='description'/>

Sunday 27 July 2014

Sharimah Binti Yahya - Ulasan Ebook Super WAHM Super MOM

Teks : Sharimah Binti Yahya
Sumber : http://sharimahyahya.blogspot.com/2014/07/ebook-super-wahm-super-mom.html


Alhamdulillah sudah selesai membaca eBook yang kedua iaitu iaitu Super WAHM, Super MOM.
Didalam ebook ini mencoretkan dilema wanita yang ingin berhenti kerja menjadi surirumah. Baik dan buruk sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Namun disebabkan keadaan keluarga dan kesihatan, keputusan terpaksa diambil. Setelah keputusan diambil, ternyata ada dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. Namun segala-galanya berubah. Mereka tidak duduk sahaja , malah mencuba sesuatu yang boleh menjana pendapatan seperti menerima tempahan pakaian, memjual kek, pakaian kanak-kanak, perkahwinan seperti katering, khemah serta hantaran  dan ada juga yang menjual busana muslimah. Dengan berkat kesungguhan akhirnya mereka telah berjaya. Masa untuk keluarga dan anak-anak juga lebih berkualiti. Semua ini dikongsikan dalam buku Super WAHM , Super MOM.

Antara petikan dalam ebook :

"Sekarang ini, walaupun sudah tidak bekerja dan tidak perlu bangun pagi untuk bergegas menghantar anak ke taska, saya masih lagi mengamalkan rutin dulu iaitu bangun pagi menyiapkan keperluan anak-anak & melakukan kerja rumah seperti biasa kerana selepas itu mahu fokus kepada kedai alam maya yang saya usahakan sudah hampir 3 tahun 
(http://www.facebook.com/MariKelih-Store) bermula dari saya bekerja lagi. Pelbagai perit jenih pengalaman berniaga telah saya lalui dan Alhamdulillah sekarang saya bersyukur sebab dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada perniagaan ini. Harapan saya supaya suatu hari nanti saya dapat merealisasikan kedai alam maya ini kepada sebuah kedai realiti & dapat
membuktikan kepada mak ayah saya yang saya juga boleh berjaya!

Dunia blog memberi semangat dan inspirasi Selain itu, saya juga suka berkongsi segala pengalaman pahit manis kehidupan saya sebagai seorang ibu dan sekarang sebagai seorang yang bekerja dari rumah di dalam blog peribadi
yang telah saya coretkan sejak 3 tahun yang lepas juga (http://zailabinimdae.blogspot.com).

Dunia blog banyak membantu memberikan saya semangat dan inspirasi untuk meneruskan niat saya mengorbankan kerjaya demi keluarga. Selain itu, saya juga merasa amat bersyukur kerana dengan dunia blog juga saya dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai wanitawanita hebat yang telah lama meninggalkan alam kerjaya demi berbakti kepada keluarga. Siapa sangka, kami tidak pernah berjumpa di luar tapi kemesraan yang terjalin seperti sudah
kenal begitu lama."


"Hari pertama saya bergelar WAHM, saya menangis. Kemudian saya muhasabah balik. Sebab utama saya jadi WAHM sebah nak jaga, didik anak. Jadi dialah yang akan menjadi keutamaan. Alhamdulillah, suami faham dan sokong. Selepas itu alhamdulillah saya tidak menangis lagi kerana stres. Sangat seronok dan santaimelayan kerenah anak saya. Nazrah Aziz."


-------------------------------------------


Baca lagi dalam Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.

