='description'/>

Friday, 6 November 2015

Jenis-jenis Harta dalam Pengurusan Harta Pusaka

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Harta pusaka dapat dikategorikan dalam beberapa bentuk, antaranya:

Harta yang berharga/bernilai - ialah setiap harta yang disimpan oleh seseorang dan syara` mengharuskan penggunaannya. Contohnya seperti semua jenis harta tidak alih dan harta-harta alih juga makanan-makanan atau seumpamanya.

Harta yang tidak berharga/bernilai - ialah harta yang tidak di dalam simpanan atau dimiliki orang seperti ikan di dalam sungai, burung di udara juga galian yang berada di dalam perut bumi atau harta yang tidak harus digunakannya pada syara` seperti arak, babi, kedua-dua ini tidak harus bagi orang Islam menggunakannya kecuali ketika darurat sahaja seperti bersangatan dahaga atau bersangatan lapar yang boleh membawa mati kalau tidak menggunakannya.

Pembahagian harta kepada harta yang berharga dan tidak berharga adalah kerana:

1. Harta yang berharga sah untuk semua urusan berakad dengannya seperti berjual beli, hibah, meminjam, gadaian, wasiat dan bersyarikat.
2. Harta yang tidak berharga tidak sah berakad dalam semua urusan seperti tidak sah menjual arak dan babi.
3. Wajib membayar ganti rugi oleh orang yang merosakkan harta yang berharga sama ada ganti rugi barang yang serupa sekiranya ada atau membayar nilai harganya.
4. Harta yang tidak berharga tidak wajib membayar ganti rugi orang yang merosakkannya.


Harta Tidak Alih dan Harta Alih

Harta tidak alih - ialah harta yang tidak boleh dipindah atau diubah dari tempat asalnya seperti tanah, rumah, kebun dan lain-lain.

Harta alih - ialah harta yang boleh dipindah atau diubah dari tempatnya sama ada bentuk dan keadaannya kekal dengan dipindahkan atau berubah bentuknya seperti wang tunai, wang simpanan, takaful, KWSP, kereta, pakaian dan sebagainya..

Namun ada beberapa situasi bila harta alih bertukar menjadi tidak alih dan sebaliknya. Contohnya, pintu rumah, tingkap atau jendela akan menjadi tidak alih bila dipasang di bangunan yang tetap buat selamanya, sebaliknya runtuhan rumah atau bangunan, galian yang dikeluarkan dari perut bumi, batu dan tanah akan bertukar menjadi harta alih bila sahaja bercerai dari bumi.


No comments:

Post a Comment