='description'/>

Tuesday, 31 December 2013

Pembahagian harta dengan Wasiat


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Mungkin ramai mengganggap jika berlalu sesuatu kematian, harta akan diagihkan terus oleh pentadbir yang telah dilantik oleh simati. Oleh itu banyaklah berlaku kisah-kisah perebutan harta yang berlaku dalam keluarga walaupun pemilik harta masih hidup. Daripada yang kita tonton dalam drama hingga ke dunia realiti kita banyak diperlihatkan dengan kisah-kisah yang tragis ini. 

Oleh itu kita perlu sedar bahawa kepentingan untuk menulis wasiat bukan semata-mata untuk mengagihkan harta tetapi yang paling utama ialah melantik Wasi atau 'Pentadbir' (orang yang diamanahkan untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka), selepas kematian seseorang. Pewasiat bebas melantik sesiapa menjadi Wasi samaada individu berkenaan di kalangan waris ataupun sahabat handai. Syarikat amanah seperti Amanah Raya Berhad dan As-Salihin Trustee Berhad juga boleh dilantik sebagai Wasi. 

Sistem perundangan di Malaysia dalam pentadbiran harta pusaka juga memperakui Wasi yang dilantik secara jelas, bertulis dan bersaksi. Bagi yang kurang maklumat, mereka berpendapat Wasi inilah yang akan menguasai harta yang ditinggalkan. Sebenarnya tanggungjawab Wasi ini besar kerana sebelum pembahagian harta dibuat terdapat lima peringkat pembahagian dilakukan.

Bagi orang Islam, ada lima peringkat dalam pengurusan harta pusaka iaitu:

1) Menyelesaikan urusan jenazah dan pengebumian 
Wasi perlu memastikan urusan jenazah dan pengebumian diuruskan dengan sempurna. Sempurna dalam erti kata jika tiada bantuan kewangan lain, harta si mati akan digunakan untuk urusan tersebut.

2) Menyelesaikan hutang-hutang dunia dan akhirat
Wasi perlu menjelaskan hutang-hutang yang belum diselesaikan. Contoh hutang didunia, hutang dengan orang lain, hutang belian barang-barang dan sebagainya. Hutang Akhirat pula seperti perlu membuat bayaran fidyah untuk puasa-puasa yang ditinggalkan, bayaran zakat yang tertunda dan jika belum menunaikan haji, perlu dibuat upah haji untuk simati.

3) Menyelesaikan harta sepencarian atau hibah
Wasi perlu menguruskan harta sepencarian atau hibah yang dibuat oleh simati jika ada

4) Menyelesaikan Wasiat
Menguruskan wasiat simati seperti dalam surat wasiat. Namun wasiat ini hanya akan terlaksana jika wasiat yang ditulis di persetujui oleh semua waris.

5) Mengagihkan harta pusaka kepada waris mengikut hukum Faraid
Akhir sekali harta pusaka akan dibahagikan mengikut ketetapan dalam hukum Faraid.


Menulis Wasiat adalah menjadi keutamaan bagi individu yang mempunyai hutang, simpanan dan suami atau isteri dan anak-anak. Alasan paling mudah untuk menulis wasiat apabila anda mula menabung untuk persaraan atau pendidikan anak-anak, atau seawal anda membeli rumah dengan pinjaman daripada institusi kewangan! Tidak perlu tunggu hingga jadi jutawan baru nak merancang harta pusaka.

__________________________________________

Dapatkan 2 Ebook 'Panduan Asas Bisnes Online' dan '101 Idea Home-Based Bisnes' ini dengan harga promosi RM80 sahaja. Promosi dibuka sehingga 30 Januari 2014.




Mohon isi Borang tempahan untuk pembelian.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Monday, 30 December 2013

Kisah motivasi: Katak yang pekak

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah.. mungkin ada yang pernah terbaca kisah ini. Kisah ini mengenai sekumpulan katak yang membuat perlumbaan siapa yang bejaya memanjat menara yang sangat tinggi. Ketika beberapa katak yang mengambil bahagian memanjat, ada sekumpulan katak lagi bersorak untuk memberi semangat kepada katak-katak yang mengambil bahagian. 

Semasa bermulanya perlumbaan tiada siapa yang yakin katak-katak yang berlumba itu akan sampai ke puncak menara. Ada suara-suara yang menjerit, menyatakan tidak mungkin katak-katak itu akan berjaya dengan memberi pelbagai alasan. 

"Perlumbaan ini sangat sukar!"
"Mereka tidak akan berjaya!"
"Tiada siapa yang akan berjaya kerana menara ini sangat tinggi!"

