='description'/>

Wednesday, 16 April 2014

Seharum Kasturi

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Alangkah kurangnya pengetahuan saya ini. Akibat kurang membaca saya tidak tahu pun asal usul Kasturi. Hakikatnya selalu sangat mendengar tentang kehebatan kasturi yang terkenal sebagai haruman sunnah yang sangat disukai oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada hemat saya, haruman yang ada di dunia hanya bersumberkan tumbuhan, seperti kulit kayu, buah-buahan atau bunga-bunga sahaja. Tetapi Subhanallah, Allah juga menjadikan binatang sebagai sumber haruman untuk kegunaan manusia.


Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.

Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama. Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya.

Dari 'Aisyah r.a, "Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi, "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!" Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana caranya?" Maka Beliau berkata, "Subhaanallah. Bersucilah kamu!" Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, "Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu." (HR al-Bukhari)

Ramai yang biasa mendengar atau pernah mendengarnya tetapi tidak pernah tahu apa dan dari mana asal-usulnya. Itulah kasturi. Apa sahaja haruman, wangian dan kebaikan akan dikaitkan dengan kasturi. Di atas adalah antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan tentang kasturi.
Inilah rupa bentuk kijang yang menghasilkan kasturi.


Ini pula rupa bentuk kasturi yang masih dalam sarungnya:


Kasturi bila dikeluarkan dari sarungnya:


Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan terkenal terutama Imam Ibnu Qayyim Aljauziyyah R.A dan ahli-ahli perubatan islam, maka kasturi didapati banyak khasiat antaranya :

1. Memberi kekuatan kepada ruh
    Haruman adalah santapan ruh, manakala kasturi adalah  merupakan sewangi-wangi dan sebaik-   baik haruman  sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
    “sebagus-bagus wangian ialah minyak kasturi”  (H.R.Muslim)
    
     Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda maksudnya:
     ”Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali”

2.  Menenangkan jiwa (hati);
     -Dapat menguatkan hati dan jiwa dengan menciumnya.
     -Dapat menenangkan dan meriangkan hati dan jiwa dengan menciumnya.

3.  Mencergaskan akal dan menyihatkan otak.

4.  Memperkuatkan organ (angota di luar tubuh).

5.  Menolak wabak dan penyakit.

6.  Mengurangkan ketakutan dan kebimbangan.

7.  Mengurangkan sesak nafas.

8.  Mengurangkan debaran jantung.

9.  Mengurangkan gementar dalam tubuh.

10. Mengurangkan sejuk tubuh.

11. Berfungsi memelihara kesihatan keseluruhannya.

12. Menyukakan para malaikat, orang-orang soleh dan kesemuanya dengan izin Allah s.w.t.

Sebaik-baiknya dan seelok-eloknya !!
Bersolatlah dengan berwangi-wangian kerana 70x lebih baik daripada tidak berwangi-wangian. Dan berniatlah untuk memakai Wangian Kasturi ini untuk Mengikut salah satu daripada SUNNAH Rasullullah dan selalulah berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. untuk menambah Cinta dan Rindu kepada baginda.

Kredit:  http://www.al-ahkam.net dan http://alkurawi.blogspot.com




Dapatkan pati haruman Kasturi yang asli dan tanpa campuran kimia 
Harga Sebotol: RM50
Promosi Dua Botol : RM90
Pos PERCUMA


Isi borang tempahan di sini.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim





No comments:

Post a Comment