Hanya RM50 atau dapatkan PROMOSi 2 ebook dengan harga RM50

Tempahan--->http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Friday 25 July 2014

Sharimah Yahya - Ulasan Kelas Blog Bisnes

Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Sumber: 
http://sharimahyahya.blogspot.com/2014/07/kelas-asas-blog-penulisan.html

Kelas ini sesuai untuk sesiapa sahaja. Bagi yang tidak mempunyai pengetahuan tentang blog tidak perlu risau kerana langkah demi langkah akan diajar oleh guru. 
Setiap peserta akan diberi tugasan untuk diselesaikan. Antara tugasan yang perlu diselesaikan ialah 44 entri. Tempoh tugasan adalah bergantung kepada peserta. 
Komunikasi dua hala antara peserta dan guru adalah secara online. Sekiranya terdapat kemusykilan dan pertanyaan, peserta boleh bertanya kepada guru. Guru online sentiasa membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar.


Antara yang dititik berat dalam kelas ini ialah penjenamaan blog dan penulisan entri yang konsisten. Contohnya, ini adalah blog saya sebelum saya menyertai kelas iaitu MyJournal. Terdapat perbezaan yang agak ketara baik dari isi, antaramuka dan trafik blog. MyJournal beroperasi sejak tahun 2012 tetapi aliran trafik sehingga kini hanya 677. Selepas penjenamaan, blog sekarang yang hanya baru beroperasi dua minggu telah mempunyai 600 aliran. Aliran trafik ini juga penting dalam meletakkan blog kita dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo.

--------------------------------------------

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Untuk bermula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Thursday 24 July 2014

Terapi pernafasan untuk melegakan sakit kepala

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Beberapa hari ini kami sekeluarga bergilir-gilir diserang demam, batuk dan selsema. Mungkin dengan cuaca yang tidak menentu menyebabkan mudahnya diserang penyakit-penyakit seperti ini. Alhamdulllah, masih dapat berpuasa seperti biasa walaupun adakala perlu menahan batuk yang memeritkan dan membawa kepada sakit kepala pula. 

Bila sakit-sakit sebegini elakkan pergantungan dengan ubat semata-mata. Apa kata kita cuba terapi di bawah ini.

Terapi pernafasan untuk melegakan sakit kepala
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin). Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh .

Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya cepat menjadi dingin. Lelaki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah .

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Selamat mencuba!
-------------------------------------
Mohon isi Borang tempahan untuk pembelian.


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday 23 July 2014

Bila beraya di hari gaji

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Wah! nampaknya, sambutan hari raya tahun ini jatuh ketika kebanyakan dari kita yang kerja makan gaji akan mendapat gaji bulanan masing-masing. Tidak kira yang bekerja kerajaan atau swasta, tentunya hari gaji inilah merupakan hari-hari yang ditunggu-tunggu terutama bagi mereka yang bergantung penuh dengan pendapatan bulanan. Jika di bulan-bulan biasa pun, sudah terasa teruja-uja menunggu tarikh 'hari gaji'. Inikan pula menunggu gaji ketika mahu meraikan Hari Raya. :)

Ketika pengalaman bekerja di bahagian akaun, jika Hari Raya dijangka jatuh tengah bulan, banyaklah soalan-soalan yang datang ke bilik akaun, sibuk bertanya ada tak 'salary advanced' atau bonus yang diumumkan oleh pihak majikan ketika datangnya Hari Raya nanti. Tak menang tangan mahu melayan setiap yang datang selagi majikan belum putuskan sama adanya 'advanced' atau bonus Raya. Ada rezeki merasalah kami. Kalau tidak, koreklah mana-mana simpanan dulu untuk membuat perbelanjaan raya.

Bagi mereka yang makan gaji, dinasihatkan sebelum berbelanja asingkan dulu perbelanjaan tetap setiap bulan supaya kita tidak berbelanja sewenang-wenangnya. Untuk lebih selamat, selepas mendapat gaji bulan ini bayar dulu bayaran bulanan untuk semua pinjaman, bayaran kad kredit, bayaran tusyen dan pengangkutan anak ke sekolah, bil-bil utiliti serta perbelanjaan tetap lain walaupun belum sampai tarikh 'dateline'. Gunakan masa beberapa hari sebelum istitusi perbankan dan kaunter-kaunter kerajaan bercuti panjang, untuk kita lunaskan apa yang patut. Jika pembayaran dibuat melalui perbankan Internet juga perlu dibuat awal kerana kebanyakan urusan masih memerlukan hari bekerja untuk diselesaikan. Moga selepas bercuti raya yang panjang, notis lewat bayar atau surat amaran tidak memenuhi peti surat rumah kita nanti.

