Showing posts with label ABDR. Show all posts
Showing posts with label ABDR. Show all posts

Thursday, 12 March 2015

Noriati Saud - Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage


Nama pelajar : Pn Noriati Saud
Guru online : Pn Zaila Mohamad
Sumber 
 : http://noriatisaud.blogspot.jp/2013/09/testimoni-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

Assalamualaikum.

Sebelum datang ke Jepun saya pernah mempunyai blog sendiri untuk memasarkan  hasil jahitan dan sulaman saya. Itu pun suami yang buatkan. Masa tu saya langsung tak ambil tahu pasal blog tu. 100% suami yang uruskan. Bila suami dapat kontrak kerja di Jepun, blog saya ditamatkan.

Saya bercadang mahu membuka semua kedai online saya bila saya balik ke Malaysia tahun depan. Tak sangka pula berjumpa dengan Pn Zaila,  apabila saya terbaca blog beliau. Saya tertarik dan terus email untuk bertanya apakah kepentingan blog jika kita nak berniaga online sedangkan kita akan gunakan facebook untuk memasarkan produk. Setelah diberi penerangan saya mula berblog. Selama sebulan saya menulis blog dengan tunjuk ajar dari suami.

Satu hari saya terfikir untuk memulakan perniagaan di Jepun ni. Setelah mendapat izin suami, saya mendaftarkan diri di Kelas Asas Blog dan Fanpage di bawah tunjuk ajar Pn Zaila Mohamad. Alhamdulillah, tak rugi saya mendaftar di dalam kelas ini kerana masa belajar ditentukan oleh kita sendiri. Guru online boleh dihubungi bila-bila masa sahaja.

Disamping mengajar menyiapkan blog dan fanpage, ilmu yang sukar didapati dimana-mana ialah tip dan khidmat nasihat tentang selok-belok perniagaan online. Cikgu sentiasa berkongsi ilmu dan pengalaman selama 4 tahun berniaga secara online. Seperkara lagi kami yang sama-sama belajar dalam kelas ini dapat mengenali antara satu sama lain (di alam maya) dan saling bantu-membantu meningkatkan trafik blog masing-masing.

Kepada sesiapa yang berminat menyertai kami di dalam Kelas Asas Blog dan Fanpage bolehlah lawati blog Puan Zaila http://zailabinimdae.blogspot.jp/ atau hubungi beliau di  zailamohamad@yahoo.com 
-----------------------------------

Promosi Ebook Mac 2015. 
Harga lebih jimat, 3 Ebook hanya RM50
(Harga sebenar RM100)
1. Ebook Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes
2. Ebook Super Wahm Super Mom
3. Ebook 101 Idea Homebased Bisnes

Siapa yang patut baca?
+ yang mahu tambah pendapatan sampingan
+ yang mahu berniaga online dari rumah
+ suri rumah yang ada ramai anak tetapi mahu belajar urus masa, diri dan keluarga
+ yang mahu baca kisah motivasi mereka yang berjaya berniaga dan urus rumahtangga

TEMPAH SEKARANG DENGAN HARGA PROMOSI RM50 UNTUK 3 EBOOK




Thursday, 1 January 2015

Apa itu Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)?

Teks: Suhaila Rahim

Selamat Tahun Baru 2015. Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai  Akademi Bekerja di Rumah (ABDR), kalian boleh baca di sini ulasan dari salah seorang peserta akademi. Moga kalian lebih mengenali jemaah kami. In shaa Allah.


Perasan tak logo ni di sebelah kanan side bar blog saya? Ya, inilah dia logo rasmi Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang direka khas oleh guru online saya iaitu Puan Nisa Nua @ Khairunnisa Hamzahara. Mesti ramaikan antara sahabat semua yang masih lagi tertanya-tanya apa ada pada ABDR ni. Rasanya masih belum terlambat untuk saya menulis entri berkenaan ABDR. Jika sebelum ini saya ada juga sebut-sebut nama ABDR ini dalam entri yang terdahulu. Hari ini merupakan hari yang ke 37 saya sebagai protege dalam ABDR ni. Masih berusaha keras untuk cukupkan 44 entri dan menyiapkan tugasan yang seterusnya. Dah macam akademi fantasia pulak. Tapi realitinya akademi ini bukan sebarang akademi. Apabila sudah berada di dalam akademi ini, satu persatu saya nampak manfaat dan kelebihannya. Lebih-lebih lagi kepada diri saya sendiri dan khususnya kepada sesiapa sahaja yang ingin bergelar WAHM (Working At Home Mom) yang berjaya. Inilah platform yang saya cari selama ini setelah bergelar surirumah sepenuh masa sejak Januari 2013.

