='description'/>

Friday, 27 December 2013

Kenali apa itu Bon atau Bonds (Bahagian 2)

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Faktor-faktor yang mempengaruhi harga bon.


Kadar Faedah 
Bon mudah dipengaruhi turun naik kadar faedah. Jika kadar faedah naik ke paras lebih tinggi berbanding kadar kupon bon, maka harga bon akan turun ke paras lebih rendah berbanding nilai pokoknya.

Inflasi 
Dalam keadaan ekonomi berkembang pesat, inflasi lazimnya turut naik. Kenaikan ini lambat laun akan menyebabkan kenaikan kadar faedah dan menyebabkan nilai bon jatuh.

Tempoh Matang 
Berikutan bon adalah instrumen yang mudah dipengaruhi turun naik inflasi, bon jangka panjang selalunya berdepan ketidakpastian lebih ketara berbanding bon jangka pendek.

Kualiti Kredit 
Sudah menjadi lumrah bahawa hutang perlu dibayar. Oleh itu kredibiliti dan kualiti kredit penerbit bon adalah penting dalam menentukan harga bon kerana ia dapat membantu pelabur membuat keputusan berkaitan pembelian bon.

Pulangan daripada bon korporat selalunya lebih tinggi berbanding bon kerajaan disebabkan risikonya yang lebih tinggi.

Kenapa melabur dalam bon? 

1.Pelaburan bon menawarkan alternatif kepada pelabur dalam mempelbagaikan portfolio pelaburan kerana bon membabitkan risiko rendah berbanding saham.

2.Bon menawarkan pulangan dalam bentuk faedah tetap secara berkala dan pembayaran balik jumlah pokok apabila sampai tarikh matangnya, ia adalah instrumen sesuai jika matlamat pelaburan ialah mengekalkan wang pokok dan mendapatkan pulangan konsisten.

3. Bon yang boleh dipertimbangkan merangkumi bon jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

Namun, dalam membuat pilihan, anda perlu memahami faktor yang mempengaruhi harga bon yang mahu dibeli. Bagaimanapun pembabitan pelabur runcit dalam bon lazimnya terhad kepada pelaburan dalam dana bon yang ditawarkan melalui unit amanah.

- Dana bon adalah kombinasi beberapa jenis bon berbeza, maka risikonya adalah lebih rendah berbanding pelaburan dalam satu bon saja.

- Anda juga perlu mendapatkan maklumat secukupnya syarikat pengurusan dana terbabit seperti rekod prestasi dan pengalaman mereka.

- Memastikan pendekatan pelaburan mereka bersesuaian dengan profil risiko dan matlamat pelaburan anda.

____________________________________________________

Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


No comments:

Post a Comment