Jika perlu menambah perbelanjaan raya, keluarkan sedikit duit simpanan untuk menampung perbelanjaan ketika beraya nanti. Jika tiada, elakkan berbelanja dengan berhutang. Gunakan apa yang ada, supaya kita tidak merana selepas raya. Rancang juga duit raya yang mahu diberi dan ketepikan sedikit duit untuk disadaqah kepada yang memerlukan, supaya rezeki yang kita lebih diberkati.



#Status selepas keluar menguruskan gaji dan komitmen bulanan Encik Suami :)

-------------------------------------------------------
Alhamdulillah, selamat datang pelajar julai, bergabung dengan kami 780 blog, 25 kelas, 11 guru 44 pengurus online, 2 trainer kewangan bertugas. Sertai mana mana kelas online dan offline kami.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecil
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 blog http://sohodirectory.blogspot.com/

PM saya untuk pendaftaran

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Tuesday 22 July 2014

Ruslinda Abdul Jalil - Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage

Protege : Ruslinda Abdul Jalil 
Guru Online : Anys Idayu Zakaria 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Menjadi impian setiap wanita untuk menjaga anak-anak dengan tangan sendiri di depan mata, menyambut kepulangan suami setiap masa dan menyediakan segala keperluan keluarga. Namun desakan ekonomi di kota menyebabkan ramai wanita terpaksa bekerja termasuk saya sendiri. Walaupun berkerja, hati masih rasa tidak puas hati dan gelisah memikirkan anak-anak dibawah jagaan orang lain. Sabarlah wahai hati. 

Saya memang ada hasrat untuk bersara awal dari kerjaya sekarang untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Tambahan pula 'suasana' di tempat kerja yang tidak 'nyaman'. Jadi saya mahu membuat persediaan supaya saya tetap ada pendapatan untuk keluarga walaupun tidak bekerja dan berada di rumah.
Saya mula menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) secara rasmi pada bulan April 2014. Tetapi sebenarnya saya sudah menyelidik tentang ABDR sejak awal tahun lagi. Ketika membaca majalah Mingguan Wanita, saya terbaca penulisan Pn. Masayu Ahmad tentang bekerja di rumah. Saya tertarik dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut.

Akademi ini beroperasi 100 % secara online yang menyediakan kelas online untuk belajar cara menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. Maknanya anda hanya perlukan telefon pintar / komputer dan talian internet serta fokus untuk belajar dan berniaga!. Tidak perlu keluar ke mana-mana.

Lalu saya telah mendaftar kelas ABDR dengan menghubungi cikgu Anys Idayu Zakaria melalui sms. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Saya tiada blog dan facebook sebelum menyertai ABDR. Saya ni rabun IT, kurang mahir tentang teknologi IT yang cepat berkembang. Tapi perlahan-lahan saya cuba menyiapkan tugasan dengan bantuan cikgu Anys Idayu Zakaria. 

Bermula dengan analisa, saya cuba menyiapkan tugasan lain yang diberikan. Walaupun belum lengkap sepenuhnya tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan kerana kelas di ABDR ini fleksible mengikut masa saya sendiri. Saya tidak perlu keluar dari rumah atau pejabat untuk menghadiri kelas kerana ABDR adalah kelas atas talian (online). Komunikasi antara saya dan guru online juga secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar disediakan dalam group kelas online membuatkan saya cepat faham.

Saya belajar membina fanpage untuk bisnes butik pakaian wanita kerana saya suka melihat fesyen yang berbagai gaya. Niat saya, mungkin saya dapat memudahkan wanita lain mencari pakaian yang sesuai dengan mereka. Selain itu, saya juga dapat menjalin persahabatan baru dengan peserta ABDR dan rakan online yang lain.