Siapa Pengasas ABDR?
Pengasas ABDR ialah Puan Masayu Ahmad.
Beliau merupakan suri bekerja dari rumah sepenuh masa (WAHM) dan sebelum ini merupakan seorang wartawan dan pengarang di sebuah syarikat penerbitan di tanah air.
Penulisan adalah fokus utama beliau dan wujudnya ABDR ini adalah sebagai kumpulan sokongan kepada suri yang mahu menjana pendapatan dari rumah dengan menggunakan platform blog dan fanpage di facebook. Melalui ABDR, fokus beliau sudah tentunya memberi panduan tentang ibu bekerja dari rumah atau lebih dikenali dengan WAHM (Working At Home Mom) dan pejabat di rumah (SOHO).
Sejak bergelar WAHM, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku seperti Jana RM Dari Rumah, Buat Duit Dengan Salon, Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden, Ebook Jana Wang Di Rumah, Ebook Panduan Mula Bisness Butik, Ebook Super WAHM, Super Mom dan beberapa buku lagi yang bakal terbit.
Untuk kenali lebih mendalam tentang beliau, saya jemput sahabat semua untuk ke blog beliau iaitu di blog Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO).

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
ABDR merupakan satu kumpulan sokongan ataupun satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah.
Sehingga kini, ABDR adalah gabungan antara 900 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi.
Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.

Apa Yang Ditawarkan Dalam ABDR?
★Kelas online asas blog dan penulisan
★Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
★Kelas online iklan di mudah.my
★Kelas online penulisan kreatif
★Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
★Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
★Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
★Ruang Iklan di Soho Directory
★Bengkel offline: Branding Yourself & Business Strategies oleh Pn Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan.

Siapa yang boleh sertai ABDR?
✔Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
✔Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
✔Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.

Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
=>> Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
=>> Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
=>> Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
=>> Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
=>> Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
=>> Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
=>> Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.

Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.

Bagaimana untuk menyertai ABDR?

1. Untuk sertai ABDR, sahabat semua boleh terus hubungi:
Pn. Masayu Ahmad (pengasas ABDR) – https://www.facebook.com/masayu.ahmad

2. Ataupun guru online yang bertugas:
Zaila Mohamad – https://www.facebook.com/zaila.mohamad

Nisa Nua – https://www.facebook.com/nisanua

Anys Idayu – https://www.facebook.com/anies.aiz

Aishah Hussein – https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Iryani Ahmad – https://www.facebook.com/iryani.ahmad.54

Norazizah Sudin – https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Wani Mn – https://www.facebook.com/zahwanimn

Normi Yusof – https://www.facebook.com/mie.normi

Monalita Mansor – https://www.facebook.com/monalitamansor.1

Azura Abdullah - https://www.facebook.com/KuasaPengguna

Ashikin Hashim - https://www.facebook.com/ashikin.hashim.12?fref=ts

Netty Ah Hiyer - https://www.facebook.com/netty.hiyer

Mazlia Murat - https://www.facebook.com/mazlia.murat

3. Melalui protege dan rakan niaga ABDR (boleh lihat logo ABDR di blog mereka untuk memastikan mereka adalah ahli ABDR).

Kelebihan menyertai ABDR
*Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula menggunakan blog dan fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk menjana pendapatan dari rumah.
*Jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.
*Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.
ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.
*Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog.
*Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR secara online.
*Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.
*Protege ABDR juga layak menjadi pembantu kelas dan guru online sekiranya melepasi standard yang ditetapkan oleh ABDR.
*Penulisan protege ABDR yang baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.
macam-macam lagi kelebihan ABDR, yang pasti ianya mampu membantu protege menjana pendapatan di rumah.