Selepas mendengar jeritan-jeritan itu, satu persatu katak yang berlumba jatuh dari pendakian masing. Katak yang bersorak di bawah terus-terusan menjerit.

"Susahnya! Tiada siapa akan berjaya sampai ke puncak!" 

Mendengar jeritan-jeritan itu lagi banyak katak yang terkandas dan terus jatuh dari terus mendaki.

Tetapi ada seekor katak yang terus memanjat menara tersebut dan akhirnya hanya katak itu sahaja yang berjaya sampai ke puncak menara. Katak-katak lain di bawah merasa hairan bagaimana katak tersebut berjaya. Apabila diselidiki dimaklumkan bahawa katak yang menang dalam pertandingan tersebut adalah seekor katak yang pekak.

Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini ialah jangan mendengar kata-kata orang yang negatif atau pesimis. Apabila kita terpengaruh dengan kata-kata negatif ini, seolah-olah dia meragut impian dan cita-cita kita. Kita perlu positif dan sesekali perlu memekakkan telinga dari mendengar kata-kata yang tidak memberi manfaat untuk mencapai impian dan matlamat sendiri. Jika kita mempunyai kawan-kawan yang berimpian, jadilah pembakar semangat kepada mereka untuk berjaya. Semoga Allah memberi kejayaan untuk kita semua. Aamiin.

Semoga bermanfaat!
____________________________________________________


Akademi Bekerja dari Rumah
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sertai kami dengan mengambil salah satu pakej kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Pendaftaran dibuka setiap hari.Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Sunday, 29 December 2013

Jenis-jenis Risiko

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google





Risiko boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Risiko Sistematik (Sytematic Risk) dan Risiko tidak sistematik (Unsystematic Risk)



1.   Risiko Sistematik (Systematic Risk)

Risiko ini berlaku kesan dari sudut makroekonomi kepada keseluruhan sektor ekonomi. Contohnya Risiko kadar faedah, Risiko pasaran, Risiko Inflasi dan lain-lain. Risiko jenis ini sukar dikawal atau dikurangkan. Jika keseluruhan pasaran naik, harga semua saham akan naik. Begitu juga sebaliknya, bila keseluruhan pasaran turun, harga saham juga turun.  


Risiko kadar faedah – perubahan dalam kadara faedah member kesan kepada pulangan dalam pelbagai sekuriti. Ia memberi kesan langsung kepada bon berbanding saham biasa. Oleh itu pemegang saham menghadapi risiko yang lebih besar apabila berlaku perubahan dalam kadar faedah.

Risiko pasaran – semua sekuriti terdedah dengan risiko ini. Ia termasuk apabila berlaku kemelesetan ekonomi, perang, perubahan dalam struktur ekonomi serta perubahan dalam citarasa pengguna

Risiko Inflasi – Inflasi akan mengurangkan nilai wang sebenar di pasaran. Oleh itu apabila inflasi meningkat, jumlah portfolio akan berkurangan.

2. Risiko tidak sistematik (Unsystematic Risk)
Risiko ini tidak berkait dengan pasaran kerana ia lebih bersifat mikroekonomi. Risiko ini unik mengikut sekuriti tertentu dan ia berkait dengan dengan beberapa faktor. Contoh Risiko tidak sistematik seperti Risiko perniagaan, risiko kewangan dan risiko negara. Risiko jenis ini boleh dikawal dan dikurangkan melalui konsep kepelbagaian seperti yang dipraktikkan dalam pelaburan unit amanah.

Risiko Negara – perubahan dalam polisi pelaburan asing, kestabilan politik dan sosial, kadar tukaran wang asing

Risiko operasi - meliputi kemungkinan terjadinya kepincangan dalam kawalan dalaman dan tadbir urus sesebuah syarikat sehingga menyebabkan kerugian kewangan.

Risiko Kewangan – ini berkait dengan pembiayaan hutang oleh syarikat.

____________________________________________________


'Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting'

Dapatkan Ebook  Super Wahm, Super Mom dengan harga RM25 sahaja!




Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Saturday, 28 December 2013

Hari pertama ke sekolah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Bismillah.. Hari ini adalah hari pendaftaran dan  hari orientasi pelajar Tahun 1 sekolah Aqil. Sejak awal pagi lagi dia begitu teruja untuk berjumpa kawan-kawan lama dan beberapa kawan baru yang ditemuinya sewaktu berlangsungnya Ujian pengesanan untuk tahun 1 pada hari Selasa yang lalu. Alhamdulillah Aqil berjaya mendapat kelas 1 Utarid iaitu antara 5 kelas untuk tahun satu. 

Hari ini murid-murid mula ditempatkan mengikut kelas yang ditetapkan. Dari riak wajah nampak dia gembira bila berada di kelas. Moga kekal gembira bila bermulanya persekolahan minggu depan. Pendaftaran pelajar, bayaran yuran dan pembahagian buku-buku teks telah mula diuruskan oleh guru darjah bersama ibubapa. Urusan dilakukan awal supaya tidak mengganggu proses pembelajaran yang akan bermula 2 Januari nanti. 

Sessi persekolahan hari ini tamat pada pukul 10.30 pagi. Selamat menempuh alam persekolahan yang baru Muhammad Aqil! Semoga gembira di sekolah baru bersama cikgu-cikgu dan rakan-rakan baru!


--------------------------------------------------------

Jangan lepaskan peluang ini!


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Friday, 27 December 2013

Kenali apa itu Bon atau Bonds (Bahagian 2)

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Faktor-faktor yang mempengaruhi harga bon.


Kadar Faedah 
Bon mudah dipengaruhi turun naik kadar faedah. Jika kadar faedah naik ke paras lebih tinggi berbanding kadar kupon bon, maka harga bon akan turun ke paras lebih rendah berbanding nilai pokoknya.

Inflasi 
Dalam keadaan ekonomi berkembang pesat, inflasi lazimnya turut naik. Kenaikan ini lambat laun akan menyebabkan kenaikan kadar faedah dan menyebabkan nilai bon jatuh.

Tempoh Matang 
Berikutan bon adalah instrumen yang mudah dipengaruhi turun naik inflasi, bon jangka panjang selalunya berdepan ketidakpastian lebih ketara berbanding bon jangka pendek.

Kualiti Kredit 
Sudah menjadi lumrah bahawa hutang perlu dibayar. Oleh itu kredibiliti dan kualiti kredit penerbit bon adalah penting dalam menentukan harga bon kerana ia dapat membantu pelabur membuat keputusan berkaitan pembelian bon.

Pulangan daripada bon korporat selalunya lebih tinggi berbanding bon kerajaan disebabkan risikonya yang lebih tinggi.

Kenapa melabur dalam bon? 

1.Pelaburan bon menawarkan alternatif kepada pelabur dalam mempelbagaikan portfolio pelaburan kerana bon membabitkan risiko rendah berbanding saham.

2.Bon menawarkan pulangan dalam bentuk faedah tetap secara berkala dan pembayaran balik jumlah pokok apabila sampai tarikh matangnya, ia adalah instrumen sesuai jika matlamat pelaburan ialah mengekalkan wang pokok dan mendapatkan pulangan konsisten.

3. Bon yang boleh dipertimbangkan merangkumi bon jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

Namun, dalam membuat pilihan, anda perlu memahami faktor yang mempengaruhi harga bon yang mahu dibeli. Bagaimanapun pembabitan pelabur runcit dalam bon lazimnya terhad kepada pelaburan dalam dana bon yang ditawarkan melalui unit amanah.

- Dana bon adalah kombinasi beberapa jenis bon berbeza, maka risikonya adalah lebih rendah berbanding pelaburan dalam satu bon saja.

- Anda juga perlu mendapatkan maklumat secukupnya syarikat pengurusan dana terbabit seperti rekod prestasi dan pengalaman mereka.

- Memastikan pendekatan pelaburan mereka bersesuaian dengan profil risiko dan matlamat pelaburan anda.

____________________________________________________

Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Thursday, 26 December 2013

Nostalgia di Acheh

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Bismillah.. Hari ini genap sembilan tahun tragedi Tsunami. Bila mengimbas kembali pengalaman itu saya jadi rasa sayu dan hiba. Ketika itu saya bekerja dengan sebuah NGO yang telibat secara langsung dalam aktiviti bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami. 

Tugas saya ketika itu tertumpu di pejabat sahaja memandangkan ia bermulanya fasa kecemasan (Emergency Phase). Oleh itu beberapa misi kemanusiaan dihantar ke tempat-tempat bencana hanya akan disertai oleh beberapa pakar dalam fasa ini antaranya doktor, jururawat, paramedik dan beberapa orang yang bertugas untuk logistik. Sebagai staf biasa kami hanya memberi sokongan dalam bentuk menyediakan keperluan yang diperlukan di kawasan bencana. 

Secara jujur banyak yang saya belajar dalam tragedi ini, suatu kejadian yang sangat menginsafkan dan membuka mata saya dalam banyak perkara. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit beberapa foto yang masih saya simpan ketika menziarahi salah satu kawasan yang terjejas teruk akibat Tsunami iaitu Aceh.  

Setahun selepas tragedi Tsunami saya di beri peluang oleh pihak pengurusan untuk menyertai misi kemanusiaan ke Aceh iaitu antara kawasan yang paling terjejas teruk akibat Tsunami. Kebetulan ketika itu ada majlis penyerahan beberapa projek yang kami jalankan untuk mangsa-mangsa Tsunami hasil daripada sumbangan yang telah diterima oleh orang ramai. Antaranya rumah, sekolah, bantuan biasiswa kepada pelajar, rumah anak yatim dan kolej kejururawatan. 

Maaf jika tiada catatan panjang dalam entri ini. Moga perkongsian beberapa foto di bawah memberi sedikit iktibar kepada kita semua. Doakan saya diberi kekuatan untuk menulis lagi kisah ini di dalam entri seterusnya. In shaa Allah..


Antara penempatan rakyat Aceh yang terjejas.




Bot yang tersadai di kawasan penempatan akibat dibawa arus Tsunami

 Antara masjid yang selamat dari kemusnahan akibat Tsunami



 Kapal yang telah dibawa ombak ke daratan





____________________________________________________
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday, 25 December 2013

Panduan Membaca Prospektus

Teks: Suhaila Rahim

Foto: Carian Google





Ini adalah elemen-elemen penting yang harus diperhatikan semasa membaca prospektus:

Objektif pelaburan

Sesetengah dana bertujuan memberikan pendapatan yang berterusan, sementara ada dana yang lebih tertumpu kepada pertumbuhan modal jangka panjang atau kedua-duanya sekali. Adalah perlu diingatkan bahawa unit amanah ialah pelaburan jangka panjang, jadi pertimbangkanlah perkara ini semasa mengenal pasti objektif pelaburan dana yang boleh membantu mencapai objektif pelaburan anda.

Strategi pelaburan

Maklumat mengenai strategi pelaburan akan memberitahu anda tentang cara pengurus dana mahu mencapai objektif yang ditetapkan, pendekatan yang akan digunapakai serta bagaimana peruntukan aset akan dibuat iaitu dari segi pendedahan kepada instrumen pelaburan serta pemilihan sektornya. Sebagai contoh, dana unit amanah yang ditawarkan Syarikat A mungkin melabur dalam ekuiti dan pasaran hadapan manakala Syarikat B mungkin melabur dalam bon korporat, instrumen pasaran wang dan deposit. Dengan membaca prospektus, anda boleh menentukan strategi pelaburan yang paling sesuai dengan objektif pelaburan yang ditetapkan.  


Faktor risiko
Ambil perhatian terhadap risiko yang mungkin ditanggung dan bandingkannya dengan kadar toleransi risiko anda sendiri. Antara faktor yang mungkin mempengaruhi kadar toleransi risiko anda termasuklah:

  • Berapa lama tempoh yang boleh diperuntukkan sebelum anda ingin menggunakan wang daripada pelaburan tersebut
  • Sama ada anda sanggup dan mampu menghadapi turun naik pelaburan dalam jangka masa panjang
  • Pengalaman pelaburan anda pada masa lalu
  • Jangkaan anda terhadap unit amanah tersebut
Risiko yang biasanya dihadapi oleh pelabur unit amanah ialah risiko pasaran, risiko kadar faedah, risiko kecairan dan risiko kredit. Sebagai contoh, prestasi dana yang mempunyai pelaburan dalam pasaran baru muncul (emerging markets) boleh dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan politik pasaran tersebut. Di samping itu, perubahan dalam kadar tukaran wang asing akan turut memberi kesan kepada pulangan dana itu.

Profil pelabur
Kebanyakan prospektus akan menerangkan mengenai profil pelabur iaitu jenis pelabur bagaimanakah yang sesuai melabur dalam dana tersebut. Ia hanya berfungsi sebagai panduan dan anda sendiri perlu menentukan pilihan anda sendiri.

Prestasi kewangan
Prestasi kewangan sesuatu dana boleh dijadikan sebagai petunjuk berguna tentang cara dana itu diuruskan, terutamanya jika ianya sudah lama berada di pasaran. Jika dana itu pernah berjaya mengharungi keadaan ekonomi atau pasaran yang sukar, anda tentunya akan berasa lebih yakin dengan prestasinya di masa depan. Anda juga boleh membandingkan prestasi dana tertentu dengan dana yang lain serta penanda aras prestasinya. Walaupun begitu dingatkan rekod prestasi yang lalu tidak menjamin keuntungan dana pada masa hadapan.

Yuran dan caj yang bakal dikenakan
Memandangkan semua unit amanah diuruskan secara profesional oleh pengurus dana, anda perlu membayar pelbagai yuran dan caj. Sebagai seorang pelabur, antara yuran dan caj yang mungkin dikenakan termasuklah:

Yuran
Ambil perhatian terhadap caj jualan atau caj-caj lain yang perlu dibayar kepada pengurus dana. Caj ini dikenali sebagai caj muka (front end) atau caj belakang (back end). Dana yang berbeza mempunyai caj yang berlainan. Caj bagi dana unit amanah boleh dibayar sebagai:
    1. Caj muka iaitu komisen atau caj jualan yang dikenakan semasa pembelian unit dalam dana unit amanah
    2. Caj belakang iaitu caj jualan yang harus dibayar semasa menjual kembali unit dalam dana unit amanah.
Yuran pembelian/penebusan semula
Seorang pelabur mungkin dikenakan yuran keluar semasa membeli/menebus semula pelaburannya. Sebagai contoh, yuran keluar akan dikenakan jika pelabur menebus semula pelaburan dalam dana bon sebelum tarikh matang.

Yuran pertukaran
Jika anda mahu menukar pelaburan (contohnya bertukar daripada dana ekuiti ke dana amanah pasaran wang), anda mungkin dikenakan yuran pertukaran. Kebanyakan dana unit amanah membenarkan anda membuat tukaran dana (sama ada sebahagian atau penuh), asalkan anda membayar yuran pertukaran yang ditetapkan. Biasanya, dana itu akan menetapkan baki minimum pelaburan sebelum membenarkan anda membuat pertukaran. Ini untuk mengelakkan pemegang dana unit amanah daripada menukar pelaburan mereka dengan sewenang-wenangnya.

Yuran pengurusan
Ini merupakan bayaran kepada syarikat pengurusan bagi mentadbir dan menguruskan dana dan dicajkan secara langsung kepada dana. Jumlah ini berbeza-beza dan bergantung kepada stail pengurusan dana, misalannya aktif atau pasif.

Yuran lain yang berkaitan
Antara yuran lain yang mempunyai kaitan langsung dengan dana unit amanah termasuk yuran penjaga/pemegang amanah sebagai kustodian kepada aset dana, yuran guaman, yuran perakaunan, yuran audit dan cukai.

Prospektus dana unit amanah akan menunjukkan segala yuran yang perlu dibayar, jadi pastikan anda membacanya secara mendalam. Sentiasa peka terhadap yuran yang dikenakan kepada pelabur dan apa pula yuran yang dicajkan kepada dana. Anda kemudiannya bolehlah membuat perbandingan menyeluruh antara struktur kos dana unit amanah yang berlainan sebelum membuat keputusan pelaburan.

Kesimpulan
Pelabur yang sudah arif dengan dunia pelaburan juga kadang-kadang menganggap pembacaan prospektus sebagai suatu yang tidak penting dan hanya membacanya sambil lewa. Pembacaan teliti sebuah prospektus akan mendedahkan maklumat penting yang amat perlu diketahui seperti objektif pelaburan, profil risiko, halangan, strategi pelaburan dan banyak lagi. Meluangkan sedikit masa anda untuk mengamati maklumat tersebut pastinya berbaloi. Ia akan mencegah anda daripada membuat keputusan pelaburan yang mungkin dikesali di kemudian hari. Pelabur yang baik akan turut sentiasa meningkatkan keupayaan mereka dengan sentiasa mencari ilmu pengetahuan berkaitan pelaburan, dan ianya bermula dengan membaca prospektus.
___________________________________________________

Akademi Bekerja dari Rumah
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sertai kami dengan mengambil salah satu pakej kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelasa asas blog dan fan pge
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho


Pendaftaran dibuka setiap hari.Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Tuesday, 24 December 2013

Resepi tepung pisang goreng rangup


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat
½ sudu baking powder
½ sudu serbuk kunyit
1 biji telur 
2 sudu besar margerin
Sedikit garam dan air untuk bancuhan

Cara-caranya:
  1. Cairkan margerin
  2. Masukkan semua bahan kecuali margerin dan gaul sehingga sebati
  3. Bila sudah pekat masukkan margerin cair


Selamat mencuba!

___________________________________________________

Dapatkan 2 Ebook 'Panduan Asas Bisnes Online' dan '101 Idea Home-Based Bisnes' ini dengan harga promosi RM80 sahaja. Promosi dibuka sehingga 30 Januari 2014.




Mohon isi Borang tempahan untuk pembelian.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim