='description'/>

Saturday, 4 January 2014

PRS - Skim Persaraan Swasta (Bahagian 2)


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Setiap individu yang mencarum dalam PRS mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun bagi 10 tahun pertama bermula dengan tahun taksiran 2012. Majikan juga turut mendapat faedah. Melalui skim ini majikan akan diberikan potongan cukai pada kadar yang diwajibkan sehingga 19% daripada pendapatan pekerja atas caruman kepada PRS yang dibuat bagi pihak pekerja.  Pengecualian cukai turut diberikan ke atas pendapatan yang diterima daripada skim itu.

Namun harus diingat bahawa risiko pelaburan dalam mana-mana dana PRS tetap ada.  Harga seunit dan pembayaran pengagihan adalah tidak pada kadar yang tetap.  Ada kalanya akan naik dan ada kalanya mungkin turun bergantung kepada prestasi dana PRS.  Pencarum boleh menyemak pelaburan mereka melalui laman web PPA atau menghubungi terus Penyedia PRS mereka.  Sudah tentu, Penyedia PRS juga akan menghantar penyata mengenai pelaburan yang dibuat oleh pencarum. 

Daripada aspek pengeluaran pula, wang yang disimpan dalam dana PRS hanya boleh dikeluarkan sehari selepas ahli mencapai usia persaraan. Ahli yang meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya untuk berhijrah nak menetap di negara lain juga dibenarkan untuk membuat pengeluaran wang daripada dana PRS.  Bagi ahli yang telah meninggal dunia, wang simpanannya akan diserahkan kepada pelaksana, pentadbir wasiat atau waris yang dinamakan. Pencarum juga dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebelum persaraan dalam akaun Sub-B sekali pada setiap tahun dan dibuat setahun selepas caruman pertama. Penalti cukai 8% akan dikenakan berdasarkan jumlah yang dikeluarkan dan akan ditolak dari akaun sub-B tadi.

Skim persaraan swasta (PRS) adalah salah satu alternatif saranan kerajaan demi untuk membantu rakyat Malaysia khususnya yang bekerja swasta, menghadapi hari-hari sukar selepas persaraan.  Bagi mereka yang berminat untuk mencarum, maka tetapkan matlamat persaraan dan profil risiko anda. Daripada situ, anda mungkin sudah boleh memilih Penyedia PRS dan dana yang anda percayai. Perlulah diingatkan sekali lagi betapa pentingnya untuk menyimpan wang sebagai persiapan apabila bersara kelak. Persiapan persaraan yang mencukupi amat penting bagi memastikan seseorang itu dapat hidup dengan tenang dan sejahtera selepas persaraan nanti.  

_________________

Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment