='description'/>

Saturday, 30 August 2014

Menukar Simpanan Menjadi Pelaburan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Pelaburan bermaksud menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapat pulangan pada masa hadapan. Ini bermakna kita menukarkan nya dalam bentuk tertentu seperti hartanah, emas atau saham dengan harapan aset itu akan menghasilkan pendapatan serta memperolehi pertambahan nilai pada masa hadapan.

Contohnya, Encik A mempunyai lebihan wang sebanyak RM50 ribu sekarang. Jika Encik A hanya menyimpan wang itu hanya di dalam peti besi rumah, selain dari risiko kecurian, jumlah wang juga tidak bertambah; malah 'nilai wang' akan semakin susut atas sebab inflasi. Ini bermakna jika sekarang dengan wang sejumlah itu dia boleh membeli seunit rumah flat kos rendah, selepas beberapa tahun harga seunit rumah itu pasti meningkat. Oleh itu Encik A tidak berpeluang lagi untuk memiliki seunit rumah flat dengan jumlah yang sama.

Terdapat beberapa cara menukar simpanan kepada Pelaburan, namun setiap satu ada kebaikan dan keburukannya.


Jenis
Kelebihan
Kekurangan
Akaun Simpanan
·      Mudah dibuka dan dijaga
·      Keperluan minimum dan memang munasabah
·      Akses tunai adalah fleksibel.
·      Pengeluaran tunai yang mudah boleh merosakkan rancangan simpanan anda.
·      Kadar Faedah yang agak rendah.
Deposit Tetap
·      Kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan
·      wang tidak boleh dibelanjakan sembarangan.
·      Kadar faedah mungkin kurang daripada kadar inflasi.
·      Sukar untuk membuat pengeluaran
Hartanah
·      Satu rancangan "simpanan-paksa" yang baik
·      Sebagai Lindung nilai yang baik untuk mencegah inflasi
·      Boleh memberikan pulangan yang lumayan semasa ekonomi melambung.
·      Untuk mula menyimpan memang sukar; kerana wang pendahuluan yang tinggi dan anda mestilah layak untuk mendapatkan pinjaman bank.
·      Skim bayaran balik gadai janji jangka panjang yang tidak fleksibel. 
·      Tidak boleh segera ditukar kepada tunai. 
Insurans Hayat
·      Satu alat simpanan serta perlindungan yang bermanfaat. Oleh sebab itu banyak polisi mengenakan penalti sekiranya menarik diri sebelum Insurans matang, maka ia bertindak sebagai makenisme untuk menggalakkan simpanan.
·      Terbukti sebagai rancangan "simpanan paksa" yang berkesan.
·      Pulangan agak lebih rendah berbanding alat pelaburan jangka panjang yang lain. 
·      Kurang fleksibel.

Unit Amanah
·      pelaburan paling sesuai bagi penyimpanan yang buat simpanan kerap.
·      Jumlah permulaan tidaklah sekecil yang dikehendaki untuk akaun simpanan.
·      Alat Pulangan yang agak tinggi berbanding simpanan tetap.
·      Biasanya pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan kerap.
Manfaat diperoleh melalui prinsip kos pemurataan ringgit.
·      portfolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan.
Anda boleh menjual unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa.
·      Terjejas akibat turun naik pasaran saham atau pasaran lain yang tabung tersebut dilaburkan. (tetapi kurang terjejas bagi pelaburan jangkamasa sedehana dan jangka panjang)
Pasaran Saham
·      Lebih memberangsangkan daripada akaun semasa.
Boleh memberikan pulangan yang banyak apabila kena pada masanya.

·      jumlah wang yang agak besar diperlukan untuk memasuki pasaran saham
·      Anda memerlukan banyak maklumat pelaburan dan nasib yang baik untuk menguruskan sendiri palaburan anda dengan jayanya.

--------------------------------------------


Ada yang mahu mula berbisnes, tapi tak mahu tinggalkan rumah kerana mahu beri perhatian kepada anak-anak dan keluarga. Atau yang ada modal, tapi masih tidak tahu mahu mula bisnes apa. Ada modal, tapi tak tahu nak mula macam mana.
Pencarian dan Pendaftaran dibuka untuk :
1. Pengurus online akademi
- belajar mempromosi kelas dan bengkel anjuran akademi. Mempromosi produk digital.
- permintaan sepanjang tahun.
- hanya atas talian sahaja. Tanpa perlu fikir pengiraan kos postage dan penghantaran.
2. Kelas blog borong telekung solat
-belajar jual borong telekung
-permintaan yang tinggi semasa bulan ramadhan
3. projek duit lepas raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
- sasaran puasa, raya, rumah terbuka,tahun ni, tahun depan dan sehingga barang ada juga bagi yang nak hantar terus ke kampung, kita siapkan terus jadual penghantaran
- stok semua sedia ada.
4. dropship makanan sunnah
- permintaan ramai. Sudah ramai yang beralih pada pemakanan sunnah untuk kesihatan. 
- Stok sentiasa ada, tak perlu urus stok, hanya berjualan sahaja.
Daftar dan pilih mana-mana yang kalian mahu untuk mula bekerja dari rumah secara online sahaja. Hubungi saya untuk pendaftaran

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Friday, 29 August 2014

Umi Arbee - Ulasan Kelas Blog Bisnes

Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Protege : 
Umi Arbee 
sumber :
http://panduansuribekerjadirumah.blogspot.com/2014/06/bagaimana-menempatkan-diriblog-di.html

Bismillah. Syukur Allah dengan kuasaMu.
Blog yang hampir setahun diusahakan berada di tangga pertama, mukasurat pertama untuk carian google kata kunci qaseh gold bangi. Jujurnya saya mendapat ramai customer alam maya melalui blog. Kata mereka..jumpa di google. Bagaimana lakukannya?

Pokoknya ialah:
Pokok nombor 1. Menulis tentang kebaikan qaseh gold, bukannya kehebatan atau nawaitu menjual semata-mata. Sebarkan kebaikan. Usah segan. Bukan anda seorang yang tidak tahu. Masih ramai yang tidak tahu. Ini salah satu contoh cara menerangkan mengenai kebaikan habbatussauda' yakni salah satu ramuan dalam qaseh gold.
Pokok nombor 2. Tajuk adalah sangat penting. Fikirkan tajuk yang dapat menarik minat pembaca. Tempatkan diri dalam kasut pembaca. Apa yang pembaca mahu tahu. Misalnya menyebut tentang qaseh gold, ia ialah produk makanan. Untuk menelan makanan melalui tekak masuk ke perut semestinyalah apa yang ingin diketahui ialah kandungannya. Letakkan tajuknya..kandungan atau ramuan qaseh gold.
Pokok nombor 3. Bercerita dalam penulisan kita. Elakkan promosi iklan misalnya jualan murah, beli 2 percuma 1 atau sementara stok masih ada secara terus menerus tanpa henti. Usah gopoh. Berbalik kepada nombor 1, sebarkan kebaikan. Selitkan dengan cerita, nasihat atau tips yang berguna.  Ini salah satu contoh cara bercerita perihal anak dengan menyelitkan iklan tonik rambut secara santai.
Pokok nombor 4. Jadilah lebih kreatif. Jangan sempitkan pada penulisan sahaja. Gunakan gambar yang menarik, audio atau video. Ini salah satu contoh cara menulis tentang qaseh gold menyokong penyusuan susu ibu dengan bantuan video.
Pokok nombor 5. Pertukaran link blog. Inilah untungnya bergabung dalam akademi. Setiap protege dan alumni wajib masukkan link sahabat akademi di blog masing-masing. Ini sangat-sangat membantu menaikkan blog kita. Walau bagaimanapun mesti rajin kemaskini blog.

Mahu tahu lebih jelas?
Mahu diajar dengan bimbingan cikgu?
Boleh hubungi saya.

Saya bermula sebagai anak murid akademi ini. Niat asal hanyalah untuk menghasilkan blog qaseh gold bangi. Setelah tamat belajar, cikgu menawarkan saya menjadi pengurus online akademi. 

