='description'/>

Monday, 2 December 2013

Berapa banyak perlu melabur?

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Persoalan tentang berapa jumlah pelaburan adalah bergantung kepada kemampuan masing-masing. Tetapi formula 'Golden Rule of thumb': 6-2-1-1 ini boleh dijadikan asas dalam merancang jumlah pelaburan. Formula ini mencadangkan agihan asas yang perlu dilakukan dari pendapatan bulanan setiap individu seperti berikut:

- 60%  dari pendapatan hendaklah diperuntukan untuk perbelanjaan bulanan seperti sewa, elektrik, air, bayaran pinjaman kereta dan lain-lain lagi (Monthly Expenses)

- 20% dari pendapatan perlu diperuntukan untuk persaraan, pendidikan anak-anak dan lain-lain (Investment)

- 10% dari pendapatan perlu untuk perlindungan iaitu dalam bentuk Insurans atau Takaful (Protection)

- 10% dari pendapatan untuk memiliki tunai untuk tujuan kecemasan. (Emergency)

No comments:

Post a Comment