='description'/>

Thursday 29 September 2016

Tambah ilmu dengan kuasa tindakan

Teks: Suhaila Rahim


Semenjak berhenti kerja, saya sentiasa mencari kelas-kelas yang boleh menambah ilmu tidak kira apa sahaja bidang ilmu sama ada yang boleh meningkatkan kemahiran atau pengetahuan. Saya suka menambah ilmu baru selain menambah kenalan untuk  bertukar pandangan dan menambah rangkaian yang ada.

Sebelum lahir anak kedua saya dapat banyak peluang untuk menghadiri kelas. Ingat lagi, ketika masih lagi memegang lesen Perunding Unit Amanah, saya gagahkan diri memandudari Kajang hingga ke Damansara setiap minggu untuk menghadiri kelas malam  Walaupun hakikatnya saya tidak pernah memandu sejauh itu. ha..ha..

Ketika itu yang sulong sudah di tadika, dan suami banyak membantu menguruskannya ketika saya ke kelas.

Tetapi selepas kehadiran anak kedua, atas faktor masa kerja suami dan kewangan, saya tidak lagi aktif ke kelas. Seingat saya, kelas ofline terakhir yang saya hadir ialah pada tahun 2013, kelas di Kajang anjuran Puan Kay. Ketika itu tengah mengandungkan nombor dua. Syukur kelas hanya empat jam dan suami yang bermurah hati nak hantar dan jaga anak.

Dalam tempoh itu ada juga kelas-kelas online yang saya turut serta. Walaupun inputnya tidak sebanyak bila dikelas, tetapi banyak membantu mennambah ilmu terutama dalam ilmu bisnes.

Alhamdulillah, selepas tiga tahun berlalu, hari Sabtu lepas saya berkesempatan mengikutti Kelas 'Financial Freedom' (Kebebasan Kewangan) kelolaan Puan Roslina Sheikh Dawood di Cheras. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya belajar. Walaupun hanya separuh hari banyak ilmu yang saya belajar. In shaa Allah jika berkesempatan saya akan kongsikan di entri akan datang.

Apapun tengah berusaha untuk mengapilkasi ilmu yang ada. Terkesan dengan kata-kata orang-orang hebat. Mungkin ilmu yang sama didengar dari guru yang sama tetapi yang membezakan setiap orang bila diserta dengan KUASA TINDAKAN. 

Satu peringatan untuk diri sendiri :)

------------------------------------------------------------------------
BUKU MUDAHNYA NGAJI TAJWID & 
BUKU BENARKAH BACA AL URAN 'MERANGKAK' DAPAT PAHALA


No comments:

Post a Comment