='description'/>

Wednesday, 11 June 2014

Bahan kimia pemutih dalam tepung, gula dan garam

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Tepung Gandum


Sesetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran didakwa boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan peluntur selain dikhuatiri diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal. Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit. Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan. Terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).

Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan. Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang. Kajian PPIM juga mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.

Gula Pasir

Gula pasir atau sukros adalah kristal putih sebagai pemanis; berbentuk serbuk halus, kasar atau sederhana kasar (granulated sugar), gula kastor, gula icing atau confectioner's sugar. Ada yang berbentuk kristal besar gula batu, persegi seperti gula dadu (cube sugar) atau cairan pekat seperti molasses, gula jelly (jelly mallow) dan sirup seperti corn syrup. Ada yang berwarna coklat dan kekuningan. Semua ini dan berbagai lagi adalah gula yang di tambah sebagai bahan pemanis untuk sajian makanan kepada tubuh manusia. 

Gula pasir dihasilkan dari pemprosesan (refining) bahan asas seperti tebu, ubi bit dan jagung. Bahan terakhir yang terhasil ialah sukros. Sukros adalah nama teknikal kepada gula pasir.  Proses pembuatan gula pasir atau sukros ini melibatkan bahan-bahan kimia. Gula yang di perah mentah dari jagung, ubi bit, atau tebu mulanya berwarna kuning kecoklatan.


·  Untuk memutihkannya, sulfur dioxida di tambah. 
·  Untuk menjernihkannya pula, asid phosphorik dan kalsium hydroxida di adun untuk menjadikan kalsium phosphat. Atau, mengadunkan karbon dioxida and kalsium hydroxida untuk menjadikan kalsium karbonat. 

Proses demi proses penapisan dilakukan untuk menghilangkan apa jua sisa pada cairan gula tersebut, sehingga yang tinggal hanya cairan gula sukros yang jernih, bening, suci dan bersih. Produk sampingan sewaktu pemprosesan ini berupa cairan gula pekat, berwarna kehitaman, yang dikenali sebagai "molasses". Kemudian diikuti dengan proses pengeringan dan pembongkahan. Seterusnya, bongkah sukros diperhalusi menjadi gula pasir, menurut kehalusan yang dikehendaki. Hasilnya, serbuk halus, kasar atau sederhana kasar (granulated sugar), kristal besar, persegi, jelly dan sebagainya. 

Garam Dapur

Garam bersifat asid dan satu-satunya jenis batu yang boleh dimakan oleh manusia. Dalam kaedah sains, garam putih dikenali sebagai ‘sodium klorida’. Garam putih yang terdapat di dapur hampir setiap rumah dan restoran berasal dari lautan.

Namun, ia diproses secara keterlaluan sehingga semua kandungan mineralnya hilang. Selain itu, ada yang menyatakan bahawa warna putih pada garam diperoleh setelah ia melalui proses pelunturan. Maka yang tinggal hanyalah kompaun sodium dan klorida yang menjadi punca kepada masalah kesihatan.

Pilihan ditangan kita, pastikan kita, anak-anak dan keluarga tersayang makan makanan yang selamat. Pastikan tiga bahan asas ini adalah bebas dari bahan peluntur. Beralihlah kepada jenis tepung dan garam yang lebih selamat, dan tukar penggunaan gula putih kepada gula perang atau jenis gula lain yag lebih selamat.

Semoga bermanfaat! 

---------------------------------------
PROJEK DUIT RAYA



Projek duit raya http://projekduithariraya.blogspot.com/

* pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka
* stok sedia ada
* sasaran puasa, raya, rumah terbuka, tahun ni, tahun depan 
* Boleh juga bagi yang nak hantar terus ke kampung, kami siapkan terus jadual penghantaran

Bagi yang berminat nak jadi agen atau ingin beli secara borong boleh daftar melalui saya 
Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim





No comments:

Post a Comment