='description'/>

Wednesday, 25 December 2013

Panduan Membaca Prospektus

Teks: Suhaila Rahim

Foto: Carian Google





Ini adalah elemen-elemen penting yang harus diperhatikan semasa membaca prospektus:

Objektif pelaburan

Sesetengah dana bertujuan memberikan pendapatan yang berterusan, sementara ada dana yang lebih tertumpu kepada pertumbuhan modal jangka panjang atau kedua-duanya sekali. Adalah perlu diingatkan bahawa unit amanah ialah pelaburan jangka panjang, jadi pertimbangkanlah perkara ini semasa mengenal pasti objektif pelaburan dana yang boleh membantu mencapai objektif pelaburan anda.

Strategi pelaburan

Maklumat mengenai strategi pelaburan akan memberitahu anda tentang cara pengurus dana mahu mencapai objektif yang ditetapkan, pendekatan yang akan digunapakai serta bagaimana peruntukan aset akan dibuat iaitu dari segi pendedahan kepada instrumen pelaburan serta pemilihan sektornya. Sebagai contoh, dana unit amanah yang ditawarkan Syarikat A mungkin melabur dalam ekuiti dan pasaran hadapan manakala Syarikat B mungkin melabur dalam bon korporat, instrumen pasaran wang dan deposit. Dengan membaca prospektus, anda boleh menentukan strategi pelaburan yang paling sesuai dengan objektif pelaburan yang ditetapkan.  


Faktor risiko
Ambil perhatian terhadap risiko yang mungkin ditanggung dan bandingkannya dengan kadar toleransi risiko anda sendiri. Antara faktor yang mungkin mempengaruhi kadar toleransi risiko anda termasuklah:

  • Berapa lama tempoh yang boleh diperuntukkan sebelum anda ingin menggunakan wang daripada pelaburan tersebut
  • Sama ada anda sanggup dan mampu menghadapi turun naik pelaburan dalam jangka masa panjang
  • Pengalaman pelaburan anda pada masa lalu
  • Jangkaan anda terhadap unit amanah tersebut
Risiko yang biasanya dihadapi oleh pelabur unit amanah ialah risiko pasaran, risiko kadar faedah, risiko kecairan dan risiko kredit. Sebagai contoh, prestasi dana yang mempunyai pelaburan dalam pasaran baru muncul (emerging markets) boleh dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan politik pasaran tersebut. Di samping itu, perubahan dalam kadar tukaran wang asing akan turut memberi kesan kepada pulangan dana itu.

Profil pelabur
Kebanyakan prospektus akan menerangkan mengenai profil pelabur iaitu jenis pelabur bagaimanakah yang sesuai melabur dalam dana tersebut. Ia hanya berfungsi sebagai panduan dan anda sendiri perlu menentukan pilihan anda sendiri.

Prestasi kewangan
Prestasi kewangan sesuatu dana boleh dijadikan sebagai petunjuk berguna tentang cara dana itu diuruskan, terutamanya jika ianya sudah lama berada di pasaran. Jika dana itu pernah berjaya mengharungi keadaan ekonomi atau pasaran yang sukar, anda tentunya akan berasa lebih yakin dengan prestasinya di masa depan. Anda juga boleh membandingkan prestasi dana tertentu dengan dana yang lain serta penanda aras prestasinya. Walaupun begitu dingatkan rekod prestasi yang lalu tidak menjamin keuntungan dana pada masa hadapan.

Yuran dan caj yang bakal dikenakan
Memandangkan semua unit amanah diuruskan secara profesional oleh pengurus dana, anda perlu membayar pelbagai yuran dan caj. Sebagai seorang pelabur, antara yuran dan caj yang mungkin dikenakan termasuklah:

Yuran
Ambil perhatian terhadap caj jualan atau caj-caj lain yang perlu dibayar kepada pengurus dana. Caj ini dikenali sebagai caj muka (front end) atau caj belakang (back end). Dana yang berbeza mempunyai caj yang berlainan. Caj bagi dana unit amanah boleh dibayar sebagai:
    1. Caj muka iaitu komisen atau caj jualan yang dikenakan semasa pembelian unit dalam dana unit amanah
    2. Caj belakang iaitu caj jualan yang harus dibayar semasa menjual kembali unit dalam dana unit amanah.
Yuran pembelian/penebusan semula
Seorang pelabur mungkin dikenakan yuran keluar semasa membeli/menebus semula pelaburannya. Sebagai contoh, yuran keluar akan dikenakan jika pelabur menebus semula pelaburan dalam dana bon sebelum tarikh matang.

Yuran pertukaran
Jika anda mahu menukar pelaburan (contohnya bertukar daripada dana ekuiti ke dana amanah pasaran wang), anda mungkin dikenakan yuran pertukaran. Kebanyakan dana unit amanah membenarkan anda membuat tukaran dana (sama ada sebahagian atau penuh), asalkan anda membayar yuran pertukaran yang ditetapkan. Biasanya, dana itu akan menetapkan baki minimum pelaburan sebelum membenarkan anda membuat pertukaran. Ini untuk mengelakkan pemegang dana unit amanah daripada menukar pelaburan mereka dengan sewenang-wenangnya.

Yuran pengurusan
Ini merupakan bayaran kepada syarikat pengurusan bagi mentadbir dan menguruskan dana dan dicajkan secara langsung kepada dana. Jumlah ini berbeza-beza dan bergantung kepada stail pengurusan dana, misalannya aktif atau pasif.

Yuran lain yang berkaitan
Antara yuran lain yang mempunyai kaitan langsung dengan dana unit amanah termasuk yuran penjaga/pemegang amanah sebagai kustodian kepada aset dana, yuran guaman, yuran perakaunan, yuran audit dan cukai.

Prospektus dana unit amanah akan menunjukkan segala yuran yang perlu dibayar, jadi pastikan anda membacanya secara mendalam. Sentiasa peka terhadap yuran yang dikenakan kepada pelabur dan apa pula yuran yang dicajkan kepada dana. Anda kemudiannya bolehlah membuat perbandingan menyeluruh antara struktur kos dana unit amanah yang berlainan sebelum membuat keputusan pelaburan.

Kesimpulan
Pelabur yang sudah arif dengan dunia pelaburan juga kadang-kadang menganggap pembacaan prospektus sebagai suatu yang tidak penting dan hanya membacanya sambil lewa. Pembacaan teliti sebuah prospektus akan mendedahkan maklumat penting yang amat perlu diketahui seperti objektif pelaburan, profil risiko, halangan, strategi pelaburan dan banyak lagi. Meluangkan sedikit masa anda untuk mengamati maklumat tersebut pastinya berbaloi. Ia akan mencegah anda daripada membuat keputusan pelaburan yang mungkin dikesali di kemudian hari. Pelabur yang baik akan turut sentiasa meningkatkan keupayaan mereka dengan sentiasa mencari ilmu pengetahuan berkaitan pelaburan, dan ianya bermula dengan membaca prospektus.
___________________________________________________

Akademi Bekerja dari Rumah
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sertai kami dengan mengambil salah satu pakej kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelasa asas blog dan fan pge
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho


Pendaftaran dibuka setiap hari.Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


No comments:

Post a Comment