Friday, 15 November 2013

Konsep 'Dollar Cost Averaging (DCA) ' dalam Pelaburan Unit Amanah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google





Pemurataan kos Ringgit (Dollar Cost Averaging) merupakan satu teknik pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan tertentu (misalnya, unit amanah) pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan harga unitnya.

Sebagai contoh, anda menyimpan RM1000 setiap  bulan dalam dana unit amanah. Rujuk jadual di bawah bagaimana konsep ‘Dollar Cost Averaging’ ini berfungsi.

Bulan
Pelaburan Bulanan (RM)
Kos Purata Seunit (RM)
Jumlah Unit
Jan
1000
0.2549
3923.11
Feb
1000
0.2261
4422.82
Mac
1000
0.2068
4835.59
Apr
1000
0.1846
5417.12
Mei
1000
0.1645
6079.03
Jun
1000
0.1589
6293.27
Jul
1000
0.1477
6770.48
Aug
1000
0.1617
6184.29
Sept
1000
0.1947
5136.11
Oct
1000
0.2035
4914.00
Nov
1000
0.2248
4448.40
Dis
1000
0.2510
3984.06
Jumlah
12,000

62408.28


Berdasarkan jadual menunjukkan:

Pelaburan pokok (RM1000 x 12)     = RM 12,000
Unit yang dikumpulkan                  = 62,408.28 unit
Kos purata seunit yang diperolehi   = RM 0.1923 (Pelaburan pokok/Unit yang dikumpulkan)
Harga Seunit pada Disember          = RM 0.2510
Nilai Pelaburan pada Disember       = RM15,664.48 (RM 0.2510 x 62,408.28 unit)

Dalam contoh ini, dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit, kos purata seunit yang dilaburkan hanyalah RM0.1923, dan bukannya RM0.2549 jika pelabur melaburkan jumlah sekali gus pada bulan Januari.

Jika anda melabur kesemua RM12,000 anda pada bulan Januari, jumlah unit yang diperolehi adalah 47,077.29 dengan kos seunit adalah RM0.2549, berbanding menggunakan teknik pemurataan kos ringgit, unit yang diperolehi adalah 62,408.28 dan kos purata seunit adalah RM0.1923. 

Bardasarkan konsep ini pelabur-pelabur dinasihatkan membuat pelaburan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun untuk mendapat pulangan yang lebih besar, Meskipun pasaran kewangan cenderung untuk turun naik, namun ia selalunya bergerak dalam arah yang sama dalam tempoh masa yang agak panjang. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di 
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Wednesday, 13 November 2013

Apabila anak menegur..

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


“ Mak tak minta maaf pun dengan abang kan”

“Kita tak boleh buat macam tu. Kita kena bagi makan kucing tu, Dia makhluk Allah juga”

Di atas adalah antara kata-kata anak saya berumur enam tahun. Sebagai ibu bapa, apa reaksi anda jika ditegur sebegitu?

Sebagai ibu bapa kita sering menasihatkan perkara-perkara yang baik dan betul. Seperti kita maklum, anak-anak ibarat kain putih, kita lah yang mencorakkan baik buruknya. Walaupun begitu saya mengakui sendiri kadang kala kita terlepas pandang nasihat-nasihat yang kita ucapkan. Kita selalu terperangkap dalam keadaan ‘cakap tak serupa bikin’ dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Kita juga selalu menganggap kita selalu betul.  Kekadang  keegoan kita sebagai orang yang lebih dewasa, kita sering menafikan pendapat dan teguran anak-anak ini. Sesekali kita juga perlu belajar untuk menerima teguran anak-anak ini.

Zaman kanak-kanak kita dahulu, menegur orang lebih tua dikira kurang sopan. Tetapi zaman sekarang dengan persekitaran dan zaman teknologi membuatkan anak-anak lebih berani berkata-kata yang kadangkala diluar kotak pemikiran kita. Dari satu sudut, kita perlu mengakui kata-kata dan teguran anak-anak ini sangat jujur dan tiada agenda tersendiri. Begitu juga dengan pujian, kata-kata itu lahir dari keikhlasan hatinya. Bagi kita sebagai orang dewasa yang menerima teguran, mungkin ada yang terbuka dalam menerima teguran atau sebaliknya. Apapun segala nya bergantung kepada reaksi dan pendapat masing-masing.


Bagi saya, sebagai ibu bapa ada kalanya kita perlu mengambil reaksi positif. Saya juga masih belajar dan belajar bagaimana untuk bersikap terbuka dengan teguran dan belajar memberi respons yang baik kepada mereka. Selalunya jika ditegur, saya akan cuba menjawab dalam kata-kata yang lebih terbuka dan jika perlu saya akan meminta maaf. Daripada pengamatan saya, bila saya bersikap sedemikian saya dapat lihat anak saya juga seorang yang suka meminta maaf dengan orang lain jika melakukan apa-apa kesalahan. Suatu masa dulu, saya juga pernah ditegur jiran bila dia kagum mendengar anak saya memohon maaf. Mungkin beliau jarang mendengar ucapan maaf dari anak-anaknya. Walaupun begitu, saya sering mengingatkan anak-anak saya supaya mengawal kata-katanya. Bukan semua orang terbuka dalam menerima teguran terutamanya teguran dari mereka yang lebih kecil. Namun dalam melalui proses belajar ini adakala teguran anak akan menguji kesabaran dan hati tersentap juga bila anak tiba-tiba menegur “Aqil rasa.. mak dah gemuk!” ops… J


Monday, 11 November 2013

Tips untuk melabur : Rule 72 (Hukum 72)

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Hari ini saya ingin berkongsi  satu tips pelaburan yang penting iaitu Rule 72 (Hukum 72). Apakah dia Rule 72?


Rule 72 ini membantu kita menganggarkan tempoh masa (tahun) yang diperlukan untuk menggandakan jumlah pelaburan  menjadi dua kali ganda dengan kadar pulangan (dalam %) yang diberikan. 

Contoh: Kadar pulangan = 12%,        Tempoh  yang diperlukan = 72/12 = 6 tahun


                              6 tahun                                                12 tahun
RM10 ribu ---------------------->RM20 ribu --------------------> RM 40 ribu


Sekiranya anda melabur RM10 ribu tanpa apa-apa penambahan atau pengeluaran wang, dengan purata kadar pulangan 12% setahun, anda memerlukan 6 tahun untuk berganda menjadi RM20 ribu. Seterusnya  untuk menggandakan lagi menjadi RM40 ribu, 12 tahun lagi diperlukan.

Rule 72 ini juga boleh digunakan untuk merancang pelaburan supaya dapat mengurangkan kesan inflasi dengan mencari pelaburan yang boleh memberi pulangan yang lebih besar dari kadar inflasi.

----------------------------------------------------------------------------------------------



Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di 
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim




Friday, 8 November 2013

Di antara Pujian dan Galakan..

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

         Minggu ini saya dihubungi guru kelas Mental Arithmetik anak saya di tadika. Akhir-akhir ini dia selalu hilang fokus semasa belajar. Mengikut jadual, minggu ini adalah minggu akhir untuk menghabiskan modul tersebut yang hanya dijadualkan sehari dalam seminggu. Dua minggu lepas begitu juga. Selepas saya memberi serba sedikit galakan dan pujian (sesekali dengan ganjaran dan ugutan juga), ada sedikit perubahan dan dia begitu bersemangat membuat latihan. Tetapi minggu ini bermasalah lagi. Saya mengambil keputusan ke sekolah dan dengan kebenaran guru, saya melihat sendiri dia membuat latihan. Apa yang pasti seperti kata cikgunya, dia bukan tidak tahu membuat latihan itu tetapi selalu hilang fokus sewaktu belajar. 




         Terdapat banyak kajian yang dijalankan  dan didapati memberikan kata-kata pujian dan galakan kepada anak-anak adalah digalakkan. Kata-kata ini boleh menaikkan semangat, keyakinan dalam diri dan merasa diri mereka dihargai.Namun pujian dan galakan tersebut perlu diucap dengan betul dan dibuat berpada-pada supaya tidak membahayakan anak-anak kita. 

        Dr. Rudolph Dreikur, seorang pakar psikologi yang terkenal, pernah berkata, "seorang kanak-kanak itu memerlukan galakan seperti pokok perlukan matahari dan air”. Strategi ini lebih memberikan kesan berpanjangan kepada cara kanak-kanak itu melihat dirinya. Pujian dan galakan itu merupakan strategi yang positif, berkesan dan membawa manfaat jika digunakan. 

Perbezaan di antara pujian dan galakan:
        
1.      Pujian ialah satu ganjaran yang perlu dimenangi:
         “Tahniah Haziq kerana berjaya dapat A dalam ujian semalam!”

         Galakan pula ialah satu hadiah:
     ”Abah berasa bangga kerana Haziq betul-betul berusaha dengan gigih untuk peperiksaan kali ini!”

2.      Pujian menggunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan kita menghakimi:
          “Awak dapat jawab semua soalan dengan betul. Tahniah!”

       Galakan menggunakan pertuturan perkataan yang menunjukkan kita mengambil berat:
       “Saya berasa gembira apabila awak mencuba untuk menjawab soalan saya tadi.”

3.      Pujian menggalakkan pertandingan:
         “Tahniah Aiman! Aiman dapat nombor satu dalam kelas!”

         Galakan menggalakkan kerjasama:
         ”Teruskan usaha Ain! Nampak makin bagus keputusan periksa Ain.”

4.      Pujian menunjukkan penerimaan bersyarat:
       “Emak sayangkan Odah apabila Odah dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.”

      Galakan menunjukkan penerimaan tanpa syarat:
      “Emak sayangkan Odah apabila Odah berada di sisi emak.”

5.      Pujian mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati orang dewasa:
     “Bagus betul Hafiz hari ini kerana tolong mak mengemas rumah. Mak rasa bangga dengan Hafiz.”

     Galakan pula mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati mereka sendiri:
     “Abah perhatikan sekarang ini, Syakirin semakin rajin mengulang kaji pelajaran. Syakirin patut bangga dengan diri Syakirin.”

6.      Pujian hanya boleh diberi apabila kanak-kanak itu berjaya:
         “Tahniah, Zul kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.”

      Galakan pula boleh digunakan apabila seseorang kanak-kanak itu sedang menghadapi kegagalan atau kekecewaan:
        “Tak apa, adik. Emak tahu adik dah berusaha keras untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian Matematik itu. Teruskan usaha adik itu!”

         Daripada perbezaan di atas, kita boleh melihat bahawa pujian boleh mendatangkan ketagihan dan boleh menyebabkan anak-anak itu mencari motivasi yang berbentuk luaran. Sebaliknya, galakan akan kurang menyebabkan ketagihan dan lebih menggalakkan motivasi dalaman anak-anak itu. Secara amnya, pujian itu berkesan, tetapi galakan lebih berkesan!


Sebahagian daripada artikel ini dipetik daripada buku  'Cara Mudah Mmeperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda' terbitan Perintis Books Sdn Bhd.


Thursday, 7 November 2013

Kebaikan melabur dalam Unit Amanah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Di antara kebaikan melabur dalam Unit Amanah

1. Modal pelaburan tidak tinggi - Modal yang diperlukan untuk melabur dalam unit aman tidaklah banya seperti yang diperlukan untuk melabur dalam pasaran saham. Ini kerana unit amanah membenarkan pelaburan dalam unit yang kecil misalnya RM100 untuk 100 unit.

2. Pengurusan professional - Dengan sejumlah modal yang kecil pelabur dapat melabur dalam portfolio yang diuruskan oleh professional. Ini boleh membebaskan pelaburan daipada beban membuat penyelidikan ke atas saham dan pasaran serta beban memilih saham yang menguntungkan.

3. Kepelbagaian - Unit amanah menawarkan faedah kesan kepelbagaian. Modal akan dilaburkan dalam pelbagai kumpulan aset-aset dan sektor-sektor yang berbeza. Kepelbagaian inilah yang boleh mengurangkan risiko yang ditanggung oleh pelabur. Berbanding jika pelabur melabur terus dalam pelaburan dengan modal yang sedikit.

4. Kecairan - Walaupun pelaburan amanah saham untuk jangka masa panjang tetapi ia air. Ini bermakna pelaburan boleh dijual semula untuk mendapatkan semua modal. Pihak UTMC berkewajipan membeli unitnya mengikut harga pengurusan yang ditetapkan setiap hari.

5. Pulangan - Pelaburan unit amanah juga boleh memberi pulangan dalam bentuk dividen atau keuntungan modal.

Monday, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Salam Maal Hijrah 1435H untuk semua! Alhamdulillah kita menginjak lagi ke satu tahun baru. Semoga tahun baru ini memberikan sejuta kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita semua. Semoga kita terus diberi nikmat Iman dan Islam hingga akhir hayat, dimurahkan rezeki dan diampunkan dosa-doa kita. Peringatan buat diri dan teman-teman semua bersama-sama kita berhijrah dari yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik. InsyaAllah. Ameen. Jom kita doa...






Friday, 1 November 2013

Inflasi dan tips berbelanja atasi inflasi

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang berterusan akibat faktor seperti permintaan yang tinggi berbanding pengeluaran dan peningkatan kos penghasilan barang. Ia akan menyebabkan nilai wang atau kuasa beli akan semakin kecil berbanding dengan barangan yang kita dapat. Inflasi secara tidak langsung memberi kesan kepada perbelanjaan dan pendapatan. Foto dibawah memberi gambaran ringkas tentang kesan inflasi terhadap kehidupan seharian kita. 


Perbezaan kuasa beli penguna dulu dan sekarang

Bagaimana untuk menangani masalah inflasi ini?
Jika kita menyimpan di bank, kadar faedah yang diperolehi adalah amat kecil dan tidak mampu melawan kadar inflasi. Bagi membolehkan wang kita tidak mengalami susut nilai yang ketara, adalah dicadangkan untuk melaburkan wang dalam medium yang mampu melawan kadar inflasi seperti saham yang mampu memberi pulangan yang lebih baik. Namun ia tidak sesuai untuk semua golongan kerana memerlukan fundemental dan ilmu teknikal yang tinggi.

Sebagai alternatif dicadangkan untuk membuat pelaburan dalam unit amanah yang mampu memberi pulangan yang lebih baik dan menjadi pilihan untuk perancangan kewangan jangka panjang.


Tips berbelanja untuk mengatasi Inflasi
  1. Berdisplin dalam merancang perbelanjaan berhemeh dengan melaraskan perbelanjaan dan membuat simpanan wang di awal bulan
  2. Mencari alternatif untuk meminimumkan perbelanjaan dengan menggunakan jenama yang lebih murah tapi masih berkualiti
  3. Buat perbandingan harga untuk mendapat harga yang lebih baik
  4. Berbelanja mengikut keutamaan dan rancang ikut keperluan

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...