Saya terima kerana pokoknya:
tali ukhwah akademi ini sangat kuat.
saya gembira menjadi sebahagian dari akademi ini.
pengasas, cikgu dan sahabat banyak memberi tips mengurus masa dan rumahtangga dan lain-lain tips yang tak pernah terlintas di kepala.
pengurus online mampu menjana pendapatan 4 angka tanpa perlu keluar dari rumah.
cabaran bekerja di rumah jauh lebih hebat dari makan gaji, maka tempatkan diri dalam kumpulan sokongan yang sama dengan kita.
|moga dipermudahkanNYA|

Umi Arbee Ali
BerQASEH di rumah >>> http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Pengurus online ABDR


-----------------------------------

Ada yang mahu mula berbisnes, tapi tak mahu tinggalkan rumah kerana mahu beri perhatian kepada anak-anak dan keluarga. Atau yang ada modal, tapi masih tidak tahu mahu mula bisnes apa. Ada modal, tapi tak tahu nak mula macam mana.
Pencarian dan Pendaftaran dibuka untuk :
1. Pengurus online akademi
- belajar mempromosi kelas dan bengkel anjuran akademi. Mempromosi produk digital.
- permintaan sepanjang tahun.
- hanya atas talian sahaja. Tanpa perlu fikir pengiraan kos postage dan penghantaran.
2. Kelas blog borong telekung solat
-belajar jual borong telekung
-permintaan yang tinggi semasa bulan ramadhan
3. projek duit lepas raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
- sasaran puasa, raya, rumah terbuka,tahun ni, tahun depan dan sehingga barang ada juga bagi yang nak hantar terus ke kampung, kita siapkan terus jadual penghantaran
- stok semua sedia ada.
4. dropship makanan sunnah
- permintaan ramai. Sudah ramai yang beralih pada pemakanan sunnah untuk kesihatan. 
- Stok sentiasa ada, tak perlu urus stok, hanya berjualan sahaja.
Daftar dan pilih mana-mana yang kalian mahu untuk mula bekerja dari rumah secara online sahaja. Hubungi saya untuk pendaftaran

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Thursday, 28 August 2014

Kisah motivasi: Antara Kekayaan, Kejayaan dan Kasih Sayang

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Alhamdulillah tersentuh dengan perkongsian teman dalam Group Whatsapp saya hari ini. Peringatan berguna untuk diri sendiri dan pembaca semua. Moga kita lebih bersyukur dengan nikmat kehidupan dan kesihatan yang diberi ini. In shaa Allah.
--------------------
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan:
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...

Dicatat oleh IBNU MUSLIM


---------------------------------
PROMOSI! PROMOSI!

Bengkel bagi grup besar (15-30pax) dengan harga PROMOSI
Hanya bayar RM199 di Shah Alam, 6 Sept dan Melaka 13 Sept, Sabtu.

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 6 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg

Tarikh: 13 September 2014, Sabtu
Lokasi: Melaka
Masa: 9.30pg -5.30ptg
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Boleh PM saya untuk mendaftar! cepat2 ya.. 


SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Tuesday, 26 August 2014

Fauziah Sirat: Setengah Jam Yang 'Kejam'

Teks: Fauziah Sirat
Guru Online Mie Normi

Apa yang berlaku lewat malam semalam mengingatkan saya kepada kejadian yang pernah berlaku lebih sepuluh tahun lalu. Saya pernah kehilangan anak di kompleks membeli belah! Bukan seorang. Tetapi dua orang. Dua orang anak lelaki saya yang masih kecil ketika itu; tak sampai 6 tahun terperangkap di dalam lif bersendirian tanpa saya. Alhamdulillah. Akhirnya, anak-anak saya selamat ditemui oleh orang baik-baik di dalam lif tersebut dan dihantar ke tempat perkhidmatan pelanggan.


Hanya Allah yang tahu ketika itu bagaimana tahap kerisauan yang melanda diri. Setengah jam mengharungi momen itu cukup membuatkan saya huru hara; hilang punca; panik sepanik-paniknya. Saya tahu saya akan berfikir lebih baik ketika itu sekiranya saya bertenang. .Tetapi bertenang ketika kehilangan anak adalah sesuatu yang luar biasa dilakukan oleh saya. Naluri ibu tidak berupaya menenangkan saya detik itu. Apa pun, saya banyak belajar daripada tempoh setengah jam yang tersebut.

