Thursday, 10 January 2019

Sahabat dunia akhirat

Teks: Suhaila Rahim

Akhir-akhir ni selalu teringat satu persatu wajah kawan-kawan lama. Tak kira di sekolah rendah atau menengah, di universiti, ditempat kerja bersilih ganti satu persatu wajah kalian dalam ingatan. Allahhuakbar. Rindu sangat. Masa yang berlalu buat kita jadi jauh dengan kesibukan masing-masing.

Tapi Subhanallah, Allah maha mendengar! Kau ilhamkan ingatan mereka untuk melerai segala kerinduan.

Terima kasih Pjot bertanya khabar dari Mekah.
Terima kasih Zira dan Yati terdetik berhubung di messenger.
Terima kasih Mokcik tiba-tiba datang rumah.
Terima kasih dengan sahabat 311 yang tak putus bertanya khabar.

Sayang kalian kerana Allah.

Alhamdulillah. Moga kita semua dalam sentiasa dalam rahmat Allah ♥

Friday, 2 November 2018

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris




ANAK ANDA LEMAH DALAM BAHASA INGGERIS?

😔 Sedih tengok exam bahasa Inggeris anak
😟 Puas ajar, masih juga susah nak belajar
😕 Nak hantar tusyen mahal pulak

Alhamdulillah sejak jumpa buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

😃  Exam bahasa Inggeris dah tak risau
😊 Anak asyik nak tengok buku ja
🤩 Paling best kita pun boleh belajar sekali 🙈

Klik link di bawah sekarang juga ⤵
wasap.my/60136844409/bukuMBBI

Thursday, 1 November 2018

Nombor kosong

Teks: Suhaila Rahim

Kisah semalam

Kakak (5 tahun): Cikgu kata kakak ada jawab salah masa periksa. Mesti kakak dapat nombor kosong.

Abang (darjah 5): Nombor kosong lagi ok kak, lebih tinggi darI nombor satu.

Kakak sengih je. Kah kah

#terapimakkatrumah
#LaSereneTherapyOil



Whatsapp 0136844409 atau klik

wasap.my/60136844409/therapyoil

Wednesday, 31 October 2018

Rujukan mudah belajar bahasa Inggeris

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Sejujurnya, CikSue ni bukan pandai sangat cakap atau tulih orang putih. Kalau lima tahun dulu masa masih kerja, bila kena balas surat atau emel klien memang sesak perut nak menjawab. Nak banyak cakap pun selalu ke laut. Kalau sekarang agaknya dah kelaut dalam kut. Kah kah

Sebab tu bila Aqil terpilih ke kelas dwi bahasa tahun lepas, memang CikSue kecut perut nak lepaskan atau tidak. Pikir punya pikir tawakal jelah lepaskan dia. 

Tapi bila mengenang dua tahun perjalanan dalam kelas dwi bahasa ni, sukar jugak sebenarnya nak ajar anak. Sebab banyak nau terma-terma matematik dan sains yang kena tukar. Seyes, mak yang trauma. Hi..hi

Tapi bila dapat buku ni lega sangatlah hati ni. Aqil kata dia suka sebab senang nak faham asas bahasa Inggeris ni. Harap lepas ni mak tak jadi kamus bergerak lagi. 

Tapikannn, kalau CikSue kerja lagi memang kena rembat satu simpan kat ofis.


 

Berminat boleh whatsapp CikSue ya.

 013 6844409 atau klik sini
wasap.my/60136844409/bukuMBBI




Tuesday, 30 October 2018

Penawar Migrain dan doa sakit kepala


Cuaca lain macam panas sekarang ni. Balik dari jemput anak sekolah kelip-kelip mata ni ngadap panas matahari.

TIme macam nilah nak datang terus nyut nyut je. Rasa macam ada jarum dok swing sana sini. Bagi ciuman sakti kanan kiri. Auuchhhh! Macam nak PITAM!

Memang tau, si dia tu tak de nak datang waktu mak tenang. Time mak buzy panas terik ni la dia serang. Aduhaiii 😩

Spray sikit Theo, cium-cium bau wangi minyak Orkid. Fuhhhh lega naww.

Malas nak jadi singa, kita calit Theo waktu kritikal. Effect dia bile sapu kat tengkuk. Kat kepala, kat kening. Terus terbang segala migrain jauh di bawa angin. Fresh sangat rasanya

Nak cuba hallu hallu je kita bila-bila. 😉

wasap.my/60136844409/therapyoil

#therapyoil



Thursday, 18 October 2018

Cerita Aiskrim

Teks: Suhaila Rahim

Hari ni Abah Aqil belanja aiskrim. Nak bagi puas makan beli sebekas yang besar.

Berebut masing-masing menikmati aiskrim. Yang kecik ni pun taknak ketinggalan. Habis comot satu badan. Takpa lepas mandi kita lumur si kecik dengan LaBaby. Ahah..

Habis je aiskrim tiba-tiba Aqil bersuara.

"Makan aiskrim ni akan buat kita jadi haus. Sebab badan perlukan banyak air untuk memproses protein"

Tu diaaa. Bila Aqil bersuara. Kita orang suami isteri berpandangan tanpa apa-apa reaksi. Terkedu. Kah kah

#PeminatKomikSains

Monday, 15 October 2018

Postmamma bantu turunkan kuning bayi

Teks: Suhaila Rahim


Terobek gambar tahun lepas, baby Amni masuk NICU hari kelima selepas lahir. Teringat-ingat suara dia menangis kesejukan bila kena duduk bawah lampu tanpa berbaju. Hu..hu..

Sebab tu CikSue faham sangat perasaan ibu berpantang yang anak demam kuning. Terpaksa berulang alik hampir tiap hari pegi klinik cucuk tapak kaki halus mulus tu. Rasa nak je pindahkan semua sakit tu kat diri sendirikan. Tak sampai hati sedih sangat tengok baby nangis lebam lebam tapak kaki.

Sabar ye sayang. Sebagai ibu sanggup buat apa saja asalkan anak ibu tak sakit lagi.

Memang bannyak je kes baby zaman sekarang ni pasti kena kuning. Tak banyak sikit. Apatahlagi yang berdarah O.

Macam macam cara ibu buat untuk SEGERA sembuhkan demam kuning. Minum susu kambing, anggur hitam, serbuk mutiara, mandi air kuning. Pendek kata semua yang orang cakap cepat-cepat ibu cuba.

Ibu pun takut nak makan jamu takut kuning tu lagi naik. Eh ada la jamu moden AJAIB yang ibu terus boleh makan tau. PostMamma nama dia. Banyaaak khasiat dalam satu botol. Diadun dengan penuh kasih sayang dari 12 makanan sunnah & herba terpilih.

Memang pilihan yang tepat untuk ibu turunkan kuning si comel. Kesan PANTAS zaapp! Jap je baby dah baik.

Ibu pun dapat pulihkan luka dengan cepat. Betulkan rahim dan dalaman untuk cik abam cayang. Susu pulak melimpah ruah macam air terjun Niagra.

BEST kan ibu! Belum terlambat ibu untuk dapat kan SEGERA jus yang tersangat la BEST ni. Rasa mereciks masam manis delima pasti membuatkan ibu tak rasa makan jamu pun.

Ibu sihat anak pun sihat tak meragam lagi. Ibu berpantang dengan seronoknya kali ni. Boleh berehat macam permaisuri. Senang hati cik abam kan.




Jangan tunggu lama-lama ye ibu. Bertindak SEKARANG ye. Cecepat pm CikSue.

wasap.my/60136844409/BPostmamma

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...