='description'/>

Tuesday, 29 October 2019

Cukuplah kematian sebagai pengajaran

Teks: Suhaila Rahim

Assalamualaikum,

Innalillah wainnalillahirajioun. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat Pak Ngah, bapa saudara CikSue yang kembali kerahmatullah pada petang jumaat yang mulia 25 Oktober yang lalu. Hampit tiga minggu di hospital, akhirnya Allah menjemput dikala usia 70 tahun. Moga Pak Ngah tergolong dalam golongan orang yang beriman. Aameen.

Pemergian Pak Ngah sangat memberi kesan pada kami sekeluarga. Beliau seorang yang sangat baik, ringan membantu orang lain.  Seingat CikSue setiap kali dia balik ke kampung dia tak pernah missed bagi duit walaupun sedikit. Sampai dah masuk universiti pun dapat lagi duit dari pak Ngah tau! haha

Malam sabtu semasa ketika mendapat khabar Pak Ngah dah takda, hati rasa sayu sangat. Rasa tak tenteram. Sudah lumrah CikSue macam tu rasa down sangat kalau dapat berita kematian ni. Timbul macam-macam perasaan takut, resah dan yang pasti sukar nak tidur malam. Lemah semangat orang kata. Bila rasa macam ni ni, CikSue elakkan diri berseorangan. Rasa takutnya semacam. Hu..hu.

Tapi masa hari pengebumian hari sabtu tu, mak suruh baca ayat ni seberapa banyak yang boleh sebagai ayat pendinding, supaya hilang rasa down tu. Pak Tam (adik mak) yang dapat ilmu ni dari seorang ustaz, pak Tam pula yang share dengan mak. Pak Tam kata waktu-waktu begini memang banyak syaitan yang berkeliaran yang mengganggu hati terutama anak-anak kecil.

Ayat pendinding dari gangguan



Alhamdulillah, asbab baca ayat ni, hati CikSue rasa lapang sangat. bahkan hari tu sebelum jenazah dibawa ke amsjid CikSue beranikan diri untuk menatap jenazah Pak Ngah kali terakhir. Subahanallah. Macam lena sangat Pak Ngah tidur. Berehatlah Pak Ngah. Pak Ngah orang baik. :(

Kematian itu pasti. Setiap orang akan mati. Tapi bersediakah kita? Allahhu :(

Moga kita semua mati dalam husnul khatimah. Aameen.

------------------------------------------------------------

Matte Velvet Compact Powder (MVCP)


Dengan MVCP ni Yess! Sepantas kilat kita bersiap tau!

Kita ni kan semua benda nak cepat. Nak pakai skincare pun tak sempat kan?

Sebab penat dengan banyak hal sampai tak sempat nak jaga muka kita ni.

Compact powder Haus ni siap merawat lagi kulit kita sebab ada kandungan Chia Seed Oil, Jojoba Oil dan Vitamin B, C dan E.

Tak akan kita nak cantik diluar, tapi dalam kulit tak mau kannn. 

Ada SPF 15 !
Tak lah terbako kulit kita yang manja ni





Berminat? Klik sini untuk diskaun RM20 wasap.my/60136844409/preorderMVCP


No comments:

Post a Comment