='description'/>

Thursday, 9 January 2014

Sukuk

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Istilah sukuk sebenarnya berasal dari bentuk jamak dari bahasa Arab iaitu “sakk” atau sijil dan secara ringkasnya sukuk didefinisikan sebagai sijil bernilai sama yang merupakan bukti kepemilikan yang tidak dibahagikan atas suatu aset, hak manfaat dan jasa-jasa atau pemilikan atas projek atau kegiatan pelaburan yang tertentu. Pada prinsipnya sukuk adalah obligasi konvensional berupa aplikasi konsep imbalan dan tanpa faedah melalui transaksi pendasar terhadap jumlah tertentu aset yang menjadi asas penerbitan sukuk dan wujudnya akad atau perjanjian antara pihak-pihak berdasarkan prinsip-prinsip syariah yakni instrumen kewangan yang bebas daripada riba, gharar dan judi.

Sukuk  telah  berkembang  menjadi  antara  method pembiayaan pelaburan yang berasaskan prinsip-prinsip  Syariah. Permintaan terhadap sukuk telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini kerana ianya menjadi antara peluang pelaburan yang menawarkan risiko rendah, pendapatan tetap serta berlandaskan prinsip Shariah. Sukuk juga boleh dikenali  sebagai Bon patuh Syariah.

Persamaan antara sukuk dengan bon konvensional
-ia selalu  mempunyai  tempoh  matang, mempunyai kupon profit, serta boleh dijual beli pada harga hasil.

Perbezaan utama antara sukuk dengan bon konvesional 
Bon konvensional  merupakan  tuntutan  seorang pelabur pada aliran wang di masa hadapan kepada  pihak  yang menerbitkan bon tersebut. Kontrak antara pelabur dengan penerbit adalah kontrak seorang penghutang dan pemiutang. Contoh: seorang pelabur melanggan bon bernilai RM1000 dan setiap tahun  akan diberikan faedah sebanyak RM100 sekiranya kadar faedahnya 10% sehingga tempoh  matang. Setelah Bon  itu matang pelabur akan diberikan faedah tahun itu serta dibayar semula harga  hasil bon tersebut iaitu RM1000.

Bagi   sukuk  pula,  cara  pengiraan  untung  adalah  serupa dengan bon konvensional, akan tetapi di dalam kontrak sukuk, tuntutan seorang pelabur bukan pada  aliran wang tunai  semata-mata, akan tetapi tuntutan seorang pelabur  adalah  pada  manfaat sebuah  aset  yang digunakan oleh wang yang dijana  melalui kaedah pembiayaan sukuk. Di dalam kontrak sukuk, wang yang dijana daripada terbitan sukuk akan digunakan untuk membeli sesebuah aset. Kemudian pemegang sijil sukuk  mempunyai tuntutan ke atas manfaat yang dijana  aset  tersebut mengikut kadar pelaburan pelabur tersebut. Contoh:  Bila pelabur  melanggan RM1000 dengan perjanjian kadar profit margin 10%, pelabur akan menerima RM100 setiap tahun  dan RM1100 pada tempoh matang.

Satu lagi aspek yang membezakan antara sukuk dan bon konvensional ialah di dalam  situasi  di mana penerbit bon tidak dapat membayar balik hutang dan faedah kepada pelabur/pemiutang, pelabur akan kehilangan kesemua pelaburannya kerana kontrak bon biasanya tiada jaminan aset yang boleh dicagar untuk mendapatkan semula pokok pelaburan. Di dalam sukuk pula, tidak boleh tidak di dalam kontrak sukuk mesti terdapat jaminan bahawa wang yang dijana daripada pelabur digunakan untuk membeli sebuah aset yang mana keuntungan pelabur datang daripada manfaat aset tersebut. Sekiranya situasi buruk berlaku, pelabur masih dapat menuntut sebahagian pelaburan mereka dengan mencagarkan aset yang menjadi jaminan kepada kontrak sukuk tersebut.

Kesimpulan
Sukuk secara umumnya mempunyai keistimewaan dan faedahnya yang tersendiri di mana mampu dilonjakkan sebagai sumber pembiayaan negara dan dalam, masa yang sama mengembangkan sistem kewangan Islam dalam aspek sebagai alternatif kepada instrumen pelaburan konvensional. Sukuk juga mampu menjadi landasan terbaik ke arah perluasan dana masyarakat umum yang bebas riba. 
__________________________________________

Dapatkan 2 Ebook 'Panduan Asas Bisnes Online' dan '101 Idea Home-Based Bisnes' ini dengan harga promosi RM80 sahaja. Promosi dibuka sehingga 30 Januari 2014.





Mohon isi Borang tempahan untuk pembelian.


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment