='description'/>

Monday, 23 December 2013

Kenali apa itu Bon atau Bonds (Bahagian 1)

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Bon (Bonds) adalah akujanji hutang diterbitkan badan kerajaan atau syarikat. Dengan melabur dalam bon, anda sebenarnya berperanan sebagai pemberi pinjaman manakala badan kerajaan atau syarikat yang menerbitkan bon adalah peminjam.

Sebagai balasan, penerbitnya akan membayar faedah tetap (dikenali sebagai kadar kupon) bagi sepanjang tempoh pinjaman dan memulangkan jumlah pokok yang dipinjam apabila ia matang.


Contoh: Syarikat ABC Berhad merancang utntuk membuat satu projek dengan kos RM100 Juta. Oleh kerana kekurangan modal dia menerbitkan bon kepada pelabur untuk mendapatkan modal tersebut. Pihak syarikat akan membuat perjanjian akan memberikan pulangan 4% setahun (kadar kupon) kepada pelabur  selama 10 tahun (tempoh pinjaman). Selepas tempoh itu Syarikat akan mengembalikan semula modal yang dipinjam kepada pelabur-pelabur.

Contoh bon ialah Bon Simpanan Merdeka 2008 diterbitkan Bank Negara Malaysia untuk warga emas.

Di Malaysia, ada dua jenis bon iaitu bon kerajaan dan bon korporat. Bagi bon kerajaan, penerbitnya ialah kerajaan, Bank Negara Malaysia dan institusi separuh kerajaan.

Bon korporat dan sekuriti bersandarkan aset pula diterbitkan Cagamas Bhd, institusi kewangan dan syarikat bukan kewangan.

Pelabur utama bon di Malaysia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana pencen, syarikat insurans dan institusi kewangan lain.
_____________________________________________

Akademi Bekerja dari Rumah

Sehingga kini Akademi Bekerja Di Rumah telah mempunyai 350 blog dengan 13 guru online dedikasi bertugas, masih menerima pendaftaran masuk dibuka setiap hari. Jika anda ingin menjadi salah seorang ahli Akademi Bekerja Di Rumah, sertai kami dengan mengambil salah satu pakej kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelasa asas blog dan fan pge
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Pendaftaran dibuka setiap hari.
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


No comments:

Post a Comment