='description'/>

Saturday, 30 August 2014

Menukar Simpanan Menjadi Pelaburan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Pelaburan bermaksud menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapat pulangan pada masa hadapan. Ini bermakna kita menukarkan nya dalam bentuk tertentu seperti hartanah, emas atau saham dengan harapan aset itu akan menghasilkan pendapatan serta memperolehi pertambahan nilai pada masa hadapan.

Contohnya, Encik A mempunyai lebihan wang sebanyak RM50 ribu sekarang. Jika Encik A hanya menyimpan wang itu hanya di dalam peti besi rumah, selain dari risiko kecurian, jumlah wang juga tidak bertambah; malah 'nilai wang' akan semakin susut atas sebab inflasi. Ini bermakna jika sekarang dengan wang sejumlah itu dia boleh membeli seunit rumah flat kos rendah, selepas beberapa tahun harga seunit rumah itu pasti meningkat. Oleh itu Encik A tidak berpeluang lagi untuk memiliki seunit rumah flat dengan jumlah yang sama.

Terdapat beberapa cara menukar simpanan kepada Pelaburan, namun setiap satu ada kebaikan dan keburukannya.


Jenis
Kelebihan
Kekurangan
Akaun Simpanan
·      Mudah dibuka dan dijaga
·      Keperluan minimum dan memang munasabah
·      Akses tunai adalah fleksibel.
·      Pengeluaran tunai yang mudah boleh merosakkan rancangan simpanan anda.
·      Kadar Faedah yang agak rendah.
Deposit Tetap
·      Kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan
·      wang tidak boleh dibelanjakan sembarangan.
·      Kadar faedah mungkin kurang daripada kadar inflasi.
·      Sukar untuk membuat pengeluaran
Hartanah
·      Satu rancangan "simpanan-paksa" yang baik
·      Sebagai Lindung nilai yang baik untuk mencegah inflasi
·      Boleh memberikan pulangan yang lumayan semasa ekonomi melambung.
·      Untuk mula menyimpan memang sukar; kerana wang pendahuluan yang tinggi dan anda mestilah layak untuk mendapatkan pinjaman bank.
·      Skim bayaran balik gadai janji jangka panjang yang tidak fleksibel. 
·      Tidak boleh segera ditukar kepada tunai. 
Insurans Hayat
·      Satu alat simpanan serta perlindungan yang bermanfaat. Oleh sebab itu banyak polisi mengenakan penalti sekiranya menarik diri sebelum Insurans matang, maka ia bertindak sebagai makenisme untuk menggalakkan simpanan.
·      Terbukti sebagai rancangan "simpanan paksa" yang berkesan.
·      Pulangan agak lebih rendah berbanding alat pelaburan jangka panjang yang lain. 
·      Kurang fleksibel.

Unit Amanah
·      pelaburan paling sesuai bagi penyimpanan yang buat simpanan kerap.
·      Jumlah permulaan tidaklah sekecil yang dikehendaki untuk akaun simpanan.
·      Alat Pulangan yang agak tinggi berbanding simpanan tetap.
·      Biasanya pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan kerap.
Manfaat diperoleh melalui prinsip kos pemurataan ringgit.
·      portfolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan.
Anda boleh menjual unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa.
·      Terjejas akibat turun naik pasaran saham atau pasaran lain yang tabung tersebut dilaburkan. (tetapi kurang terjejas bagi pelaburan jangkamasa sedehana dan jangka panjang)
Pasaran Saham
·      Lebih memberangsangkan daripada akaun semasa.
Boleh memberikan pulangan yang banyak apabila kena pada masanya.

·      jumlah wang yang agak besar diperlukan untuk memasuki pasaran saham
·      Anda memerlukan banyak maklumat pelaburan dan nasib yang baik untuk menguruskan sendiri palaburan anda dengan jayanya.

--------------------------------------------


Ada yang mahu mula berbisnes, tapi tak mahu tinggalkan rumah kerana mahu beri perhatian kepada anak-anak dan keluarga. Atau yang ada modal, tapi masih tidak tahu mahu mula bisnes apa. Ada modal, tapi tak tahu nak mula macam mana.
Pencarian dan Pendaftaran dibuka untuk :
1. Pengurus online akademi
- belajar mempromosi kelas dan bengkel anjuran akademi. Mempromosi produk digital.
- permintaan sepanjang tahun.
- hanya atas talian sahaja. Tanpa perlu fikir pengiraan kos postage dan penghantaran.
2. Kelas blog borong telekung solat
-belajar jual borong telekung
-permintaan yang tinggi semasa bulan ramadhan
3. projek duit lepas raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
- sasaran puasa, raya, rumah terbuka,tahun ni, tahun depan dan sehingga barang ada juga bagi yang nak hantar terus ke kampung, kita siapkan terus jadual penghantaran
- stok semua sedia ada.
4. dropship makanan sunnah
- permintaan ramai. Sudah ramai yang beralih pada pemakanan sunnah untuk kesihatan. 
- Stok sentiasa ada, tak perlu urus stok, hanya berjualan sahaja.
Daftar dan pilih mana-mana yang kalian mahu untuk mula bekerja dari rumah secara online sahaja. Hubungi saya untuk pendaftaran

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment