='description'/>

Thursday, 20 February 2014

Konsep Value Cost Averaging (VCA) dalam Pelaburan Unit Amanah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Value Cost Averaging (VCA) merupakan satu teknik pelaburan seperti Dollar Cost Averaging (DCA) dimana pelabur membuat tambahan pelaburan  secara bulanan atau tahunan, tetapi berbeza dalam jumlah pelaburan. Dalam teknik VCA, pelabur akan membuat tambahan pelaburan mengikut harga semasa. Apabila harga naik, jumlah pelaburan akan dikurangkan dan apabila harga turun, jumlah pelaburan akan meningkat. Perancangan berapa jumlah pelaburan bulanan perlulah bersesuaian dengan 'target' yang ingin dicapai oleh pelabur dalam tempoh pelaburan tersebut.

Sebagai contoh, Rujuk jadual di bawah bagaimana konsep ‘Value Cost Averaging’ ini berfungsi.

Bulan
Harga (RM)
Jumlah Pelaburan (RM)
Jumlah Unit (kumulatif)
Januari
1.00
100
100
Febuari
1.20
80
167
Mac
0.80
167
375
Jumlah

347


Namun konsep 'beli murah, jual mahal' ini agak sukar, kerana agak mustahil bagi pelabur untuk mengenalpasti kenaikan dan penurunan dengan lebih tepat dan konsisten. 

Oleh itu sebelum membuat pilihan untuk melabur dengan teknik ini, beberapa pertimbangan perlu diambil kira, antaranya ialah:
i. Pelabur mesti berdisiplin untuk menambah pelaburan apabila harga dana jatuh
ii. Tempoh pelaburan perlulah dibuat sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun
iii. Pelaburan perlu mengikut selang masa yang tetap 

Kesimpulannya, apa pun teknik yang diamalkan dalam pelaburan perlulah disesuaikan dengan ilmu pengetahuan yang ada, disiplin yang kuat, toleransi terhadap risiko yang wujud dan sentiasa mengadaptasi keadaan pasaran semasa.
-------------------------------------------------
Pencarian rakan niaga/pengurus online

Bagi mereka yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan dari rumah melalui blog sambil memasarkan produk dari akademi sila daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok

=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga

=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Peluang keemasan ini sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos

JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE TANPA KELUAR DARI RUMAH!

Terdapat dua pakej Rakan Niaga yang kami tawarkan. Pilih mengikut kesesuaian masa dan budget anda. 


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


No comments:

Post a Comment