Ibu bapa tidak boleh leka di dalam aspek keselamatan anak-anak terutamanya apabila berada di tempat umum. Sentiasa ada kemungkinan untuk anak-anak hilang daripada pandangan walau sesaat dua. Justeru, berdasarkan kejadian yang menimpa saya, alangkah baiknya sekiranya anak-anak saya diajar menghafal nombor telefon bimbit saya ketika itu. Alangkah baiknya sekiranya saya juga selalu berpesan, "sekiranya berlaku sesuatu, cari orang dewasa. Minta tolong mereka bawa abang dan adik ke tempat perkhidmatan pelanggan". Pasti lebih baik sekiranya anak-anak telah diorientasikan tempat-tempat penting di sesuatu tempat umum. Tunjukkan di mana tempat perkhidmatan pelanggan, di mana kaunter polis bergerak (sekiranya ada). Tunjukkan juga siapa pekerja-pekerja di tempat itu; contohnya pengawal keselamatan. "Yang itu pakcik pengawal keselamatan. Kerjanya menjaga keselamatan tempat ni. Kita akan cari dia kalau kita hilang barang. Ada juga ibu bapa yang jumpa pak cik tu kalau anak mereka hilang." Apapun, lakukan perkara-perkara ini tanpa menimbulkan rasa takut anak-anak untuk ke tempat umum. Lakukannya sebagai satu rutin; dalam bentuk bercerita dan bersembang. Anak-anak akan segera dapat mesej sekiranya ianya dilakukan berulang-ulang dalam bentuk yang santai.

Anak-anak saya kini sudah jadi anak bujang. Ada umur panjang, saya bakal menjadi nenek. Tentunya saya enggan cucu-cucu saya menempuh momen 'setengah jam' itu. Cerita ini akan jadi kisah keturunan saya. Saya akan pastikan pengalaman saya mengajar anak-anak saya untuk mengajar anak-anak mereka pula. Insyaalllah...
--------------------------

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Untuk bermula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Monday, 25 August 2014

Cerita hari Ahad

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah, seharian berada di Shah Alam semalam belajar ilmu baru; FB Ads. Mungkin ramai yang advanced bab-bab ni, tapi saya kuatkan minda untuk tambah ilmu selagi boleh. Bisnes di dunia maya perlukan ilmu yang berterusan sebab setiap hari ada sahaja yang baru. Tidak boleh hanya berdiam ditakuk lama. Usaha kena ada. Baik yang percuma atau mampu bayar jika mampu. Walaupun zahirnya memang tak mampu untuk belajar semua, tetapi bila peluang depan mata kena rebut cepat-cepat. Betul tak? :) 

Seharian belajar, Encik suami ambil alih tugas jaga anak-anak. Alhamdulillah dapat suami yang menyokong minat dan usaha isterinya ini. Bagi mengelak dari bosan menunggu saya habis kelas, suami bawa anak-anak ke Wetland World Waterpark di Shah Alam. Gembira sangat Aqil semalam. Kunjungan ini juga sebagai hadiah dapat berpuasa penuh Ramadhan yang lepas. Si kecil, Amnah pun tak lepas peluang bermain air. Cuma suami sahaja yang tak bebas sangat untuk ke kolam sebab perlu mengawasi Amnah yang belum bisa dilepaskan sendirian.

Kelas saya tamat pada pukul 5 petang. Hujan masih turun dibumi Shah Alam. Habis solat di Masjid Seksyen 13, kami pulang terus ke Kajang. Sampai ke rumah pun agak lewat petang. Belum habismengemas barang dari kereta, ada pula jemputan raya ke rumah jiran. Hentikan sekejap mengemas, kami tunaikan dulu jemputan raya. Alhamdulillah, rezeki kami semua petang itu dapat makan laksa yang sangat sedap. Ditambah pula, hujan baru berhenti dan perut yang kenyang sudah jadi lapar. :) Terima kasih tuan rumah yang menjemput kami.

Malamnya, kami semua tidur awal. Semua kepenatan. Saya penat belajar, yang lain penat bermain air. Sebelum tidur saya sapukan Minyak ZB3 pada badan Amnah dan Aqil. Alhamdulillah, bangun pagi ini tiada yang demam. 

Alhamdulillah.. Moga hari-hari yang kita lalui adalah hari-hari yang indah dan bermakna. Aamin.
------------------------------------

BENGKEL OFLINE ASAS AKAUN 
1) Tarikh: 6 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg

2) Tarikh: 13 September 2014, Sabtu
Lokasi: Melaka
Masa: 9.30pg -5.30ptg

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Boleh PM saya untuk mendaftar! cepat2 ya.. 


Hubungi saya untuk mendaftar.


SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim