='description'/>

Wednesday, 11 December 2013

Kepentingan Ilmu Faraid


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Salah satu ilmu yang penting dalam kehidupan tentang urusan harta pusaka ialah ilmu Faraid. Kenapa kita perlu mempelajari ilmu Faraid? Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w seperti berikut:

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku.
(Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)


Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka.
Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud



Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.


Hukum berkenaan Faraid

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah wajib untuk ditunaikan, dan Fardhu kifayah kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana Allah sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.


Di dalam surah An-Nisa' ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.



Maksud surah An-Nisa' (ayat 14):
"Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentua n-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan".



Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan Allah, maka Allah akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka. Kegagalan dalam membuat pembahagian Faraid menyebabkan kita terdedah kepada unsur-unsur termakan harta mereka yang lebih berhak. seperti memakan harta anak yatim, harta saudara mara simati dan harta yang sepatutnya menjadi milik Baitulmal.



Hari ini lebih 1 juta kes pusaka tidak diselesaikan dengan nilai lebih RM40B. Antara faktornya ialah kejahilan tentang ilmu Faraid yang semakin dilupakan. Justeru, pelajarilah dan ajarkan ia agar tidak pupus ditelan zaman. Selamatkanlah masyarakat daripada memakan harta tanpa hak dan daripada pertelingkahan keluarga yang tidak berkesudahan. Manfaatkan harta peninggalan orang tua dan binalah sebuah keluarga bahagia berteraskan harta yang halal.


____________________________________________________
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


No comments:

Post a Comment