='description'/>

Wednesday, 12 March 2014

Cara 'membeli dan menjual' dalam pelaburan Unit Amanah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Pelabur yang berminat dalam pelaburan unit amanah boleh menjual atau membeli unit amanah dalam beberapa cara iaitu:

1. Berurusan terus dengan Pejabat syarikat atau Cawangan Bank 
Anda boleh pergi terus ke pejabat Unit Amanah (Syarikat Pengurus Dana) atau cawangannya untuk membuat pelaburan. Bagi syarikat unit amanah yang dimiliki oleh bank, cawangan bank tersebut biasanya dilantik untuk menjadi ejen untuk Unit Amanah keluaran syarikat sekutunya.

2. Melalui Ejen/ Penasihat Kewangan
Kaedah yang biasa digunakan melalui Ejen atau Penasihat Kewangan. Mungkin kita pernah dihubungi oleh mana-mana ejen untuk menjual prdduk mereka. Cara ini tidak memerlukan anda bergerak, di mana ejen akan meguruskan segala keperluan dokumentasi dan lain-lain yang diperlukan dalam urusan Unit Amanah. Dalam masa yang sama, ejen boleh memberi maklumat-maklumat yang berkaitan tentang unit amanah, jenis-jenis dana yang sesuai dan memberi nasihat lain yang bersesuaian kepada pelabur. Namun, kita disarankan untuk tidak membuat keputusan berdasarkan cadangan ejen semata-mata. Kita perlu membuat analisis sendiri selepas mendengar cadangan mereka itu.

3. Menerusi Internet
Cara terbaru dan menjimatkan kos untuk melabur dalam unit amanah adalah dengan berurusan dengan internet. Kaedah ini dipelopori oleh Fundsupermart.com yang menawarkan dana daripada beberapa syarikat unit amanah melalui laman webnya. Dengan kaedah ini yuran perkhidmatan adalah lebih murah berbanding jika dibuat melalui ejen. Namun jika anda 'celik Internet', kaedah ini adalah pilihan terbaik untuk anda


-----------------------------


Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.

Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.
Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.

Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment