='description'/>

Tuesday, 17 December 2013

Persediaan awal untuk pembiayaan kesihatan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Menurut laporan Kos perubatan negara dijangka meningkat 10 peratus setiap tahun berikutan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) dan ekoran kurangnya kesedaran rakyat berhubung gaya hidup sihat. Apakah tindakan kita menghadapi situasi ini? Peningkatan bukan sahaja melibatkan hospital swasta semata-mata tetapi meliputi juga hospital kerajaan. Tetapi kebiasaanya rawatan di hospital kerajaan yang mendapat subsidi daripada pemerintah sudah tentu lebih murah.  Apa yang pasti rawatan penyakit samada di hospital kerajaan atau swasta semuanya memerlukan duit disebabkan kos rawatan yang meningkat dari masa ke semasa.


Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Di antaranya ialah mencari rawatan ketika sakit. Nabi Muhammad SAW dalam beberapa hadisnya mengingatkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya.

Di antaranya “Tiada penyakit yang Allah telah ciptakan, kecuali yang Dia telah menciptakan rawatannya”, (Sahih Bukhari). “Gunalah rawatan perubatan, kerana Allah tidak menyebabkan suatu penyakit tanpa melantikkan suatu ubat untuknya, dengan pengecualian satu penyakit, iaitu keuzuran”, (Abu Daud).

Nabi SAW sendiri berubat untuk dirinya dan menyuruh keluarga dan sahabatnya yang dihinggapi penyakit supaya berubat. Dengan itu mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan.

Sebagai persediaan, sebaik-baiknya kita perlu menyertai sekurang-kurangnya satu polisi perlindungan kesihatan.  Ini merupakan salah satu aspek pengurusan risiko terbaik kepada masyarakat dalam menghadapi dilema kos rawatan mahal.  Apabila mereka terkena penyakit yang memerlukan rawatan tinggi, maka duit sumbangan dana risiko yang terkumpul dalam tabung pengurusan risiko akan digunakan untuk membiayai kos rawatan tersebut.
Apa akan terjadi tanpa penyelesaian kesihatan?


1. Bayaran bil perubatan yang besar kerana perlu menampung kos perubatan dan rawatan 

2. Berhadapan dengan risiko kenaikan kos perubatan

3. Menambahkan beban terhadap keluarga dan diri sendiri

4. Menjejaskan kerja dan pendapatan akibat penyakit kritikal

________________________________________________________

Sehingga kini Akademi Bekerja Di Rumah telah mempunyai 330 blog dengan 13 guru online dedikasi bertugas, masih menerima pendaftaran masuk dibuka setiap hari. Jika anda ingin menjadi salah seorang ahli Akademi Bekerja Di Rumah, sertai kami dengan mengambil salah satu pakej kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelasa asas blog dan fan pge
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho


Pendaftaran dibuka setiap hari.
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim



No comments:

Post a Comment