='description'/>

Thursday, 3 April 2014

Awas dengan sms dan panggilan palsu

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
 

Bismillah.. Baru-baru ini saya ada menerima satu pesanan ringkas (sms) meragukan yang singgah di handphone saya.

‘Kindly remit pymt for BANK RAKYAT Pesonal Financing. If the pymt has been made, pls ignore this msg or call 011-14281xxx or 03 21467xxx.’.

SMS ini pula dihantar melalui nombor +60132801xxx.

Sebelum itu juga saya pernah menerima sms yang hampir sama tetapi dari nombor telefon yang berbeza. Bagi mereka yang pernah mengalami seperti ini supaya jangan terus membalas membalas mesej atau menghubungi nombor-nombor tersebut. Buat penilaian dahulu sebelum bertindak dan jangan panik.

Penilaian saya ketika menerima sms di atas:

  1. Saya tidak pernah membuka mana-mana akaun atau mempunyai apa-apa urusan di Bank Rakyat. Mana mungkin saya berhutang dengan bank tersebut.
  2. Lazimnya sms yang diterima bukan dari nombor telefon peribadi sebaliknya hanya lima nombor seperti yang selalu saya terima bila berurusan dengan RHB dan CIMB. Begitu juga dengan nombor yang perlu dihubungi semula; selalunya kita diminta berhubung dengan nombor hotline khas bank tersebut.
  3. Ejaan yang salah pada perkataan dan ringkasan perkataan yang digunakan sangat meragukan. Ini tidak melambangkan mesej diterima adalah dari sebuah bank.
Ingatan ikhlas saya, jangan melayan mesej-mesej seperti ini. Begitu juga jika anda menerima panggilan telefon yang meminta anda memaklumkan nombor akaun atau nombor pin kad anda. Nombor-nombor peribadi tersebut tidak sepatutnya didedahkan kepada mana-mana pihak. Berurusan terus di kaunter bank yang berkaitan bagi mengelakkkan kita ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Semoga  bermanfaat.


------------------------------------------------------------------------------
Pencarian Rakan Niaga / Pengurus Online

Bagi mereka yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan dari rumah melalui blog sambil memasarkan produk dari akademi sila daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun

=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Peluang keemasan ini sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos

JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE TANPA KELUAR DARI RUMAH!

Terdapat dua pakej Rakan Niaga yang kami tawarkan. Pilih mengikut kesesuaian masa dan budget anda. 


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim



No comments:

Post a Comment