Tuesday, 10 December 2013

Ujian banjir: sumbangkan yang masih baik...

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Terharu bila membaca berita di akhbar dan perkongsian rakan-rakan di fb tentang mereka terlibat dengan banjir. Semoga mereka semua tabah menghadapi ujian ini dan Allah mudahkan urusan mereka semua. Ketika musibah yang melanda banyak yang mengambil inisiatif untuk membantu dalam bentuk sumbangan tunai, barangan keperluan harian, dan tidak lupa juga yang menyumbang kudrat untuk turut bersama membantu. Alhamdulillah, moga sumbangan tersebut mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya dari Allah. In shaa Allah..

Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi dengan sedikit pengalaman membantu mangsa banjir ketika beberapa tahun bekerja dengan sebuah NGO. Ketika berlakunya bencana seperti banjir sumbangan dalam bentuk kewangan amatlah diharapkan. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit lebih mudah diuruskan kerana pihak NGO boleh membeli barangan mengikut keperluan mangsa-mangsa ditempat banjir. Namun begitu bagi yang tidak mampu, kita masih boleh menyumbang dalam bentuk barangan, tetapi pastikan barangan tersebut yang sesuai dan masih boleh digunakan. Ambil sedikit inisiatif untuk memilih dahulu barang sumbangan.  Jika menyumbang dalam bentuk makanan kering atau ubat-ubatan pastikan tidak terlepas tarikh luput.  Ini boleh mengelakkan dari menyumbang barang yang rosak atau tidak boleh digunakan lagi. Ini kerana tanpa kita sedar jika kita menyumbang barang-barang tersebut kita telah menambah beban kepada pihak terbabit perlu menanggung kos untuk melupuskan barang-barang tersebut.

Tip menyumbang pakaian:
1. Bagi pakaian terpakai pastikan pakaian tersebut tidak koyak, bersih masih boleh dipakai dan sesuai untul didermakan. Adalah lebih baik jika pakaian tersebut dicuci dahulu jika ia telah disimpan dalam tempoh yang lama.

2. Asingkan pakaian mengikut kategori yang sesuai. Contoh pakaian bayi (baru), baju lelaki dewasa (terpakai), baju kanak-kanak perempuan (baru), baju tebal dan lain-lain lagi. Ini memudahkan pakaian tersebut diagihkan oleh pihak yang bertanggungjawab kepada mangsa yang terjejas mengikut keperluan masing-masing. Setiap kategori tersebut perlu dilabelkan pada setiap plastik atau kotak.

3. Pastikan pakaian tersebut dilipat dan disusun sebaik mungkin bagi memudahkan urusan pembungkusan di tempat pengumpulan derma nanti. Ini akan menjimatkan masa dan kos untuk ‘packing'.

4. Gunakan karung plastik atau kotak yang sesuai dan tahan lasak supaya tidak mudah koyak apabila sampai tempat pengagihan bantuan.

Semoga bermanfaat!

Sunday, 8 December 2013

Happy weekend!

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah.. cuti minggu yang bermanfaat. Hari Sabtu, seawal pagi lagi sudah bersiap dengan sedikit juadah untuk di bawa ke rumah adik untuk makan tengahari. Habis memasak dan mengemas, ke sekolah anak menguruskan pembelian buku dan keperluan sekolah.  Selesai urusan di sekolah, berkejar ke rumah adik untuk makan tengahari. Rezeki hari ini sambil berkumpul seisi keluarga yang jarang dapat bersua muka, dapat juga merasa pelbagai juadah yang kami bawa secara 'potluck'. Makanan yang sedikit menjadi pelbagai jenis. Perjumpaan keluarga berakhir sampai ke petang, memerlukan  kami balik ke rumah semula untuk bersiap untuk agenda seterusnya. 

Hari ini kami berkesempatan untuk solat Maghrib di Masjid Hasanah, Bangi. Alhamdulillah, walaupun tidak berpeluang untuk berjamaah, kerana perlu bergilir menjaga baby, berpeluang dapat bersolat di masjid sudah memadai. Seusai solat, bergerak ke butik muslimah berdekatan memenuhi jemputan seorang sahabat yang baru membuka galeri butik muslimahnya di Seksyen 9. Walaupun kedatangan kami agak lewat, tapi syukur juga dapat meraikan butik barunya. Semoga sahabat ini berjaya dalam perniagaannya nanti. Tahniah UA! 'You inspired me!' Moga Addhuha terus maju dan berkembang seiring dengan butik-butik muslimah lain. In shaa Allah. http://www.addhuha.com/

Friday, 6 December 2013

Resepi kuah rojak buah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi resepi kuah rojak buah. Resepi ini saya perolehi daripada rakan sepejabat semasa bekerja dahulu. Mungkin banyak resepi kuah rojak ini yang boleh kita dapatkan dari internet, tetapi saya suka menggunakan resepi ini kerana bahannya mudah dan hasilnya sangat memuaskan hati. Saya namakan resepi  kuah rojak versi Makcik Puteri sebab rakan saya mendapat resepi ini dari makciknya. Jom kita cuba!

Bahan A: (1 kati dalam 600gm)
1 kati gula pasir 
1 kati gula merah
1 botol kecil cili sos
1 botol kecil kicap manis
Sedikit air asam jawa

Bahan B:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang putih
Sedikit belacan

Bahan untuk ditabur:
kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
bijan (digoreng tanpa minyak)

Cara-cara:
1. Kisar bahan B sehingga hancur, 
2. Masakkan bahan A dan B dalam kuali dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat
3. Setelah masak taburkan kacang dan bijan.

Kuah ini boleh dimakan bersama buah-buahan dan simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Semoga bermanfaat!

------------------------------------------------------------------------------------------------


Pengurus Online Akademi
·  Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi ada internet 
Sangat sesuai untuk mulakan sekarang, bila sibuk nak raya orang tak pakat pos barang dah, semua mesti ramai online sahaja. 

Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR

* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi

* Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah yg akan terbit pada 30hb).

* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory

* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga

* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.

Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.

Jika sudah sedia, boleh PM untuk bermula

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Wednesday, 4 December 2013

Dialog Maghrib

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Islamic SoftBook - Jom Kita Solat
Saya: Aqil jom solat!
Aqil : Hari ni Aqil tak boleh solat mak, nanti nak sujud kepala Aqil pening, kaki Aqil sakit...
(Saya terdiam sambil fikir apa nak cakap, nak terus marah pun tak boleh..)
Saya: Ok lah macam tu, esok Aqil tak payah keluar main tau!
Aqil : kenapa?
Saya: Yelah.. nanti kepala Aqil pening.. kaki sakit
Aqil : Pegi main takpe mak, tak sakit sebab bila main Aqil 'gembira'..
Saya: hish..hish... (hilang sekejap idea nak menjawab)

Antara cabaran mendidik anak saya yang berumur enam tahun ini ialah menangani sikapnya yang suka berdalih. Ada sahaja alasan spontan bila di suruh buat sesuatu yang dia liat nak lakukan. Setiap hari saya perlu menjadi kreatif mencari idea-idea baru bagaimana nak menangani persoalan-persoalan anak yang kadang kala susah nak diberi pencerahan. 

Jadi tugas untuk malam ni: cari idea macammana nak buat, kita boleh 'gembira' semasa solat!... jom  fikir-fikirkan.. :)


Tuesday, 3 December 2013

Sekadar peringatan untuk diri sendiri..

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Hari ini saya ingin berkongsi sebahagian daripada mesej yang saya terima dari seorang sahabat. Perkongsian yang menyentuh hati moga bermanfaat untuk semua. Semoga Allah merahmati hamba Allah sudi yang menitipkan dan menjadi pahala jariah buatnya. In shaa Allah..

'..tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..' (mafhum riwayah)
Kata Ustaz, apabila Allah tidak menghendaki kita lagi, 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia..
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak

Allah akan sibukkan kita dengan menjalankan perniagaan
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambah harta
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
Alangkah ruginya kerana semua itu akan kita tinggalkan..

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT.. dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi bertarung bermati-matian merebut dunia.. kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepadaNya..

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi pangkat, harta, rumah besar, kereta besar..
Kenapa.. 
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang yang lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam.. solat tahajud dan bermunajat..
Kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah.. tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain yang boleh khatam Al Quran sebulan dua kali'
Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.. apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya

Setiap kali menyambut hari jadi.. kita sibuk nak meraikan secepat mungkin.. tetapi kita lupa denagn bertambahnya umur kita.. maka kita akan dipanggil Ilahi bertambah dekat. Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh, yang tidak akan kembali buat selama-lamanya...'



Astagfirullah lil mukminin wal mukminat... Semoga bermanfaat!


Monday, 2 December 2013

Hujan rahmat di pagi Isnin..

Teks: Suhaila Rahim'
Foto: Carian Google


'Bismillah, Ya Allah, jadikan hujan yang turun ini bermanfaat!'. Hujan rahmat di pagi Isnin pertama bulan Disember. Hujan renyai sejak awal pagi ni hingga tengahari dan tiada tanda-tanda matahari nak muncul buat masa ini. Cuaca sejuk dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau ikutkan hati memang sedap menyambung tidur sahaja pagi ni. Memandangkan banyak kerja-kerja tersangkut semalam, selepas diuji dengan demam dan sakit tekak, kena bangkit juga menyambung kerja. Menu hari ini sup ayam dengan nasi panas. Bila dah makan berpeluh badan dan boleh kebah sikit demam. Alhamdulillah..

Sunday, 1 December 2013

Cerita semalam..


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

 

Semalam seharian saya di Damansara menghadiri kursus. Seronok juga setelah sekian lama tidak mengikuti mana-mana kursus atau seminar. Berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat  lama yang saya kenali semasa mengikuti kursus tentang Wasiat lebih setahun yang lalu.  Seorang muslimah yang ceria dan bekerjaya sebagai juruaudit dan memiliki firma auditnya sendiri. Beliau juga seorang ibu yang mempunyai 2 pasang cahayamata. Pada pandangan mata saya ketika itu, dia seorang yang sangat berjaya dengan kerjaya serta bahagia bersama keluarga. Seorang yang sangat  independent’ dan kuat berusaha menambah pendapatan dengan membuat kerja sampingan sebagai ‘Perunding Kewangan’ seperti saya. Sebenarnya, tidak banyak kisahnya yang saya tahu selepas pertemuan dua hari  itu kerana kami tidak bertemu dan behubung lagi selepas itu.

Semalam kami ditemukan lagi dan kami sempat berbual sekejap sebelum bermula seminar sesi petang. Kami berkongsi tentang tahap pencapaian dalam bidang yang kami ceburi ini. Dalam kerancakan bercerita dia juga berkongsi kehidupannya sekarang setelah bergelar ibu tunggal. Pada mulanya saya terkejut tetapi saya cuba untuk tidak bertanya pelbagai soalan supaya dia selesa untuk bercerita sebahagian kisah hidupnya. Dia menganggap dugaan diterima adalah ujian dari Allah. Dia kini banyak bermuhasabah diri dan sudah mula mendekatkan diri dengan belajar Al Quran, banyak bersedekah dan membanyakkan ibadah. Dalam masa yang sama dia kini perlu memperuntukan lebih banyak masa bersama anak-anak supaya mereka tidak terabai dengan ketiadaan seorang ayah disisi. Dia kini bersendirian dalam mencari rezeki untuk keluarga.

Dalam perbualan singkat itu, dia mengingatkan saya bahawa ujian paling besar dalam hidup kita ini ialah bila kita senang. Bila kita senang kita akan mudah lupa, dan bila kita susah kita akan mudah sujud kepadaNya untuk memohon pertolongan. Perbanyakkan sedekah kerana sedekah tak perlu tunggu bila kita  kaya dan berharta. Bersedekahlah walaupun sedikit dari apa yang kita ada. Subhanallah.. sangat menyentuh hati bila ada insan yang ingin mengingatkan diri ini. Saya doakan sahabat ini dikurniakan semangat dan kekuatan oleh Allah untuk mencari rezeki untuk anak-anaknya dan dimudahkan urusan-urusannya.  Ameen..

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...