8 BUAH SEKOLAH NGO BERSAMA UMMI.
Sekarang ummi berada di Rumah Kebajikan Baitul Jannah ( di Miliki oleh PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG) antara aktivit pertubuhan ini adalah menyediakan tempat perlindungan, menjaga kebajikan dan memberi pendidikan kepada ibu ibu tunggal, anak anak yatim/ yatim piatu, anak terbiar/ anak asnaf, menjaga wargaemas, alhamdulillah pembinaan rumah ini sudah sampai kepenghujungnya semoga usaha ini mendapat sokongan dan dukungan dari sahabat semua.
JUMLAH SEKOLAH KEBAJIKAN YG BERSAMA DENGAN UMMI
1. MADRASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN
Kg Kubu Gajah 16. Jln Gajah 16
47000 Sg Buloh.
Jumlah pelajar : 98 orang
Guru : 4 orang
2. KELAS AL QURAN & FARDHU AIN KAUM IBU & WARGAEMAS
Kg Kubu Gajah 16. Jln Gajah 16
47000 Sg Buloh.
Jumlah pelajar : 60 orang
Jumlah Guru : 2 orang
3. MADRASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN KEPONG CENTRAL
P3 APPARMENT PUNCAK DESA
KEPONG CENTRAL
KEPONG
Jumlah pelajar : 25 orang
Guru : 2 orang ( Guru Tahfiz dan Akademik)
4. PONDOK BAITUL JANNAH ( BANNAT )
Lot 7743, Kg Bak Bak, Maran
Pahang.
Jumlah pelajar : 16 orang
Guru : 2 orang
5. AKADEMIK AL QURAN AL AIN ( BANNIN)
Sg Ruyong, Raub Pahang
Jumlah pelajar : 16 orang
Guru : 2 orang
6. MADRASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN
Kem Perlarian Rohingya,
Kutupalong Blok 6,
Cox’s Bazar, Bangladesh
Jumlah pelajar : 289 orang
Guru : 5 orang
7. MADRASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN
( Masjed Ummu Meriam)
Kem Perlarian Rohingya,
Kampong Kutupalong.
Cox’s Bazar, Bangladesh
Jumlah pelajar : 260 orang
Guru : 2 orang
8. MADRASAH UMAR KHASHOGGI
Kem Perlarian Jomtoli
Cox’s Bazar, Bangladesh
Jumlah pelajar : 300 orang
Guru : 5 orang
Setakat ni ada sebuah madrasah ajer yg ummi dah keluarkan dari penyeliaan ummi iaitu di Subang kerana beberapa perkara yg tidak dapat dielakan dan madrasah di Bukit Sentosa Rawang ummi terpaksa tangguhkan dulu sbb tiada guru yg dapat bantu untuk menjalankan kelas pengajian di situ.
Iyelah setiap yg berlaku tu ada hikmahnya,
Semua sekolah NGO ni pelajar di beri makan walaupun tidaklah sedap dan boleh lah makan, semua guru di bayar gaji ikut kemampuan dan waktu nak raya byr jugak bonus setengah bulan gaji, ikut kemampuan jugaklah.
TIADA BISNES DAN TIADA SUGAR DADDY.
Allah, ummi ni mana ada bisnes dan tiada
“ sugar daddy” yg biaya semua sekolah NGO ummi ni , berserah dan bertawakal pada Allah saja semuanya.
Perjalanan sekolah NGO ni banyak cabaran dan byk dugaanya tapi nikmat Allah itu lagi byk sbb ummi maseh sehat, waras dan tinggal dinegara yg aman serta makmur, syukur sgt sgt dan ummi ada saudara mara, anak anak Solehah Muhammad, Thoriq Muhammad, Sakinah Muhammad, Nukman Muqarrin, Salman Al Farisi Muhammad, Muhammad Ammar Yassar Muhammad, Ummu Jannah Muhammad serta menantu dan cucu serta ummi ada ribuan sahabat yg hebat dan pemurah dan sentiasa prihatin dengan kerja usaha ummi.
Ummi jugak ada penasihat yg sentiasa menegur salah silap ummi iaitu Haji Muhammad Zakaria, serta tenaga usaha yg merupakan orang yg sentiasa menyokong ummi disaat ummi nak rebah iaitu Fatin Nabila, Siddiq Suarin, Nor Hidayah Senin dan ramai lagilah yg tak tersebut.
Kerja macam ummi ni tak perlu ada bisnes kerana sahabat buat bisnes besar besar tu salurkan jika ada lebihan rezeki pada sekolah dan project kemanusiaan ummi dan sahabat bayangkan setiqp hari ummi kena ada lebih kurang RM 1600 duit untuk pembelian makanan pada semua anak anak sekolah NGO ni.
KALAU TAK ADA BELANJER CAMNER NAK BIAYA MAKAN ANAK ANAK SEKOLAH ?
Berlaku jugak duit tak ada dan putus makan terutama di Kem Perlarian Rohingya, tapi diorang sgt redha dan tabah serta bermujahadah, iyelah org menyumbang bukan selalu dan org memberi pun bukanya setiap hari.
Tapi ummi cuba jugak sedaya upaya untuk memberi yg terbaik untuk anak anak ini.
NO AKAUN UNTUK SUMBANGAN
Ummi sentiasa berkongsi no acc untuk memudahkan sahabat menyalurkan sumbangan untuk pembiayaan sekolah NGO ummi ni.
Maybank 564397116075
DARUL TAHFIZ SRI AL AIN
Maybank 562740138603
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH
Maybank 164025021721
Rusnah Abu Samah
Oklah sahabat nnt ummi update lagi perkembangan sekolah dan kerja misi kemanusiaan ummi.
Salam Dari Ummi
Rusnah Abu Samah.
(Sumber : FB Rusnah Abu Samah)
No comments:
Post a Comment