='description'/>

Thursday, 19 December 2013

Dana Ekuiti atau Saham

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Apabila kita membeli stok atau saham biasa, kita sebenarnya memiliki sebahagian daripada syarikat tersebut dan berhak mengundi dalam mesyuarat agung. Setiap saham adalah pegangan kecil hak milik sesebuah syarikat dan kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar lot saham bergantung kepada wang yang kita miliki. Sebagai pemegang saham, kita akan menerima faedah daripada keuntungan yang diperolehi syarikat dalam bentuk dividen yang dibayar dan juga daripada kenaikan harganya di pasaran saham.

Dana jenis ini melabur sebahagian besar asetnya dalam saham. Dana jenis ini amat sesuai kepada pelabur yang agresif iaitu pelabur yang boleh mangambil risiko yang tinggi. Oleh kerana risikonya tinggi, maka pulangan dana jenis ini juga tinggi. Dana jenis ini bergantung kepada keadaan pasaran saham, jika pasaran saham meningkat, dana ini juga meningkat. Terdapat beberapa kategori dana jenis ini antaranya:


Dana ekuiti umum (Equity fund)-dana ini melabur kepada hampir segala jenis saham dalam pelbagai sektor.

Dana pertumbuhan (growth fund)- dana jenis ini mensasarkan pertumbuhan modal. Dana ini melabur dalam saham syarikat yang berpotensi mengalami kenaikan harga saham

Dana pendapatan- dana dilaburkan dalam saham-saham yang besar dalam sektor yang stabil dimana dividen adalah sasaran utama.

Dana ekuiti modal kecil (small cap fund)- dana ini dilaburkan dalam syarikat bermodal kecil sahaja.

Dana pelaburan asing- dana ini dilaburkan dalam pasaran saham luar negara

Dana sektor atau tema- dana jenis ini melabur dalam sektor yang dianggap hangat dan menguntungkan bergantung kepada keadaan semasa.

Terdapat pelbagai jenis dana ekuiti atau saham, jadi bagaimana untuk mengenali dana-dana ini? Senang sahaja, lihat pada nama dana-dana yang ditawarkan oleh bank- bank pelaburan. Kebiasaannya, dana ekuiti akan mempunyai perkataan growth, equity theme, aggressive atau small cap


____________________________________________________
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


No comments:

Post a Comment