='description'/>

Monday, 9 December 2013

Pembiayaan pendidikan anak-anak: Sudahkah kita bersedia?

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Bagi ibu bapa yang sentiasa berfikir jauh ke depan, mereka pastinya mengambil berat soal pembiayaan pendidikan tinggi untuk anak-anak. Isu ini lebih menjadi perhatian apabila melihat perubahan yang berlaku dalam kehidupan sekarang. Boleh dikatakan, setiap perkara memerlukan wang dan bermacam-macam kos dalam kehidupan harian kian meningkat sedangkan bantuan atau subsidi makin berkurangan.

Tiga situasi tentang persediaan kita untuk pendidikan anak-anak yang perlu difikirkan..
Situasi 1: They are ready and you are ready
Situasi 2: They are not ready but you are 
Situasi 3: They are ready but you are NOT!

Jika berada di situasi 1, anda adalah ibubapa yang hebat kerana di kala anak anda telah bersedia untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan anda sudah menyediakan simpanan untuk menampung kos pendidikannya. 
Jika berada di situasi 2, anda ibubapa yang lagi hebat kerana sudah bersedia dengan kos tersebut hasil dari perancangan kewangan sejak dari awal lagi.
Bagaimana jika berada di situasi 3? Apa perasaan anda bila anak telah layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, kita pula tidak bersedia menyediakan sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung kos pengajian itu.

Sebagai ibubapa kita akan cuba memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. Oleh itu kita perlu merancang dari awal bagaimana untuk  untuk mencukupi keperluan itu. Didalam dunia yang semakin mencabar ini, institusi keluarga tidak dapat lari dari ketidaktentuan yang dipengaruhi oleh faktor sekeliling. Kita tidak boleh bergantung dengan bantuan kewangan dari kerajaan semata-mata kerana kita tidak pasti dengan polisi dan perancangan mereka pada masa depan. Adalah lebih baik jika kita bersedia sekarang. Sekurang-kurangnya dengan kemampuan kita untuk membiayai sendiri kos pendidikan anak, akan memberi peluang kepada mereka layak tetapi kurang kemampuan.  



No comments:

Post a Comment