='description'/>

Saturday, 12 April 2014

Jadual Perbandingan Prestasi Unit Amanah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Selain dari Prospektus dan Laporan Berkala yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah, pelabur juga boleh merujuk kepada Jadual Perbandingan Prestasi yang diterbitkan olehg Badan Bebas seperti Lipper, Morningstar dan Standard and Poor’s. Jadual-jadual ini boleh dilihat di akhbar dan majalah kewangan dan juga laman web yang berkaitan seperti The Edge dan Personal Money. Walaupun kita tidak boleh menggunakan sepenuhnya rekod prestasi dana sebagai penilaian mutlak, jadual sedemikian boleh memberikan satu gambaran tentang “rating” dan “ranking” semua dana-dana untuk satu jangkamasa tertentu.

Maklumat ini akan memudahkan pelabur membuat perbandingan tentang potensi dana-dana yang sama kategori dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah yang berbeza. Perbandingan prestasi boleh dilihat dalam tempoh tiga bulan, 6 bulan, setahun, tiga tahun atau lima tahun.

Setiap jadual yang dikeluarkan oleh Syarikat pemberi Maklumat ini dibentangkan dalam bentuk yang agak berbeza tetapi sebahagian maklumatnya adalah hampir sama antara satu sama lain.

1.Jadual Dana Lipper (Lipper Fund Table)



2. Jadual Dana Morningstar


3. Jadual Standard & Poor



Kesimpulannya, sebagai pelabur jangan membuat keputusan berasaskan maklumat yang dikeluarkan oleh Syarikat Unit Amanah sahaja. Adalah perlu untuk mendapatkan maklumat dari pihak lain dalam menilai sesuatu dana dan membuat perbandingan yang wajar sebelum memulakan urusniaga Unit Amanah.


---------------------------------------------------


Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan  yang tidak dapat menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog berikut:

i.            Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
            ATAU
ii.           Satu Blog untuk Bisnes

Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)

Blog yang ditempah meliputi:
 Borang tempahan
Penambahan gajet - 5 Label
 Link fanpage/facebook
10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.

***Bonus juga akan diberikan

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment