='description'/>

Saturday, 21 December 2013

Prospektus Unit Amanah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Apa itu prospektus?

Prospektus ialah dokumen yang paling penting untuk anda perolehi sebelum melaburkan wang dalam dana unit amanah. Ia berfungsi sebagai suatu panduan supaya anda boleh mengetahui apa yang bakal diperolehi daripada sesebuah dana. Prospektus biasanya mengandungi maklumat penting seperti objektif dan strategi pelaburan, risiko yang bakal dihadapi, prestasi kewangan, yuran atau caj yang perlu ditanggung dan lain-lain.

Kepentingan membaca prospektus
Sebagai pelabur, satu perkara asas yang perlu dilakukan untuk memperolehi maklumat berkenaan sesebuah dana ialah dengan membaca prospektus. Setelah membaca prospektus, anda sebagai bakal pelabur akan dapat memilih dana yang bersesuaian dengan objektif pelaburan dan toleransi risiko serta membuat keputusan pelaburan yang berasaskan maklumat. Di samping itu, anda juga dapat mengetahui hak-hak sebagai pelabur serta memahami maklumat penting mengenai seseuatu dana. Prospektus adalah dokumen yang mesti dibaca dan anda tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada risalah, iklan atau seminar, apatah lagi kepada khabar angin yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Di mana boleh saya dapatkan prospektus?
Anda boleh bermula dengan mencari pengagih (distributor) dana unit amanah. Menurut laman web Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), terdapat empat jenis pengagih dana unit amanah iaitu:

i. Penasihat Unit Amanah Institusi (IUTA) – Institusi, organisasi atau syarikat yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia bagi tujuan menjalankan urusniaga sekuriti terhad kepada unit amanah dan juga berdaftar dengan FIMM bagi tujuan memasar dan mengagih dana unit amanah.

ii. Syarikat Pengurusan Unit Amanah (UTMC) – syarikat yang dibenarkan untuk menerbitkan  atau menjual unit-unit bagi Skim Unit Amanah, selaras dengan Akta  Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

iii. Penasihat Unit Amanah Korporat (CUTA) – Institusi, organisasi atau syarikat yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia bagi tujuan menjalankan aktiviti terkawal berkaitan perancangan kewangan dan urusniaga sekuriti terhad kepada unit amanah dan juga berdaftar dengan FIMM bagi tujuan memasar dan mengagih dana unit amanah.

iv. Perunding Unit Amanah (UTC)– sebarang individu yang telah berdaftar dengan FIMM bagi tujuan memasar dan mengagih dana unit amanah.

Selain itu, kebanyakan dana unit amanah juga menyediakan salinan digital prospektus di laman web mereka. Secara amnya, maklumat yang terkandung dalam prospektus sah selama setahun. Oleh itu, sentiasa dapatkan prospektus dana unit amanah yang terbaru bagi mendapat maklumat terkini dan semasa.

_________________________________________________________________

Akademi Bekerja Di Rumah buka tawaran ini kepada kalian yang benar-benar memerlukan.


Kelas akaun percuma bagi pendaftaran kelas bisnes RM300 intake Januari 2014.

1. Percuma slot kelas akaun (bernilai RM150), percuma sahaja
Tarikh: 6.1.2014

Masa:
slot 1: 9.30-11.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)

Slot 2:
2.30- 4.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)
Tenaga pengajar bertauliah

Boleh pilih mana-mana slot yang sesuai.

Bonus 1: Kelas asas blog dan bisnes
Bonus 2: Pendaftaran Rakan Niaga/Pengurus Online
Bonus 3: 4 Ebook

Dibuka 10 pendaftaran sahaja.

Percuma: Bulan Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil/ Wahm Soho
Modul: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment