='description'/>

Thursday, 30 January 2014

Jalan penyelesaian apabila diistihar muflis

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Pagi ini berkesempatan membaca berita di laman web PPIM mengenai kes-kes muflis atau bangkrap di Malaysia yang semakin membimbangkan. Menurut statistik, kumpulan umur yang mencatatkan angka tertinggi ialah golongan berumur 35 tahun hingga 44 tahun, dan  dianggarkan pula 60 orang bangkrap setiap hari.  Keadaan yang sangat mengejutkan kita semua. Berita ini juga semakin terkesan dihati saya lagi baru-baru ini mendapat berita seorang sahabat yang hampir diistiharkan muflis hanya kerana tidak dapat menjelaskan hutang yang walaupun hanya beberapa ribu sahaja. Ya Allah, mudahkan urusan sahabat saya ini. Aameen.

Bagi mereka yang hampir atau sudah diistiharkan muflis, perlulah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan organisasi tertentu atau syarikat kewangan yang terlibat yang boleh membantu untuk anda mencari jalan keluar. Jangan hanya duduk berdiam diri dan menerima sahaja apa yang berlaku. Ini kerana banyak halangan yang perlu anda hadapi yang melibatkan kehidupan seharian sekiranya sudah diistiharkan bangkrap.

Saya tiada ilmu dan pengetahuan yang lebih untuk membantu mereka yang mengalami masalah bangkrap ini. Namun diharap perkongsian ilmu yang saya ambil dari satu blog mungkin boleh dijadikan panduan.


Mengisytiharkan diri sebagai muflis bermakna membebaskan diri anda daripada tanggungjawab membayar hutang dan membenarkan anda memulakan kehidupan baru. Bagaimanapun, jika anda memilih untuk menjadi muflis, anda perlu patuh kepada peraturan yang ditetapkan dan anda juga perlu menjual segala harta benda untuk melangsaikan hutang. Walaupun kelihatan mudah, muflis sepatutnya menjadi jalan penyelesaian terakhir dan seharusnya difikirkan dengan mendalam kerana kesannya amat buruk. Iaitu, anda terpaksa menutup perniagaan, menjual segala harta bernilai, menghadapi kesukaran memohon kredit dan yang paling buruk, ia merosakkan status anda di mata masyarakat. Sebagai tambahan, anda juga terpaksa menghadapi halangan-halangan berikut:



Halangan seorang muflis
·     Anda tidak boleh memegang jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam. 
·  Seorang pegawai pemegang harta akan dikhaskan untuk mengawasi harta benda dan memantau tindak tanduk anda dalam menyelenggarakan harta untuk melangsaikan hutang.
· Adalah menjadi satu kesalahan jika anda memohon kredit secara berseorangan ataupun bersama individu lain.
· Sebarang kenaikan pangkat atau pelantikan ke pengurusan syarikat harus mendapat kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta.
·     Perjalanan anda mungkin dihadkan dan pasport anda juga mungkin ditahan. Tetapi, anda boleh memohon pasport dengan mendapat kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta.
·   Anda hanya boleh membuka akaun bank dengan kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta dan akaun berkenaan hanya boleh digunakan untuk tujuan kemasukan gaji.
· Mahkamah berhak mengarahkan anda menyerahkan lebihan pendapatan kepada Pegawai Pemegang Harta jika jumlahnya melebihi keperluan

Melihatkan kepada peraturan-peraturan yang dikenakan, mengisytiharkan diri sebagai muflis bukanlah suatu langkah yang bijak. Namun begitu, jika tiada jalan lain, maka muflis adalah jawapan kepada bebanan hutang anda. Tetapi harus diingat! Anda berpeluang membebaskan diri daripada gelaran muflis jika anda mematuhi perkara-perkara berikut:



Bagaimana melepaskan diri daripada muflis?

Jika anda sudah membayar semua hutang yang ada, maka anda boleh memohon untuk membatalkan “Receiving and Adjudication Order” untuk membebaskan diri anda daripada muflis. Bagaimanapun, Akta Muflis 1967 sudah dirombak untuk memberi kelonggaran kepada individu menikmati peluang memulakan kehidupan baru. Antara yang berpeluang untuk menikmati pelepasan berkenaan adalah mereka yang muflis kerana menjamin pinjaman, si muflis yang menderita sakit, lanjut usia dan tidak mempunyai pekerjaan. 

Pegawai Pemegang Harta, bagaimanapun, akan menilai kelayakan anda untuk mendapatkan pelepasan itu. Antara perkara yang akan dipertimbangkan ialah tingkah laku anda sebelum dan selepas diisytiharkan muflis, sebab anda diisytiharkan muflis, kedudukan kewangan anda dan kemampuan anda membayar hutang. Sebagai contoh, jika anda membuat bayaran berterusan setiap bulan kepada Pegawai Pemegang Harta dan memberikan kerjasama sebaiknya sepanjang tempoh muflis, maka anda boleh memohon kepada Pegawai Pemegang Harta untuk mendapatkan pelepasan berkenaan. Pelepasan hanya sah selepas anda menerima “Sijil Pelepasan Pegawai Pemegang Harta”. Bagaimanapun, pelepasan hanya boleh dimohon lima tahun dari tarikh anda diisytiharkan muflis. 

Adakah anda muflis?

Untuk mengetahui sama ada seseorang individu sudah diisytiharkan muflis, anda boleh berkunjung ke Jabatan Pemegang Harta bagi mendapatkan borang pencarian yang berharga RM 1. Selepas itu, borang berkenaan akan diserahkan kepada ibu pejabat di Kuala Lumpur di mana pencarian maklumat akan dilakukan. Keputusan pencarian kemudiannya akan dikirim ke alamat yang anda berikan di dalam borang. Segala maklumat boleh didapati hanya dengan bayaran RM 5. 

Mempertimbangkan segala halangan yang perlu dilalui dan tempoh masa yang panjang, anda seharusnya menilai sewajarnya keputusan untuk mengisytiharkan diri sebagai muflis. Ia mungkin melepaskan anda daripada bebanan hutang, namun kebebasan anda sebagai individu juga akan terhalang. Untuk mengelakkan diri daripada diisytiharkan muflis, anda bertanggungjawab mengawal kedudukan kewangan dan memantau setiap perbelanjaan yang dilakukan.
----------------------------------------------------------------------

Dapatkan Ebook Super WAHM Super Mom dengan harga RM25 sahaja


Ebook Super Wahm Super Mom


PM saya untuk pesanan.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment