='description'/>

Tuesday, 11 February 2014

Petanda kewangan kita tidak sihat

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Beberapa ramai antara kita yang tidak sedar bahawa mereka mengalami masalah kewangan. Statistik menunjukkan punca utama mereka hutang ialah perancangan kewangan yang lemah. Ini bermakna mereka akan sewenang berbelanja lebih daripada pendapatan dan akibatnya menanggung hutang yang banyak. Bagi yang terdesak akan mula mengambil alternatif untuk mendapatkan sumber pinjaman daripada mereka yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan dengan bunga yang tinggi. 

Bagi mereka yang mengalami masalah kewangan boleh rujuk kepada instituis yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah anda seperti AKPK. Begitu juga bagi mereka yang sudah mempunyai petanda yang anda akan mengalami masalah kewangan. Adalah lebih baik bertindak awal sebelum pelabgai masalah lain menimpa. 

Persoalan macam mana nak tahu kita mengalami tanda-tanda masalah kewangan? Mungkin senarai semak di bawah boleh dijadikan rujukan:

Kad Kredit
• Membayar baki minimum sahaja setiap bulan.
• Baki tertunggak meningkat setiap bulan
• Telah menggunakan kad pada had maksimum
• Kerap mengambil pendahuluan wang tunai
• Tidak membayar atau lewat membuat bayaran
• Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank

Pinjaman
• Kerap menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa.
• Menerima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak membayar hutang.
• Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit tidak memuaskan.
• Meminjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang.
• Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang.

Simpanan
• Menggunakan simpanan pada kadar yang membimbangkan.
• Mempunyai sedikit ataupun tidak langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan.

Perbelanjaan
• Hidup semata-mata bergantung pada pendapatan bulanan.
• Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai sara hidup.
• Tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata diterima.
• Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang.



--------------------------------------------------------
Dapatkan Pakej Asas Wahm Soho
Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalamab dan kepakaran untuk memulakan blog pertama.
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggnakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama.
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

2. Ebook super wahm super mom
Adalah kesinambungan dari ebookwww.janawangdirumah.com
Sangat penting untuk mengetahui setakat ana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhenti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim




No comments:

Post a Comment