Monday, 14 December 2020
Rumah untuk dijual: Pangsapuri Sri Murni Taman Pinggiran sungai long, Bandar Sungai long. Selangor
Tenure: Freehold
Blok : B
Keluasan: 671 sqft
3 Bilik tidur + 1 tandas
Tingkat 4. Tiada Lif
Kemudahan:
- Taman permainan,
- Ruang letak kereta
- Kemudahan surau
Lokasi:
berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti 7-Eleven, restoran, bank, kedai runcit, kafe dan klinik. Kampus UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) juga terletak dalam jarak berjalan kaki dari apartmen. The Golf and Country Club Sungai Long juga terletak tidak jauh lagi dari apartmen. sekolah-sekolah berdekatan termasuk SMK BB Sungai Long, Sekolah Agama Rakyat Sungai Long dan SK Taman Rakan.
Kedai membeli-belah dalam masa beberapa minit memandu dari pangsapuri termasuk AEON Mahkota Cheras, Pusat Beli-belah AEON Cheras Selatan, Tesco Kajang dan Econsave Balakong. Berhampiran dengan Hospital Columbia Asia dan Hospital Kajang.
Harga: RM 105,000
AGEN tidak diperlukan.
Berminat (whatsapp sahaja)
Encik Amin – 013 391 4409 (owner)
Sunday, 13 December 2020
Kelas Online Fotografi Smartphone
Saturday, 12 December 2020
Rindu Kampung! 💓
Selamat pagi!
Friday, 11 December 2020
Afiq, the third
Teks: Suhaila Rahim
"Mak, buatkan roti telur" Afiq membuat permintaan.
"Kejap" jawapan ringkas sambil berjalan ke dapur.
Permintaan budak bujang ni bukan boleh berlengah. tindakan kena pantas. Sebelum dia mengulang-ulang arahan.
Selang dua minit.
"Mak, dah siap ke belum"
"Kejaplah, tengah buat ni.."
"Mak.. mak kuatkan? Kenalah buat laju-laju".
Selang 30 saat.
"ok dah siap"
"Ok, terima kasih"
Anak nombor tiga. Muhammad Afiq lima tahun. Anak yang banyak menguji kesabaran kami satu keluarga. Anak yang selalu minta perhatian, lasak dan selalu mengusik.
Tetapi dalam kenakalannya, dialah yang selalu mengucapkan "terima kasih" dan "minta maaf" bila mood dia baik.
Fitrah anak-anak. Sangat unik kan? :)
Eh lupa nak share. Saya ada Maruku. Ada 2 jenis. Omapodi dan Ribbon. Rasa tradisi! Teringat maruku masa kecil dulu. Sebiji rasa dia.
Sebalang RM20
Omapodi - bentuknya seperti spageti.
Ribbon - bentuknya seperti reben.
Wednesday, 25 November 2020
Hari itu datang lagi. Alhamdulillah.
Teks/Foto: Suhaila Rahim / google
Alhamdulillah. 25 November datang lagi.
Syukur ya Allah, bagi nafas lagi hingga hari ini, Hadirnya hari ini bermakna bermakna setahun lagi umur berkurang. :(
Doa ku hari ini.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Engkau
menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya,
Sebaik-baik amal pada penutupannya,
Sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu denganMu.
Aku memohon kepadaMu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia,
Sebaik-baik tempat tinggal kami,
Luaskanlah liang lahad kami,
Dan rahmatilah saat kami menjadi rendah
pada waktu menghadapMu saat hisab,
Tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath,
Selamatkanlah kami dari kesusahan hari kiamat,
Putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam..
Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, Mata yang sejuk yang tidak terputus-putus,
Aku memohon kepadaMu untuk dapat melihat wajahMu,
Dan kerinduan bertemu denganMu,
Aku memohon agar Engkau mensucikan kerosakan hati kami dengan taubat,
Dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepadaMu,
Dan memberi kami pemberian yang besar
yang dapat memasukkan kami ke dalam Syurga,
Tempat yang aman..
.
Ya Allah, kepadaMu aku beribadah dan untukMu kami solat dan sujud,
KepadaMu kami menuju dan bersegera,
Kami mohon rahmatMu dan takut akan azabMu,
Sesungguhnya azabMu menimpa orang-orang kafir..
Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu,
Kami meminta ampun dariMu,
MemujiMu dengan kebaikan,
Tidak kufur kepadaMu,
Tunduk kepadaMu dan mencabut
siapa yang kufur kepadaMu..
.
Ya ALLAH, panjangkanlah hambaMu ini,
Agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga diakhirat kelak ku mengutip hasilnya..
.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalanku disaat bertambah usiaku ini,
Jadikanlah cahayamu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
.
Sebagai tanda cintaku padaMu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Ku mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi..
Aamiin Allahumma Aamiin.💓
25 November 2020/19 Rabiulawal 1442H
Thursday, 23 April 2020
Ramadhan Kareem
Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025
Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...
-
Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...
-
Exam KAFA Dah Dekat, Anak-Anak Kita Dah Ready Ke?🤔 Jom dapatkan Koleksi Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun KAFA Tahun 1-5. ✅ 6 subjek (...
-
Teks: Suhaila Rahim Misteri kucing ni. Dah berbulan-bulan briskwalk ini kali pertama Ciksue diekorri.. 😆 Keluar dari rumah, tiba-tiba kucin...






