='description'/>

Sunday, 15 December 2013

Kelebihan Mempelbagaikan Pelaburan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Antara kelebihan dalam pelaburan unit amanah ialah kita boleh mencapai pulangan terbaik dengan risiko yang minimum. Contoh adalah seperti berikut. Anda memilikki modal pelaburan sebanyak RM100,000 dan tempoh pelaburan selama 25 tahun. Lihat dua pilihan tersebut sebagai perbandingan ringkas.

Pilihan 1 : Menyimpan dalam bentuk SImpanan Tetap @ 4% pulangan 
                  Jumlah selepas 25 tahun = RM266,583

Pilihan 2 : Menyimpan dalam pelbagai portfolio
                  
Portfolio
Nilai Pelaburan (RM)
Anggaran Pulangan
Anggaran Nilai Pelaburan selepas 25 tahun (RM)
Dana Ekuiti
20,000
10%
216,964
Simpanan Tetap
20,000
4%
53,316
KWSP
20,000
6%
85,837
Dana Ekuiti
20,000
Tanpa  keuntungan
20,000
Bon
20,000
Rugi
-

RM100,000

 RM375,847

Pilihan 2 menunjukkan walaupun ada portfolio yang mengalami kerugian dan ada yang tidak memberi sebarang pulangan, secara keseluruhan pelaburan tersebut masih memberi pulangan yang sangat besar. Konsep ini juga boleh digunakan dalam pengurusan wang kita sehari-hari. Jika kita mempunyai sejumlah wang pelaburan pelabagaikan bentuk pelaburan dan simpanan kita untuk pulangan yang lebih baik. Kita mempunyai banyak pilihan contohnya simpanan di Tabung Haji, melabur dalam unit amanah, simpanan di bank dan lain-lain lagi.


No comments:

Post a Comment