Monday, 16 June 2014

Catatan Isnin 18 Syaaban 1435H

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah. Bermula sudah sesi persekolahan. Alhamdulillah, Aqil pun mudah bangun hari ini. Mungkin semalam diberi semangat oleh abahnya dengan pembelian kasut dan stokin baru. Maklumlah anak seaktif Aqil semua barang jarang bertahan lama. Kasut yang sudah dipakai hanya bertahan separuh tahun, sudah sempit jadi perlulah juga dibeli baru. Dua helai seluar baju melayunya sudah saya jahitkan sebelum bercuti dulu. Jadi minggu ini dapatlah pakai seluar yang baru kerana seluar yang sedia ada sudah singkat.

Dua minggu bercuti, saya agak sibuk dengan aktiviti keluarga. Tambahan pula permintaan kasturi Al Mujahid sangat menggalakkan. Alhamdulillah, hampir setiap hari ada sahaja pesanan yang perlu di pos dan ada juga permintaan untuk dihantar terus di sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya. Syukur, sudah ramai yang dapat manfaat dan faedah dari Kasturi Al Mujahid. Bagi yang ingin mencuba boleh hubungi saya untuk tempahan. Tambahan pula ketika ini promosi satu bar coklat (halalan toyyiban) untuk setiap botol pembelian masih berjalan selagi stok coklat masih ada. Moga usaha ini akan membantu menambah dana untuk membangunkan madrasah Maahad Nurul Hidayah sebagai satu pelaburan akhirat kami nanti. In shaa Allah.

Alhamdulillah, baru selesai jahitan untuk dua telekung. Ada beberapa lagi dalam pembikinan. Kerja jahitan kali ini perlu di selang seli dengan baju raya nampaknya. Sasarannya mahu diselesaikan semuanya minggu hadapan. Jika berkesempatan hajat di hati nak jahit langsir untuk dua panel tingkap rumah. Boleh juga berlangsir baru menyambut malam 1 Ramadhan nanti. Moga semua dimudahkan. Aamin.
-------------------------------------------



1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
- Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
- Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
- Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
- Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
- Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 400 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
- Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
- Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
- Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Hubungi saya di:

Facebook Rafisuhaila Rahim 
Tel: 013 684 4409

Thursday, 12 June 2014

Noraini Dollah - Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan

Teks: Noraini Dollah


Saya mula melibatkan diri dalam bisnes secara online pada tahun 2011. Sebelum itu pada tahun 2008-2009 saya ada membuka kedai menjual pakaian dan mengambil tempahan jahitan serta membuat kursus belajar menjahit. Kedai ini diusahakan bersama sahabat saya tetapi terpaksa ditutup kerana masalah pekerja dan kami masing-masing ada komitmen baru. Jadi selepas bersalin suami meminta saya menjaga sendiri anak di rumah. Bermula dari situ saya mula mencari peluang bisnes dari rumah.

Saya menyertai bisnes secara dropship tanpa modal di internet. Produk dropship agak bagus malangnya saya tidak pandai bahagian pemasaran. Kemudian saya pergi ke kursus belajar FB ads untuk beriklan di facebook. Setelah faham cara beriklan di facebook, saya ditemukan dengan sahabat saya yang belajar di USM dahulu yang telah menjadi pemborong barangan kanak-kanak. Apalagi saya terus menjadi agennya dan berbekal ilmu FB ads saya berjaya mendapat untung bersih mencecah 4 angka, dan kini saya menjadi pemborong pula. Tetapi sejak akhir-akhir ini FB semakin mengetatkan polisi iklan dan kos iklan di facebook semakin mahal.

Kemudian saya ditemukan dengan kak Masayu Ahmad yang sering bercerita tentang Akademi Belajar Dari Rumah di facebooknya. Saya berasa begitu tertarik dengan konsep ini lantas terus berdaftar kursus asas blog dan penulisan dengan beliau. Saya diwajibkan melengkapkan 44 entri sebagai tugasan utama tetapi selepas beberapa entri saya hilang fokus dan blog ini terbiar.

Tetapi apa yang mengejutkan saya apabila saya dihubungi ramai ibubapa yang menemukan blog saya dan ingin membeli set membaca daripada saya selepas saya bercerita di blog tentang ajar anak membaca. Ini benar-benar membuka dimensi baru buat saya. Rupanya pemasaran melalui blog sangat besar kesannya dan lebih diyakini. Tetapi jika buat blog sendiri secara individu tentu kesannya tidak sebaik berblog melalui Akademi Bekerja Dari Rumah ini. Sebabnya sebelum ini juga saya ada blog sendiri untuk jualan tetapi tiada pengunjung. 

Namun dengan menyertai Akademi ini, saya mendapat jaringan bines yang luas dan capaian blog saya lebih tinggi kerana ada lebih 600 blog yang bergabung dan saling membantu sesama ahli akademi untuk menaikkan blog kita di google. Dengan ini kita akan mendapat lebih ramai pelawat dan tentu sekali lebih ramai pelanggan! Nasihat saya, jika ingin berbisnes online jom bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.

---------------------------------------------------------------

Mengapa perlu ada blog?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
 4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

Alhamdulillah, selamat datang pelajar baru Mei sertai kami 700 blog, 22 kelas, 12 guru online, 2 trainer kewangan bertugas. Sertai mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas beriklan di mudah.my
5, kelas penulisan ebook premium
6. Kelas akaun online/offline, 
7. Tempahan blog bisnes- 3 hari siap
8. Kelas borong telekung solat
9. Beriklan dengan kami
10. Keterangan lanjut di blog akademi

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Tuesday, 10 June 2014

Norafiza Abdul Aziz - Ulasan e-Book Super WAHM Super Mom

Teks: Norafiza Abdul Aziz
Sumber: http://norafizaabdulaziz.blogspot.com/2014/06/ulasan-e-book-super-wahm-super-mom.html


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, baru sahaja selesai membaca e-book Super WAHM Super Mom tulisan pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) Pn. Masayu Ahmad.

Usai membaca e-book ini, saya menyedari bahawa setiap wanita terutama yang bergelar ibu mempunyai perasaan yang sama. Ingin sentiasa bersama-sama dengan anak-anak, menjaga, melayan kerenah dan mendidik mereka sendiri.

Zaman semakin moden, lelaki dan wanita tiada bezanya. Isu wang menjadi satu keutamaan dalam hidup. Nak duit, kena kerja. Justeru semua orang berlumba-lumba mencari kerja diluar untuk mencari rezeki serta menampung kehidupan yang segala-galanya berpaksikan wang. Sehinggakan sekiranya seseorang wanita itu tidak bekerja, secara otomatik masyarakat akan melabel mereka tidak berpelajaran tinggi.

Apabila sudah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata, masalah akan muncul. Ibubapa tiada masa untuk menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak. Kalau adapun, masa yang sangat terhad dan akibatnya momen-momen penting dalam hidup anak-anak akan berlalu begitu sahaja. Senyuman pertama, langkah pertama, perkataan pertama dan banyak lagi.

Hati seorang wanita, pasti sedih apabila mereka terlepas saat-saat indah dalam hidup anak-anak. Ingin berhenti kerja dan duduk di rumah menjaga anak, banyak yang perlu difikirkan. Ekonomi keluarga, hutang pinjaman pelajaran, hutang pinjaman peribadi, harapan ibubapa malah pandangan  masyarakat sekeliling menambahkan lagi kebuntuan fikiran. Dan saya adalah diantara wanita-wanita itu.

Namun, apabila membaca e-book ini, saya sangat teruja apabila mengetahui bahawa untuk berhenti kerja tetapi tetap dapat membantu ekonomi keluarga hanya dari rumah adalah tidak mustahil untuk dilakukan. Dan sudah ramai wanita yang berjaya melakukannya,. Mereka inilah yang digelar WAHM (Working At Home Mom). Mereka surirumah sepenuh masa dalam masa yang sama tetap bekerja mencari pendapatan menambah ekonomi keluarga.

Meskipun bekerja sendiri dari rumah, cabarannya tetap ada. Disiplin diri yang tinggi sangat penting. pengurusan masa yang bijak sangat perlu. Usaha dan kerja keras perlu 200 peratus lebih daripada bekerja makan gaji. Disinilah pentingnya mendapat sokongan yang kuat dari orang-orang tersayang untuk kekal positif dalam menghadapi cabaran untuk bergelar WAHM.

Dalam e-book ini terdapat banyak tip-tip yang berguna untuk dijadikan panduan bagi mereka yang bercita-cita untuk bergelar WAHM. Juga terdapat kisah-kisah inspirasi dari wanita-wanita yang sudahpun berjaya menjadi seorang WAHM. 

Dalam hidup setiap orang, ada masalah dan cabaran yang berbeza. Namun, dengan tekad yang kuat, semangat yang tidak pernah luntur, InshaaAllah impian akan jadi kenyataan. Tapi mestilah disertai dengan usaha yang jitu, doa yang tidak pernah putus dan seterusnya bertawakal kepada Yang Maha Esa. Dan inilah juga impian saya. Semoga akan terlaksana tidak lama lagi. Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini. Amin.
-------------------------------------------


Baca lagi dalam Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.

Hanya RM50 atau dapatkan PROMOSi 2 ebook dengan harga RM50

Tempahan--->http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


Monday, 9 June 2014

Semoga Allah merahmatimu..

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Malam tadi ketika berehat-rehat diruang tamu, kami dikejutkan berita pemergian pengasuh yang menjaga Aqil ketika saya masih bekerja dulu. Arwah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang sangat rajin dalam membantu suami untuk menambah pendapatan keluarga. Di samping mengasuh bayi dan beberapa kanak-kanak, rumahnya sentiasa menjadi tumpuan sebagai transit untuk anak-anak yang bersekolah. 

Berita pemergiannya sangat mengejutkan. Jika dilihat secara zahir, beliau nampak sihat dan aktif. Kali terakhir kami berkunjung ke rumahnya sewaktu bulan Syawal tahun lalu. Itu kunjungan biasa kami sekeluarga setiap kali Syawal walaupun arwah tidak lagi menjaga Aqil. Nampaknya itulah perjumpaan kali terakhir kami dengan Arwah.

Di antara yang selalu menjadi sebutan rakan-rakan, jiran tetangga, anak-anak asuhan mahupun kawan-kawan anak-anak beliau, yang datang ke rumahnya ialah masakannya. Anak saya Aqil masih mengingati kesedapan nasi gorengnya. Sehingga kini nasi goreng yang saya sediakan belum mencapai 'level' nasi goreng Ibu Longnya. (Semua anak asuhannya menggelarkan arwah, 'Ibu Long'). Arwah juga sangat meraikan tetamu yang bertandang. Jika berkunjung ke rumahnya ada sahaja masakan yang dihidangkan, walaupun ringkas tetapi tetap menyelerakan.

Satu lagi perkara yang menarik tentang arwah, walaupun seharian menjaga anak-anak asuh yang ramai, rumahnya tetap bersih dan tersusun rapi. Kadang-kadang saya hairan, meja sudut yang dipenuhi foto-foto di rumahnya masih tersusun rapi  walapun bayi dan anak-anak kecil bermain di ruang tamu. Suami dan anak-anaknya juga sangat rajin dalam membantu membuat kerja  rumah. Teringat dulu, jika saya menghantar Aqil di awal pagi, selalunya akan melihat suami arwahlah yang akan menyidai baju sebelum pergi mencari rezeki. Bila petang pula, anak lelakinya pula akan menyapu dan mengemop lantai bila sudah pulang dari sekolah. Sungguh arwah dan suami berjaya mendidik anak-anak supaya ringan tulang dalam membuat kerja rumah.

Dan semalam, arwah telah dijemput penciptanya ketika umurnya 43 tahun. Semoga Arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang soleh dan beriman. Budi baik dan jasanya dan tidak berkira ketika menjaga Aqil dahulu tetap saya ingat sampai bila-bila. Semoga Allah merahmati Kak Long! Al Fatihah


--------------------------------------------

Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan yang tidak dapat menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog berikut:

i.            Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
            ATAU
ii.           Satu Blog untuk Bisnes

Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)

Blog yang ditempah meliputi:

✔ Borang tempahan
✔Penambahan gajet - 5 Label
✔ Link fanpage/facebook
✔10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.

***Bonus juga akan diberikan

Jika berminat hubungi saya:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Friday, 6 June 2014

Pelaburan Emas sebagai satu alternatif pelaburan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Di antara jenis pelaburan yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat ialah emas. Kini komoditi itu sebagai satu alternatif pelaburan yang menguntungkan jika dilaburkan mengikut cara yang betul dan efisyen.

Emas sentiasa dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik. Oleh kerana nilai emas dianggap stabil dan mampu menyerap tekanan inflasi maka tidak hairanlah mutakhir ini emas semakin mendapat tempat di hati sesiapa sahaja di seluruh dunia untuk dijadikan sebagai komoditi pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar seperti dalam firman-Nya: 

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-'Imran: 75)

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Seperti pelaburan lain, sesiapa sahaja yang berminat untuk berjinak-jinak dengan pelaburan emas perlulah menguasai perkara asas berkaitan dengan emas. Hal ini kerana seorang pelabur emas yang bijak adalah individu yang melabur dengan ilmu pengetahuan yang mendalam. Ilmu sangat penting supaya pelabur tidak kerugian dan belajar dari yang mereka yang pakar dan berpengalaman.  
------------------------------------------------


Apa ukuran yang perlu dibuat sebelum memilih untuk memulakan bisnes dari rumah. Pilihan ini dibuat berdasarkan 10 pilihan berikut.
1. Bisnes online
Kemudahan teknologi maklumat, gajet terkini membolehkan bisnes online boleh dijalankan dimana-mana sahaja. Amatlah rugi bagi sesiapa yang tidak mengambil peluang kesempatan ini. Salah satu manfaat bisnes online, boleh bermula bila-bila masa, di mana-mana dan juga ia kurang kos.
2. Sambilan atau sepenuh masa
Bagi yang masih sayang untuk meningalkan kerjaya sedia ada masih boleh melakukan bisnes online sacara sambilan. Manakala bagi yang merancang untuk sepenuh masa, sebaiknya merancang lebih awal dengan melalukan secara sambilan sebelum terjun sepenuh masa. Perancangan awal, mendapat pendapatan aktif sekurannya boleh menampung kos kehidupan bulanan sebelum berhenti, juga merancang kewangan tiga tahun pertama selepas berhenti. Perancangan perlu teliti sebelum mengambil keputusan awal.
Ramai yang keliru dengan keputusan emosi berbanding membuat persediaan menghadapi reality sebenar. Ungkapan akan mendapat lebih banyak jika dilakukan sepenuh masa, atau ada banyak masa untuk ditumpukan sekiranya berhenti kerja sekarang. Langkah awal sangat penting dalam perkara berikut.
-mengenalpasti kos sebenar sara hidup dan jumlah tanggungan -mengenalpasti jumlah hutang bulanan,
-menyenaraikan pinjaman yang perlu dilupuskan secara berperingkat -mengenalpasti sasaran pendapatan aktif bulanan yang tepat yang mahu dicapai
-mengenalpasti jumlah simpanan yang boleh diperuntukkan -mengenalpasti kemampuan kewangan 3 tahun pertama selepas berhenti kerja
-membuat persediaan kewangan 3 tahun pertama sebelum berhenti kerja
Baca lagi dalam Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.

Hanya RM50 atau dapatkan PROMOSi 2 ebook dengan harga RM50

Tempahan--->http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Tuesday, 3 June 2014

Projek jahitan dalam pembikinan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah. Sudah masuk minggu kedua cuti persekolahan. Beberapa hari ini tidak sempat untuk menulis di blog. Agak sibuk sikit dengan aktiviti keluarga sempena cuti sekolah ini. Tambahan pula, projek menyiapkan baju raya untuk diri sendiri dan anak-anak masih diteruskan. Walaupun hanya sempat memotong kain atau menjahit sehelai sehari, tetapi hati saya puas dapat melakukan suatu yang saya suka iaitu menjahit. Dan saat yang paling menggembirakan, tentunya bila dapat melihat hasil jahitan dipakai oleh anak-anak nanti. In shaa Allah. 

Rancangan untuk menyiapkan telekung pun telah mula menampakkan hasil. In shaa Allah tengah usahakan telekung untuk ibu dan ibu mertua, moga boleh dipakai ketika Ramadhan nanti. Semalam dapat rezeki tempahan untuk dua telekung untuk satu dewasa dan dan satu untuk kanak-kanak. Alhamdulillah, seronok sangat. Minggu ini mahu keluar shopping untuk kain telekung pula. Moga Allah mudahkan urusan kita semua. Ameen

Astaghfirullah lil mukminin wal mukminat.

-----------------------------------------------------
Pendaftaran di Akademi bekerja di rumah dibuka setiap hari 
1. Kelas Asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - Bengkel offline 14 Jun 2014
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online bagi yang ingin tambah pendapatan
9. Projek Duit Raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog
Apabila sudah sedia, pilih mana satu pilihan kalian dan PM saya.



Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Sunday, 1 June 2014

Promosi Jun: Beli Pati Kasturi dan Dapat Coklat!


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Promosi: Satu Coklat untuk setiap pembelian Satu Botol Kasturi 
(Tawaran terhad untuk 50 botol pertama sahaja)

Haruman Sunnah Al Mujahid BERBEZA dengan kasturi-kasturi lain. Ianya kerana ia 100% PATI ASLI.
Perbezaannya baunya wangi dan lembut.
Tidak merebakkan baunya.
Yakni orang sebelah tidak menciumnya kecuali dekat.
Bau yang lembut menenangkan.


Kasturi didapati banyak khasiat antaranya:
1. Menenangkan Jiwa.
2. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
3. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
4. Menghilangkan debaran jantung.
5. Menghilangkan Sesak Nafas.
6. Melegakan Lelah (Asma).
7. Menyedarkan orang yang pingsan.
8. Memperkuatkan organ luaran tubuh.
9. Memperkuatkan organ dalaman tubuh.
10. Menghilangkan rasa gementar.
11. Menghilangkan sejuk tubuh.


Pengalaman pengguna:
- Kasturi Al Mujahid bilamana ada gangguan sihir, elok disapukan.
Dan jika seseorang yang ada gangguan, dia akan mengatakan tidak berbau apa-apa atau busuk.
- menyapukan di nadi anak-anak sebelum ke sekolah dan sebelum tiduragar dengan adanya suatu yang Rasulullah SAW suka, ilmu diperolehi barkah.

Namun banyak di pasaran haruman ini di campur bahan kimia.
Untuk membezakannya cukup mudah
HARUMAN SUNNAH AL MUJAHID TIDAK BOLEH DI SEMBUR @ ROLL ON

TETAPI DI CALIT Kerana SEKALI CALIT TERUS MELEKAT


SMS KASTURI ke 0149312576 atau Tel/SMS: 0136844409 untuk pembelian.
PROMOSI: 1 - RM50/ 2 - RM90 dan dapatkan satu bar Coklat (Dijamin Suci & Halal) untuk pembelian 50 botol pertama.

Siapa Cepat dia dapat. Dapat CALIT kasturi dan dapat COKLAT!





Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...