='description'/>

Saturday, 18 January 2014

Takaful - Endowment plan vs Investment Link

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Endowment Plan (Pelan Endowmen)
Pelan ini menggabungkan perlindungan dan tabungan. Wang manfaatnya akan dibayar pada akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi matang, anda akan mendapat wang berkenaan; jika sebaliknya, wang itu akan diberi kepada penama anda. Dan polisi ini membenarkan kita mengeluarkan sebahagian wang simpanan yang ada di dalam tempoh polisi berjalan. Antara polisi yang ada atau dibawah naungan polisi endowmen ini ialah Perlindungan Tabung Pendidikan (Education Fund Policy) Perlindungan Tabung Persaraan (Retirement Fund Policy), Perlindungan Takaful Keluarga (Family Protection Family) dan sebagainya.

Investment Linked Product (Produk berkaitan Pelaburan)

Caruman simpanan anda digunakan untuk perlindungan Takaful dan unit saham di dalam dana yang diurus oleh syarikat Takaful. Harga unit tersebut adalah berasaskan prestasi pelaburan dana yang diuruskan. Manfaat yang dibayar kepada anda atau penama anda bergantung kepada harga unit saham pada masa anda menyerahkan polisi atau apabila anda meninggal dunia. Ada juga yang menawarkan produk Takaful dan dalam masa yang sama memberi pulangan pelaburan setiap tempoh yang ditetapkan tanpa gagal dan mengikut perjanjian yang ditetapkan.


Persamaan
1.mempunyai nilai simpanan, maka duit yang kita simpan itu dibahagikan kepada dua tabung. Tabung pertama adalah untuk perlindungan, dan satu tabung lagi untuk simpanan jangka masa panjang.

2.Perlindungan ini untuk 4 perkara:
a)Kematian biasa-antaranya kerana penyakit atau secara biasa
b)Kematian kemalangan
c)Hilang upaya biasa-contohnya strok, angin ahmar atau kerana penyakit
d)Hilang upaya kemalangan-contohnya akibat kemalangan, kehilangan anggota badan yang menyebabkan kita tak mampu untuk bekerja lagi.

Perbezaan
Perbezaan utama antara kedua-dua pelan tersebut ialah,
Endowment Policy (Polisi Endowmen)Bahagian untuk simpanan adalah lebih besar dari bahagian perlindungan.
Investment Linked Product (Produk berkaitan Pelaburan)Bahagian untuk simpanan lebih kecil dari bahagian perlindungan. 

----------------------------------------------

Promosi: Pakej Mula Bisnes Makanan


Dapatkan promosi 3 ebook untuk Pakej Mula Bisnes Makanan dengan harga RM100 sahaja!

Mohon isi Borang tempahan untuk pembelian.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


No comments:

Post a Comment