Kepada sahabat semua, sekiranya anda berminat dan sudah bersedia, jom sertai kami di ABDR dan berani melakukan perubahan dalam kehidupan anda. Moga perkongsian berkenaan ABDR ini dapat memberi panduan kepada sahabat semua yang mahu menjana pendapatan dari rumah. Jadikan ABDR ini sebagai platform untuk kita berubah dan melangkah keluar dari kehidupan biasa kita.

Jika berminat untuk sertai kami di ABDR, boleh hubungi saya:

Rafisuhaila Rahim 
Pengurus Online ABDR
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Monday, 20 October 2014

Hifzaila Hafni- Pengalaman Kelas Asas Blog Penulisan

Teks: Hifzaila Hafni

Saya mula mendaftar kelas asas blog penulisan seingat saya Februari 2014. Apa yang mendorong saya mendaftar kelas ini?

Saya mahu menulis secara serius, menulis blog bagi menjana pendapatan sampingan. Bagaimana blogger dapat menjana pendapatan...? Saya tak tahu. Sebab tu saya masuk kelas ni dan belajar sebanyak mana yang boleh. Lagipun, bukan saya tak pernah menulis blog, cuma blog yang ada sekadar di pinggiran saja (untuk suka-suka).
Dah hampir 9 bulan sejak saya mendaftar kelas ini, dan alhamdulillah telah siap semua tugasan. Disebabkan tema hari ini adalah throwback, marilah mengenang kisah silam sekejap ye.

Saya mulanya berniat untuk kembangkan bakat menulis. Saya bukanlah pandai menulis cuma saya suka menulis. Tapi sejak dah beranak kecil ni, saya dah jarang menulis. Maka hilang satu cara saya 'escape' daripada kehidupan saya sehari-hari. Saya juga tak pandai nak membebel (ye ke?) dan salah satu cara saya membebel melalui penulisan. Tapi saya tulis untuk simpanan sendiri dan kongsi dengan kawan-kawan rapat je. Tak ada niat nak jana pendapatan atau berbisnes pun melalui blog. Semata-mata menulis. Cita-cita biasalah nak tulis buku lah, artikel majalah lah...tapi tak tahulah jika masa depan Allah makbulkan cita-cita sekian lama tu.

Bila dalam kelas asas blog ni, kelas online saja. Hanya ikut tugasan yang dah ditetapkan langkah demi langkah. Ikut masa sendiri, masa adalah fleksibel dan jika cepat anda siapkan tugasan, cepatlah habis kelas. Jangan rasa terbeban sangat dengan tugasan-tugasan ni, bukannya cikgu online nak marah pun sebab tak ada had masa nak kena siapkan. Cuma, sayang kalau tak siapkan sebab kita dah bayar. Rugi.

Saya ambil pakej RM200. Saya memang dah niat nak mula kelas ni bila saya dapat bayaran kerja-kerja freelancing saya. Alhamdulillah dengan pelaburan yang dibuat. Saya dapat lebih daripada apa yang saya bayar. Saya bukan setakat belajar menulis blog (bagi yang memang pro, tak mengapalah, tapi saya tidak), saya belajar berbisnes kecil-kecilan dan dropship sebab pakej RM200 ni automatiknya saya jadi Rakan Niaga juga. Iaitu belajar menulis blog dan berbisnes dengan mempromosi produk-produk Akademi Bekerja Di Rumah. Mula-mula memang tak tahu macamana nak buat bisnes ni, tapi bila dah lama-lama, akan terbiasa dan mula faham. Hinggalah saya bina kedai online saya sendiri - Hif Online Store; yang kini produk utamanya adalah pek nasi arab segera jenama Al-Bayt; di samping produk-produk makanan yang lain.

Bermula dengan hanya niat tulis blog dengan serius, melarat ke bisnes dan menambah jaringan kenalan. Juga mengenali orang-orang yang hebat dan usahawan-usahawan yang berjaya. Bergaullah dengan orang yang berjaya supaya kita juga suatu hari nanti akan berjaya seperti mereka. Insya Allah.

Guru online : Zaila Mohamad
---------------------------------------

Ebook: Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online


Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50

Bayar di sini 
http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 


Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Tempahan-->
http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...