='description'/>

Sunday, 15 June 2014

Emas dan jenis-jenisnya


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Emas, merupakan barang yang sangat berharga. Biasanya, seseorang menyimpan emas dan menggunakannya sebagai aset pelaburan, karena dengan menyimpan emas kita memiliki beberapa keuntungan dalam melindungi aset kita. Harga Emas yang cenderung menaik juga semakin membuat sebahagian besar orang tertarik untuk membeli emas untuk pelaburan jangka panjang, selain aset rumah, tanah, dan aset lainnya.

Emas begitu sinonim dengan wanita sebagai perhiasan diri. Kepentingan emas berubah mengikut zaman. Jika dahulu emas dianggap sebagai status kehidupan seseorang namun hari ini emas dijadikan sebagai simbol kemegahan peribadi dan penampan kepada kekayaan seseorang individu.

Terdapat beberapa jenis emas yang ada di Malaysia. Setiap jenis dilabel berdasarkan kandungan emas tulin yang ada dalam suatu barang kemas. Contohnya jenis emas yang biasa dipakai oleh wanita-wanita ialah 916, 950, dan lain-lain lagi. Apakah perbezaannya? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1 karat bersamaan 200 mg, Semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda.

Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras.Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Emas tumpat (Solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22k. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

Kini terdapat juga barang kemas di pasaran yang menggunakan emas sebagai saduran (gold plated). Barang perhiasan ini jauh lebih murah dari barang kemas sedia ada. Tetapi ia tidak boleh dibuat sebagai gadaian atau jualan balik. 

Berhati-hatilah dalam membuat urusan jual beli emas, supaya kita tidak mudah terpedaya dengan pelbagai penipuan kualiti, harga, berat dan ketulenan dan sebagainya. Lambakan emas palsu dipasaran kadang-kadang juga tidak dapat dikesan dengan mata kasar semata-mata, malah ujian ketulenan emas seperti asid juga tidak membantu. 

 _____________________________________________________

Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment