='description'/>

Tuesday, 18 March 2014

Laporan Berkala Dana Unit Amanah


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
 
Selain daripada Prospektus, pelabur boleh melihat prestasi sesuatu unit amanah melalui Laporan Berkala yang akan dihantar oleh Syarikat Pengurus Dana. Laporan ini biasanya dihantar samada dalam bentuk bulanan, suku tahunan atau Laporan Tahunan kepada setiap pelabur yang sudah membeli dana. Laporan ini akan memaklumkan dari masa ke semasa tentang prestasi dana sepanjang tempoh tersebut selain dari keadaan ekonomi dan pasaran secara keseluruhan. Antara yang penting ialah perbandingan antara prestasi dana dengan indeks penanda aras dan pulangan dana. Bagi pelabur baru, dinasihatkan untuk membaca laporan berkala ini supaya anda boleh menilai dana-dana yang boleh memberi pulangan yang selari dengan matlamat pelaburan sebelum membeuat sebarang pelaburan dalam mana-mana dana. Laporan berkala ini juga boleh dapatkan diinternet, atau melalui ejen-ejen jualan dan syarikat-syarikat unit amanah.

Selain dari maklumat tenatang prestasi dana, laporan ini juga mengandungi maklumat terkini ekonomi dan pasaran. Pengurus dana akan memberi pandangan tentang keadaan dan ekonomi pasaran dalam tempoh akan datang supaya pelabur boleh merangka strategi pelaburan masing-masing. Dalam penilaian pasaran, prestasi pasaran ditinjau menerusi pergerakan Indeks Komposit dan juga Indeks Khusus yang menjadi penanda aras dana tersebut. Maklumat ini sangat berguna kepasda pelabur sebagai satu panduan dalam membuat pelaburan dalam mana-mana dana. Maklumat lain yang penting ialah peruntukan aset dana, iaitu diversifikasi yang dilakukan oleh pengurus dana. Iaitu berapa peratus dana dilaburkan dalam saham, bon dan juga dalam pasaran wang.

Dalam Laporan berbentuk tahunan pula akan menunjukkan keseluruhan dana-dana sebuah Syarikat Unit Amanah untuk tempoh satu tahun tersebut. Prestasi tahun semasa dan prestasi dalam tempoh lima tahun yang lepas akan ditunjukkan dalam bentuk jadual atau graf supaya mudah dibuat perbandingan.

Kesimpulannya, Prospektus dan Laporan Berkala merupakan dokumen bertulis yang dikeluar oleh Syarikat Pengurus Dana. Sebagai pelabur, dalam menilai prestasi sesuatu dana, perlu juga merujuk kepada informasi yang dikeluarkan oleh syarikat pembekal maklumat seperti Lipper, Morningstar dan Normandy. Maklumat dari syarikat-syarikat seperti ini boleh juga memberi maklumat dalam membantu membuat keputusan tentang pelaburan unit amanah.

------------------------------------------------


1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 400 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Hubungi saya di:

Facebook Rafisuhaila Rahim 
Tel: 013 684 4409

No comments:

Post a Comment