Showing posts with label Ebook. Show all posts
Showing posts with label Ebook. Show all posts

Sunday, 25 May 2014

Ebook terbaru dari ABDR: Bekerja dan Berniaga oleh Puan Azura Abdullah


Teks: Azura Abdullah
Sumber: http://azuraabdullah.com/bekerjaberniaga/
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
ebook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri
Bismillah. Alhamdulillah. Akhirnya naskah sulong saya sedia untuk menemui para suri di luar sana.
Bukan sebuah coretan magis!
Tetapi sebuah perkongsian tulus dari hati!
* Terima kasih Abe Mohd Hadzrami Abdullah beri kepercayaan pada ambo bekerja dari rumah dan meninggalkan pekerjaan selesa.
* Terima kasih Puan Masayu Ahmad kerana memberi peluang pada saya tumpang bermain di padang yang telah sedia hijau subur iaitu Akademi Bekerja Di Rumah. Hanya yang istiqamah akan mendapat manisnya. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan.
ebook bekerja & berniaga: panduan untuk suri
Lahirnya ebook ini adalah atas rasa tanggungjawab saya untuk memanjangkan ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di utara tanahair dalam masa yang sama saya mengusahakan perniagaan kecil secara online dan offline (butik). Saya ambil ini sebagai tanggungjawab sosial saya untuk beri kesedaran kepada suri tentang pentingnya menyediakan payung sebelum hujan.
Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk kaya jika itu yang anda harapkan.
Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah. Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya. Tiada yang mustahil.
ebook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri
Hanya RM50.00 dengan bonus ebook 101 Home Based Bisnes nukilan Puan Masayu Ahmad (Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah) sendiri.
Pre oder ebook ini sekarang!
Dengan harga RM50, anda dapat ebook bonus 101 Idea Homebased Bisnes bernilai RM50. Yang bayar lepas 20 Jun 2014, tak dapat ebook bonus ya.


Saturday, 25 January 2014

Mahizan Nani - Ulasan Ebook 101 Idea Bisnes dari Rumah

Teks: Mahizan Nani

Sumber: http://mahizannani.blogspot.com/2013/11/ulasan-ebook-super-wahm-super-mom.html


Ebook Super Wahm Super Mom


Jika ditanya kepada kebanyakan kaum ibu, apakah tidak teringin untuk menjadi surirumah yang dapat mengasuh anak sendiri, pasti kebanyakannya akan berkata “Ya, itulah impian saya”. Namun bukan semua orang dapat merealisasikannya kerana banyak faktor penghalang seperti kos hidup yang semakin tinggi, hutang yang masih belum selesai dan sebagainya. Saya juga begitu, ketika masih bekerja, saya membayangkan bagaimana keadaan anak saya apabila dia mula bersekolah nanti? Adakah saya mempunyai masa untuk mendengar setiap ceritanya sekembalinya dia dari sekolah? Sedangkan pulang sahaja dari tempat kerja, ambil anak di taska, kerja di rumah sudah menimbun. Sebenarnya saya menjadi SAHM (Stay at home Mom) secara tidak sengaja kerana ketika itu, suami tiba-tiba diarahkan untuk bertukar cawangan ke utara. Jadi, tanpa apa-apa persediaan saya terus meletak jawatan di sebuah firma guaman dan berpindah mengikut suami.  Awal tahun itu, anak sulung mula bersekolah tadika. Saya mula merasa seronok melayan anak di rumah namun dalam masa yang sama masih berkeinginan untuk bekerja. Tanpa dirancang, tiba-tiba saya disahkan mengandung anak ke 3. Sejak itu, jadi saya menangguhkan hasrat untuk mencari kerja sehingga anak ke 3 lahir. Kekerapan suami outstation juga membantutkan hasrat mencari kerja kerana sebagai perantau di sini, tiada saudara-mara yang boleh diharap untuk membantu menjaga anak-anak sekiranya saya ada urusan di luar.

Sesungguhnya eBook SUPER WAHM SUPER MOM ini benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Mengikuti setiap pengalaman para WAHM (Working At Home Mom) dalam ebook ini membantu saya mengenali diri sendiri. Sebelum ini, saya kurang keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada pengetahuan langsung tentang keperluan untuk menjadi WAHM yang berjaya. Antara topik paling menarik perhatian saya dalam ebook ini ialah Tips Sukses Urus Masa sebagai WAHM. Ini kerana walaupun saya sudah bergelar SAHM selama hampir 3 tahun, namun saya masih belum berjaya menguruskan masa dengan tersusun dan efektif. Sebelum membaca ebook ini, saya melaksanakan kerja-kerja di rumah ikut sempat, tanpa ada target tertentu. Secara tidak langsung, saya gagal merencana sesuatu kerja mengikut jadual dan adakalanya terbit rasa malas. Tetapi selepas membaca ebook ini, saya berjaya menetapkan matlamat yang perlu saya capai setiap hari dengan merancang rutin jadual yang tidak membebankan namun di penghujung hari, saya berjaya mencapai satu kepuasan yang tidak pernah saya rasa sebelum ini. Kepuasan itu saya anggap sebagai satu kejayaan yang berharga selepas menjalankan misi yang dirancang. Saya tidak lagi merasa hari yang saya lalui sebagai hari yang sia-sia bahkan teruja untuk menjalani hidup yang seterusnya. Saya benar-benar menghargai setiap detik bersama anak-anak dan perasaan ini tidak pernah saya rasa sewaktu saya masih bekerja dahulu.

Tip Pengurusan Stress juga sangat membantu. Tekanan berlaku apabila kita tidak mampu mengawal situasi dengan cara yang betul, justeru sekiranya kita boleh memulakan kerja dengan aura yang positif dan tidak tergesa-gesa, pasti kita tidak akan tertekan. Pengagihan kerja berdasarkan kepentingan sama ada perlu segera, tidak berapa segera atau boleh ditangguh memudahkan kita menyiapkan tugas dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

Secara peribadi, saya berasa eBook yang mengandungi perkongsian pengalaman pahit manis seseorang WAHM yang penuh informasi oleh semua wanita-wanita hebat ini dapat menaikan semangat dan menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi kegembiraan yang tidak ternilai.

Kesimpulannya, demi mencapai matlamat menjadi WAHM tahap super, kita perlu berusaha dan memberikan komitmen yang jitu kerana seorang ibu itu adalah guru pertama yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kita sama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
--------------------------------------------------------------------
Dapatkan Ebook Super WAHM Super Mom dengan harga RM25 sahaja

Ebook Super Wahm Super Mom




PM saya untuk pesanan.


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...