='description'/>

Tuesday, 31 December 2013

Pembahagian harta dengan Wasiat


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Mungkin ramai mengganggap jika berlalu sesuatu kematian, harta akan diagihkan terus oleh pentadbir yang telah dilantik oleh simati. Oleh itu banyaklah berlaku kisah-kisah perebutan harta yang berlaku dalam keluarga walaupun pemilik harta masih hidup. Daripada yang kita tonton dalam drama hingga ke dunia realiti kita banyak diperlihatkan dengan kisah-kisah yang tragis ini. 

Oleh itu kita perlu sedar bahawa kepentingan untuk menulis wasiat bukan semata-mata untuk mengagihkan harta tetapi yang paling utama ialah melantik Wasi atau 'Pentadbir' (orang yang diamanahkan untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka), selepas kematian seseorang. Pewasiat bebas melantik sesiapa menjadi Wasi samaada individu berkenaan di kalangan waris ataupun sahabat handai. Syarikat amanah seperti Amanah Raya Berhad dan As-Salihin Trustee Berhad juga boleh dilantik sebagai Wasi. 

Sistem perundangan di Malaysia dalam pentadbiran harta pusaka juga memperakui Wasi yang dilantik secara jelas, bertulis dan bersaksi. Bagi yang kurang maklumat, mereka berpendapat Wasi inilah yang akan menguasai harta yang ditinggalkan. Sebenarnya tanggungjawab Wasi ini besar kerana sebelum pembahagian harta dibuat terdapat lima peringkat pembahagian dilakukan.

Bagi orang Islam, ada lima peringkat dalam pengurusan harta pusaka iaitu:

1) Menyelesaikan urusan jenazah dan pengebumian 
Wasi perlu memastikan urusan jenazah dan pengebumian diuruskan dengan sempurna. Sempurna dalam erti kata jika tiada bantuan kewangan lain, harta si mati akan digunakan untuk urusan tersebut.

2) Menyelesaikan hutang-hutang dunia dan akhirat
Wasi perlu menjelaskan hutang-hutang yang belum diselesaikan. Contoh hutang didunia, hutang dengan orang lain, hutang belian barang-barang dan sebagainya. Hutang Akhirat pula seperti perlu membuat bayaran fidyah untuk puasa-puasa yang ditinggalkan, bayaran zakat yang tertunda dan jika belum menunaikan haji, perlu dibuat upah haji untuk simati.

3) Menyelesaikan harta sepencarian atau hibah
Wasi perlu menguruskan harta sepencarian atau hibah yang dibuat oleh simati jika ada

4) Menyelesaikan Wasiat
Menguruskan wasiat simati seperti dalam surat wasiat. Namun wasiat ini hanya akan terlaksana jika wasiat yang ditulis di persetujui oleh semua waris.

5) Mengagihkan harta pusaka kepada waris mengikut hukum Faraid
Akhir sekali harta pusaka akan dibahagikan mengikut ketetapan dalam hukum Faraid.


Menulis Wasiat adalah menjadi keutamaan bagi individu yang mempunyai hutang, simpanan dan suami atau isteri dan anak-anak. Alasan paling mudah untuk menulis wasiat apabila anda mula menabung untuk persaraan atau pendidikan anak-anak, atau seawal anda membeli rumah dengan pinjaman daripada institusi kewangan! Tidak perlu tunggu hingga jadi jutawan baru nak merancang harta pusaka.

__________________________________________

Dapatkan 2 Ebook 'Panduan Asas Bisnes Online' dan '101 Idea Home-Based Bisnes' ini dengan harga promosi RM80 sahaja. Promosi dibuka sehingga 30 Januari 2014.




Mohon isi Borang tempahan untuk pembelian.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment