urus penghantaran

Bagi yang mahu dan ingin bersama jemaah kami, boleh mendaftar mana-mana pilihan, 1, 2, 3. Sudah sedia baru daftar ya.
Hubungi saya di:

Facebook Rafisuhaila Rahim 

Tel: 013 684 4409


Wednesday, 2 July 2014

Petua 18: Mary Kay dan Kelab Pukul Lima

Teks: Suhaila Rahim

Foto: Carian Google


Salam Ramadhan. Alhamdulillah, syukur hari ini diberi nafas lagi untuk menikmati hari keempat Ramadhan. Sebelum masuk dapur sekejap lagi, saya ingin berkongsi satu petua dari buku '55 Petua orang Berjaya'.  Hadiah pemberian bekas majikan ketika hari terakhir saya bekerja. Buku yang banyak membuka minda saya. :)

"Kelab Pukul Lima. Mulakan hari saudara pada pukul lima pagi" (Mary Kay)

Mary Kay Ash, seorang ushawan pengasas kosmetik terkemuka pernah mengemukakan idea Kelab Pukul Lima. Sebenarnya ia bukan kelab yang sebenar, tetapi hanya merujuk kepada mereka yang menyokong idea Mary Kay berkenaan bangun seawal pukul lima pagi bagi memulakan kerja harian saudara.

Kebanyakan pekerja Mary Kay adalah wanita yang mempunyai anak-anak. Mereka sibuk menyediakan sarapan, makan tengahari, menyiapkan pakaian dan anak-anak yang hendak ke sekolah. Apabila ditanya bagaimana pekerjanya dapat memastikan komitmen syarikat tidak terabai, Mary Kay berkata "Kelab Pukul Lima". Mulakan hari saudara pada pukul lima pagi.

Bagi Mary, memulakan hari seawal lima pagi amat berfaedah. Pada masa itu mendapat suasana tenang dan sunyi dan tiada gangguan daripada orang lain. Dia juga dapat memantapkan sasaran yg hendak dicapai pada hari itu.

Begitu juga Islam sudah lama menggalakkan umatnya bangun awal pagi. Bangun disepertiga malam adalah amalan yang sangat digalakkan. Dalam tahajud kita disuruh bersolat, berzikir, berdoa, membaca al-Quran. Dalam doa itu, mintalah yang cemerlang dan yang terbaik. Berazam dalam hati yang saudara akan lakukan yang terbaik pada hari itu.

Bagi mereka yang belum mulakan, boleh gunakan kesempatan sempena bulan Ramadhan yang kita lalui sekarang, sebagai satu latihan untuk bangun awal pagi. 

Sesunguh-sungguhnya berpagi-pagian merupakan pintu rezeki buat kita semua di mana Allah dan malaikat menjadi saksi kepada kesungguhan kita bangkit beribadah kepada Allah dan terus keluar mencari rezeki.
 _____________________________________________________


Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...