Terima kasih kepada Pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR.

Terima kasih kepada cikgu Anys Idayu Zakaria yang sangat membantu serta sabar melayan pertanyaan saya.

Terima kasih juga kepada rakan ABDR dan rakan online kerana saling menyokong. Semoga semua wanita dapat memajukan diri sendiri dan mencapai matlamat suri bekerja di rumah (WAHM).

Bagi suri yang ingin berubah, mahu keluar dari zon anda sekarang atau mahu menjadi USAHAWAN, saya cadangkan anda membuat persediaan dengan menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Mungkin ada perubahan dalam hidup anda nanti!

Jumpa lagi :)
_____________________________________________________

Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Monday 21 July 2014

Doa buat Gaza

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Dikala umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa, kita dikejutkan pula dengan berita yang tentang saudara-saudara kita dibumi palestin. Tersentuh hati melihat foto-foto anak-anak kecil yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam dan seakan merasai sengsara ibu yang menderita kehilangan anak yang dihukum tanpa belas kasihan. Allahu akbar! Rasa tidak tertanggung ujian Allah buat mereka.

Tiada ada yang mampu untuk kami titipkan selain dari doa dan sedikit bantuan kewangan. Semoga mereka terus dalam perlindungan Allah yang maha Esa. Walaupun belum mampu menganti segala kehilangan, kesengsaraan dan kesakitan yang mereka alami, moga dengan sumbangan kecil ini dapat meringankan penderitaan yang ditanggung mereka sekarang ini. Moga mereka tabah.

Al Fatihah juga buat MH17. 

Promosi (22 Ramadhan- 7 Syawal)
Sebagai sumbangan kami kecil untuk Gaza, anda bolehlah dapatkan produk-produk Al Mujahid dengan harga yang sangat istimewa. (Details dan testimoni produk boleh rujuk di sini )
1) Haruman KD Al Mujahid 
2) Madu Sidr Asli pelbagai gred
3) Minyak Sapuan ZB3
4) Minyak Titis B3
5) Kitab Pendinding 
6) Kitab Tahajjud  

Sila terus ke link berikut untuk tempahan http://bit.ly/danaalqassam

Semua pembelian akan disalurkan terus ke akaun Dana Alqassam seperti dalam borang tempahan.

Teruskan membeli produk Al Mujahid dan menyumbang kepada tabung Gaza. Sehingga stok masih ada.

 







Thursday 17 July 2014

Nurhidah Halun - Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif -

Teks : Nurhidah Halun
Guru Online: Monalita Mansor
Sumber:
http://nurhidahhalun.blogspot.com/2014/07/ulasan-kelas-asas-blog-penulisan.html




Terus-terang saya katakan, saya biasa menulis. Baik di muka buku, blog, dalam komputer riba atau komputer peribadi, buku catatan harian, malah di kertas kosong hatta kertas kerja pelanggan sekalipun. Pendek kata, saya memang suka menulis.

Berhenti bekerja, bukanlah keputusan yang mudah. Namun, sesuatu harus dilakukan bagi menggantikan kebiasaan bekerja agar tugas sebagai suri rumah tidak begitu membosankan bagi segelintir masyarakat seperti saya. Lalu, harapan saya tinggi. Mungkin, setinggi Gunung Kinabalu sewaktu menjelajah laman skrin ‘Google’ dan mencari buku atau nota panduan bagaimana menjadi seorang penulis dan menghasilkan karya penulisan yang terbaik.

Rezeki saya bertemu dengan laman di muka buku yang bertajuk Kelas Asas Blog Penulisan Karya Kreatif di bawah kelolaan Puan Monalita Mansor. Selepas berhubung dan mengetahui terma-termanya, saya teruja untuk mengikut sesi pembelajaran secepat mungkin.

Lalu, saya menerima pelbagai buku panduan penulisan dan senarai tugasan kelas. Saya bertindak membaca secepat mungkin agar bersedia mengikut kelas dalam masa terdekat. Angan-angan saya setinggi Gunung Kinabalu tadi sudah diletakkan sebagai matlamat.

Melalui kelas, saya diajar pelbagai perkara seperti :-
1) Perkara-perkara asas seperti pembinaan blog, pautan dan menjemput trafik yang tinggi ke dalam blog. Saya yang hanya tahu tentang asas seperti memasukkan entri dan membuat pautan sudah mengetahui lebih banyak, termasuklah mencantikkan blog dan memasukkan muzik ke dalam blog

2) Penggunaan tatabahasa dan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh seorang penulis. Penekanan diberikan kepada kepentingan tatabahasa yang betul mencerminkan kebijaksanaan penulis. Kekurangan kesilapan ini akan menarik minat penerbit untuk tujuan terbit karya, ataupun melancarkan pembacaan. Oleh itu, pelajar akan didedahkan kepada kesilapan-kesilapan ketara dalam penggunaan ‘di’, ‘dari’, ‘daripada’, tanda baca, dan lain-lain lagi.

3) Bagaimana menghasilkan sebuah cerpen yang bermutu. Penggunaan tema, plot, konflik, gaya bahasa, teknik, perlukisan latar dan pemilihan watak dan perwatakan serta format penulisan dikupas satu per satu dengan teliti dan mendalam. Oleh itu, penulis diajar dan dikerah untuk mengguna pakai semua perkara di atas ketika menyiapkan tugasan yang berupa cerpen.

4) Cara menghasilkan karya (cerpen) dengan teknik yang mantap dan menarik minat pembaca. Melalui teknik ini, tugasan akan diberikan untuk menghasilkan cerpen yang baik. Saya sendiri telah siap menulis beberapa cerpen yang dikategorikan sebagai baik dan sesuai untuk terbitan (menurut komen cikgu kelas). Bagaimanapun, saya akan peram dahulu sebelum bersedia untuk dihantar terbit.

5)  Pendedahan Melalui Sesi Bedah Karya. Di sini juga buat pertama kalinya saya berdepan dengan situasi ‘mengkritik’ karya yang dihasilkan. Setelah penat menulis dan menggarap idea, saya menyangkakan keberhasilan yang terbaik dan meminimakan kesilapan. Namun, kesilapan itu terlalu banyak yang tak terlihat oleh mata kasar sekalipun sebenarnya saya tahu. Paling menarik, kita didedahkan dengan pengurusan emosi selepas karya dikritik, dikomen, dihentam, ditegur dan diulas. Berdepan dengan para guru (termasuklah di kalangan rakan penulis sendiri) adalah lebih baik sebelum karya kita dihentam dan dikritik oleh para pembaca di luar sana.

6)  Pengenalan tentang cara menghantar karya untuk tujuan terbit dan pemilihan sasaran pembaca. Nasihat dan panduan daripada tenaga pengajar dan para penulis yang pernah berkongsi pengalaman terbit karya. Oleh itu, selepas karya dikritik dan dibaiki, kita disarankan agar menghantar kepada pihak pernerbitan yang sesuai mengikut tema cerita. Jadi, kita akan diberikan garis panduan terma-terma yang perlu diikuti selaras dengan rumah penerbitan yang dipilih.

7)  Pasukan/Jemaah pengkarya yang mempunyai angan-angan dan impian yang sama. Di sinilah saya membina pasukan jemaah penulisan untuk sama-sama berkongsi ilmu, memberi semangat dan nasihat/teguran membina serta melakar haluan penerbitan karya kami bersama. Syukur, saya temui rakan-rakan yang memberi impak yang cukup besar dalam dunia penulisan saya yang kecil ini. Sesungguhnya, inilah ganjaran yang tidak terukur nilainya pada saya.

8)  Penasihat/Pembimbing dan Editor utama. Bagi saya matlamat jangka panjang itu boleh dicapai dengan pembinaan ukhuwah yang berpanjangan terhadap sesama rakan dan guru pembimbing. Ini kerana pengalaman dan pengetahuan mereka sangat luas. Bukan sahaja dalam penulisan cerpen tetapi juga penulisan novel. Jadi, melalui kelas ini saya berasa bersyukur mempunyai guru yang boleh bertindak sebagai editor saya bukan setakat untuk cerpen bahkan untuk penulisan novel yang sedang saya usahakan. Semoga kejayaan saya akan menjadi kebanggaan para guru suatu hari nanti.

Buat Cikgu Monalita Mansor, ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga dari saya. Semoga Allah dapat membalas segala ilmu yang cikgu curahkan kepada saya selama ini dan akan datang. Amin.

http://nurhidahhalun.blogspot.com/

***Nota Guru - Cerpen pertama Nurhidah sudah tersiar di majalah Wadah Siswa pada keluaran no 19, bertajuk Tali Leher Pengawas. Bakal menyusul cerpen yang kedua iaitu, Air Mata Adik. Insya-Allah. 
----------------------------------------------------------------------


Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
 Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan. Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
1. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel. 
2. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
3. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya. 
4. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday 16 July 2014

Bila Amnah tumbuh gusi

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Bismillah. Sudah masuk hari ke 18 Ramadhan. Baby Amnah yang baru memasukki umur setahun setengah sudah tumbuh dua gusi. Sudah tidak mahu berenggang, tidur pun hanya dipangkuan mungkin kerana menanggung sakit gusinya. Makan pun dah kurang hanya mahu air dan menyusu badan. Sesekali panas badannya merisaukan. Tetapi Alhamdulillah, menurut doktor demamnya tidak membahayakan, mungkin disebabkan menanggung kesakitan dari gusi yang mahu tumbuh. Risau juga jika demam, sebab sudah banyak kes denggi di Kajang. Anak jiran ada yang masih lagi di hospital menerma rawatan. Apapun moga Allah beri kesembuhan pada Amnah. Aamin 
----------------------------------------------



Tips menulis konsisten
-diri sendiri adalah penggerak paling utama untuk menulis
-menulis, dan menyebarkan informasi berkaitan kepakaran
-bina pengaruh dari kalangan pembaca dengan sentiasa update informasi baru
-pembaca sukakan penulisan positif dan catatan pengalaman realistik
-setiap diri kita adalah diari kehidupan, catat segalan pengalaman, apabila baca dua tiga tahun lagi kita senyum sendiri
-blog juga adalah salah satu cara berkongsi matlamat, dan kita kita boleh lihat catatan itu dari masa ke semasa, adakah kita capai matlamat sekian-sekian
Sumber: Ebook Belajar Asas Blog

Alhamdulillah, bergabung dengan ABDR 780 blog, 25 kelas, Kelas online dan offline kami, adalah seperti berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecilhttp://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 780 blog http://sohodirectory.blogspot.com/

PM saya #Rafisuhaila Rahim untuk mendaftar.
http://suhailarahim.blogspot.com/p/kelas-online.html

Monday 14 July 2014

Tips menguruskan akaun perniagaan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Setiap  perniagaan sama ada yang kecil atau besar sangat memerlukan pengurusan akaun yang teliti. Ini kerana objektif utama dalam setiap perniagaan ialah untuk mencari keuntungan kewangan. Untuk mengira keuntungan, peniaga harus mempunyai rekod tentang aktiviti perniagaannya. Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi. Sesetengah usahawan bukan sahaja tidak tahu dengan tepat jumlah untung rugi malah tidak tahu langsung sama ada perniagaan mereka untung atau rugi. Perniagaan dianggap untung bila ada lebihan jualan dan sebaliknya.

Membina sebuah perniagaan yang menguntungkan bukan suatu yang berlaku secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata tetapi ianya memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu anda memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. Oleh itu dengan sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata kewangan yang meyakinkan. Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan perniagaan.

Antara tips pengurusan akaun perniagaan
1)Catitkan segala transaksi wang keluar dan masuk tanpa ada pengecualian. Jika anda terima wang, catitkan daripada siapa, untuk urusan apa, bila, banyak mana dan segala macam lagi butiran yang diperlukan. Begitu juga jika wang dikeluarkan, catitkan kepada siapa, untuk apa, bila banyak mana dan sebagainya. Pastikan segala urusan disokong dengan resit atau bukti pembayaran atau pengeluaran.

2)Jika anda tidak menggunakan apa-apa sistem perakaunan, gunakan microsoft office excel untuk membuat catitan pada semua aliran wang tersebut. Anda mesti berupaya membuat ringkasan jumlah wang kelar dan masuk samada untuk sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

3)Terjemahkan semua maklumat itu pada satu carta aliran wang keluar dan masuk untuk sekurang-kurangnya selama dua tahun. Dari aliran tersebut anda boleh melihat trend naik dan turun perniagaan anda dan boleh memantau segala kos penting seperti kos bahan mentah, kos perbelanjaan tetap, sewa, gaji dan lain-lain.

4)Daripada aliran wang keluar masuk itu juga anda boleh kenal pasti jumlah jualan paling minimun yang perlu dibuat untuk membuatkan perniagaan anda hidup.

5)Bila dah tahu jumlah jualan minimun tersebut, pastikan segala aktiviti ditumpukan ke arah untuk menaikkan hasil jualan melebihi jualan minimum itu.

6)Pantau samada perniagaan anda ada memberikan hutang pada pelanggan. Jika ada pantau kedudukan pembayaran mereka dan pastikan ada seorang pekerja atau anda sendiri yang kejar segala pembayaran sehingga dapat.

7)Lihat semua duit yang habis digunakan untuk membeli barang dan juga segala kelengkapan perniagaan. Kira jumlah wang yang tertanam di situ dan pastikan ianya memberikan pulangan yang baik.

8)Kira jumlah stok atau barangan yang ada dan lihat senarai barang yang sudah lama berada di dalam perniagaan tetapi tidak dijual atau digunakan. Kenapa tidak dikosongkan semuanya dengan menjualnya sahaja. Anda akan mencairkan banyak wang yang boleh digunakan untuk meningkatkan hasil perniagaan anda.

9)Semak semua senarai pembekal anda. Lihat berapa jumlah wang yang telah anda keluarkan untuk diberikan pada mereka. Lihat pembekal yang paling banyak anda berikan wang dan bawa maklumat itu untuk berbincang diskaun atau kemudahan kredit, jika perlu.

10)Lihat senarai pelanggan yang telah membeli atau menggunakan perkhidmatan anda. Lihat senarai pelanggan yang paling banyak memberikan wang pada anda. Belikan cenderamata dan hantarkan pada mereka. Jika berkesempatan pergi jumpa mereka dan nyatakan rasa terima kasih anda pada mereka. Terlalu banyak maklumat yang boleh dijana daripada aktiviti pengurusan akaun dan pengurusan aliran wang dalam perniagaan, jika anda lakukannya dengan betul.

Jadikan juga amalan untuk memantau dan membaca laporan aliran wang keluar dan masuk dalam perniagaan anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ini dapat memberikan input penting ke dalam otak untuk anda mencari idea dan tindakan baru bagi meningkatkan perniagaan.

Sumber: http://hidupringkas.com
-------------------------------------------------

Apabila sudah ada bisnes, perlu ambil tahu perkara berikut. Jika tidak, asyik ingat ada untung aje sedangkan bila disemak semula, lebih banyak rugi dari untung.
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 19.07.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30pg -4.30ptg

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

PM saya untuk pendaftaran

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim